Saturday, June 25, 2011

Hitam si tompok manggis.

"Buah apa nih, mommy....?", tanya si Maryam sambil menuding jarinya pada selonggok buah manggis.

"Ohhh....ni namanya mangosteen dalam bahasa Inggeris, tapi dalam Bahasa Melayu, kita panggil manggis", panjang lebar aku terangkan pada Maryam. Kang, banyak tanya pulak dia. Lebih baik aku terangkan siap-siap.



"Mangosteen...tapi kenapa tak macam mango pun...?". Kan aku dah cakap, ada jer yang menjadi persoalannya. Sabar jerlah......


Punyalah jakun anak-anak aku sampai kulit manggis pun dikokaknya....!

Untuk menjawab persoalan itu, aku beli sekilo manggis. Kesian kat anak-anak aku sebab tak pernah tengok buah nih. Apatah lagi untuk merasainya. Kesian, jakun....!



Tapi, memang kesian kan....kat anak-anak kita. Terutamanya yang dok KL dan seangkatan dengannya. Benda-benda yang simple pun tak pernah experience. Contohnya, buah-buahan tempatan nih. Itu baru buah manggis, belum lagi buah-buah eksotik yang lain. Macam buah nona ker, durian belanda ker, buah katak ker. Korang pernah dengar buah katak? Aku tak pasti pulak apa nama saintifiknya. Aku kenal buah ni pun daripada kengkawan Kelantan aku time study dulu. Rasanya manis-manis, masam (mengikut kata kawan aku ler....sebabnya... ya, ampun kalau aku nak cubanya) and for sure bentuknya lebih kurang macam katak. That's why ianya dipanggil buah katak!



Itu baru bab buah-buahan. Kita sembang pulak bab haiwan. Korang percaya tak yang anak-anak aku tak pernah tengok kambing secara live! Yang kelakarnya apabila si Ibrahim dapat tengok kambing (kebetulan kat Ostrich Farm ada kambing) seraya berkata,"Mommy....dog,dog". Alahai anak aku, kambing dengan anjing pun tak dapat bezakan. Tak tahulah aku apa pulak reaksi anak-anak aku bila tengok lembu ker, ayam ker...etc.

No comments:

Post a Comment