Thursday, June 30, 2011

Feng Shui.

Sajer aku nak upload pasal my new flower arrangement. Dulu, kebanyakkan flower kat rumah aku berwarna putih. Lama-lama aku jadi tersangatlah boring, mengadap benda yang dull. Tak ceria. Pernah dengar kan yang colours jugak memainkan peranan for building up our moods. Aku nak tanya, korang percaya tak feng shui? Soalan kontroversi nih...kang ada yang tersalah anggap pada aku pulak.

Actually, aku ada jugak baca buku on Feng Shui yang ditulis oleh Pakar Feng Shui terkemuka iaitu Lillian Too. Sebabnya, aku  nak tahu pasal Feng Shui nih. Aku tak suka buat andaian sendiri. And, aku pernah jugak pegi ke galeri Feng Shui yang terletak di tingkat atas Midvalley Megamall.

For me, ada yang boleh kita apply in our daily life and ada yang tak boleh. As long as ianya tak melanggar hukum syarak, then it'll be ok. So, banyak kaedah Feng Shui yang boleh kita ambik. Tetapi, aku selalu relate kan  Feng Shui tu dengan sains. Sebagai contoh, adalah tidak digalakkan kedudukan katil di dalam bilik tidur berhadapan dengan pintu bilik air. Kononnya, keadaan ini akan menyebabkan penghuni rumah itu sentiasa sakit. So, aku carilah logik disebalik kefahaman ini. Seperti yang kita sedia maklum, bilik air adalah merupakan tempat untuk kita menunaikan "hajat" kecil atau besar. Dan mengikut kajian yang dijalankan, terdapat kuman-kuman atau bakteria disekitarnya. Cuma, ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita. Katil pulak adalah tempat untuk kita tidur dan relax. Cuba korang bayangkan kalau kita tidur dan menyedut udara tersebut? That's the reason.

Contoh lain pulak, berkaitan dengan warna. Sebenarnya, warna memainkan peranan penting dalam menaikkan mood seseorang. Terutamanya for the bright colours. Sebabnya, setiap warna ini mengandungi bahan kimia yang boleh merangsang mood seseorang. Aku malas nak olah. For more info just surf this website: http://www.lillian-too.com/

But please bear in your mind, jangan buat disebabkan korang percayakan Feng Shui. Tapi, korang buat kerana kesihatan. Like I said, selagi ianya tidak melanggar hukum syarak...bolehlah kita apply in our daily life. Kita kan, dikurniakan dengan akal yang baik. Tak gitu...?

Korang tengoklah flower arrangements  yang aku buat nih. Ada warna purple, beige, green and pink. Kot-kotlah these flowers boleh menaikkan seri aku nanti....he...he...he....


No comments:

Post a Comment