Thursday, June 9, 2011

HAPPY 6th WEDDING ANNIVERSARY!

Until now, baru aku berkesempatan untuk aku wish diri ini and my husband a very "HAPPY 6th WEDDING ANNIVERSARY" on last 4/6/2011.

Pejam-celik, pejam-celik...dah enam tahun my  marriage. Tak kusangka. Terasa macam semalam baru kahwin (adoyai...perasan yang tahap gaban nih!). Korang bacalah pulak statement klise kat bawah nih. Sebab, ayat-ayat yang aku nak  taip nih ialah ayat-ayat biasa yang akan ditulis oleh setiap pasangan yang berkahwin. Aku rasa pengalaman orang-orang yang dah kahwin nih, lebih kurang jer. Ada pasang surutnya. Ada badai, ombak bagai. Tak tahulah pulak aku kalau-kalau ada pekahwinan yang setenang air di kali. Sekalipun tak pernah beriak. Boleh ker, macam tuh?

Untuk mengharungi usia perkahwinan selama enam tahun nih, terlalu banyak dugaan dan rintangan yang mendepani me and my husband. Terlalu banyak! Lebih kepada emosi. Sebab, aku rasa yang aku actually tak well-prepared to be a wife, apatah lagi to be a mother. But, aku bersyukur sangat sebab aku dipertemukan dengan this kind of man in my life. Kalau lelaki lain, dah lama dah aku hidup membujang. He...he...he. Sebab setiap kali ada argument, that "thing" yang aku mentioned. Korang faham-faham sendirilah. Mintak ampun dan maaf, ye Bie...!

Gambar poyo time study kat ASASI UM. Kalau jumpa cik Fadlullah, mesti aku pakai baju kurung.

Tidak dinafikan yang husband aku banyak merubah aku untuk jadi yang lebih terbaik. Thanks a lot. Dan tidak dinafikan  banyak yang aku learn and experience melalui perkahwinan. Aku menjadi semakin berani dan matang. Ditambah pulak dengan kehadiran dua orang putera dan puteriku. Menjadikan diri ini semakin tebal dengan sifat sabar. Kalau korang tak percaya, cuba kahwin dulu. Korang akan rasa perbezaannya. Dulu, aku rasa akulah yang paling best. Bila dah kahwin, baru aku sedar yang tinggi dan rendahnya langit!

Anyway, MY HUSBAND IS MY WORLD!!!

No comments:

Post a Comment