Saturday, June 25, 2011

Blue Lagoon @ Tanjung Biru.

Simpan dulu bosan tahap gaban korang untuk menatap post aku mengenai Port Dickson lagi. I'm still have port-dickson-mood in myself! Lagipun, mana tau...kot-kot ada informasi extra pasal Port Dickson nih.

Sebelum ni, aku tak pernah dengar dan tak pernah berkunjung ke Blue Lagoon ( Pantai Tanjung Biru). Kebetulan pulak adik aku, Cik Lah dok kat Port Dickson...so dialah yang memperkenalkan pantai ni kat aku. Kalau Teluk Kemang atau Port Dickson itu sendiri lebih kepada pantai yang landai, Tanjung Biru pulak lebih kepada teluk. No wonder lah....namanya pun adalah Tanjung Biru. Tapi, tang nama "biru" tu....aku tak sure pulak mana dapatnya. Nak kata airnya warna biru, takderlah pulak aku tengok. Korang google sendirilah pasal nih...!

Bagi pendapat aku, Tanjung Biru sangatlah sesuai bagi mereka yang tak sukakan suasana yang havoc. Almaklumlah, Teluk Kemang dan Port Dickson memang terkenal dengan pengunjungnya yang ramai. Kalau rasa taknak berebut-rebut mandi laut, aku sarankan pegilah ke Tanjung Biru nih. Tempat ni pun terletak tidak jauh daripada Teluk Kemang, lebih kurang 5 km jer. So, kalau ke Port Dickson....jangan lupa singgah ke sini.


Time nih...air surut. Tu yang aku berani semacam.


Perhatikan bahawa pantai ini adalah sebuah teluk.



Korang tengok sape yang dok melambai tangan dari kejauhan?
(cik asben aku, Ibrahim, Maryam and me)




No comments:

Post a Comment