Thursday, June 30, 2011

Feng Shui.

Sajer aku nak upload pasal my new flower arrangement. Dulu, kebanyakkan flower kat rumah aku berwarna putih. Lama-lama aku jadi tersangatlah boring, mengadap benda yang dull. Tak ceria. Pernah dengar kan yang colours jugak memainkan peranan for building up our moods. Aku nak tanya, korang percaya tak feng shui? Soalan kontroversi nih...kang ada yang tersalah anggap pada aku pulak.

Actually, aku ada jugak baca buku on Feng Shui yang ditulis oleh Pakar Feng Shui terkemuka iaitu Lillian Too. Sebabnya, aku  nak tahu pasal Feng Shui nih. Aku tak suka buat andaian sendiri. And, aku pernah jugak pegi ke galeri Feng Shui yang terletak di tingkat atas Midvalley Megamall.

For me, ada yang boleh kita apply in our daily life and ada yang tak boleh. As long as ianya tak melanggar hukum syarak, then it'll be ok. So, banyak kaedah Feng Shui yang boleh kita ambik. Tetapi, aku selalu relate kan  Feng Shui tu dengan sains. Sebagai contoh, adalah tidak digalakkan kedudukan katil di dalam bilik tidur berhadapan dengan pintu bilik air. Kononnya, keadaan ini akan menyebabkan penghuni rumah itu sentiasa sakit. So, aku carilah logik disebalik kefahaman ini. Seperti yang kita sedia maklum, bilik air adalah merupakan tempat untuk kita menunaikan "hajat" kecil atau besar. Dan mengikut kajian yang dijalankan, terdapat kuman-kuman atau bakteria disekitarnya. Cuma, ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita. Katil pulak adalah tempat untuk kita tidur dan relax. Cuba korang bayangkan kalau kita tidur dan menyedut udara tersebut? That's the reason.

Contoh lain pulak, berkaitan dengan warna. Sebenarnya, warna memainkan peranan penting dalam menaikkan mood seseorang. Terutamanya for the bright colours. Sebabnya, setiap warna ini mengandungi bahan kimia yang boleh merangsang mood seseorang. Aku malas nak olah. For more info just surf this website: http://www.lillian-too.com/

But please bear in your mind, jangan buat disebabkan korang percayakan Feng Shui. Tapi, korang buat kerana kesihatan. Like I said, selagi ianya tidak melanggar hukum syarak...bolehlah kita apply in our daily life. Kita kan, dikurniakan dengan akal yang baik. Tak gitu...?

Korang tengoklah flower arrangements  yang aku buat nih. Ada warna purple, beige, green and pink. Kot-kotlah these flowers boleh menaikkan seri aku nanti....he...he...he....


Sunday, June 26, 2011

Mai kita kutip remis...!

Actually, aku tak tahu pulak nama siput ni adalah remis. Kalau aku panggil lala jer. Suka hati korang ler nak panggil apa. Janji ianya adalah sejenis seafood and edible.

Kebetulan aku kat Port Dickson, so my sister's housemate yang suggest this activity. Kebetulan pulak this place is just near to my sister's college. Nama tempat ni ialah Pantai Pasir Panjang. Best jugak aktiviti nih, menuntut banyak kesabaran. Time yang sesuai untuk mengutip remis adalah di sekitar pukul 5.30 onwards. Waktu air agak surut. Kalau pandai cari port, dapatlah korang lubuk remis. Memang banyaklah remis kat situ.


Kitaorang sampai kat pantai nih pun almost 6.30 pm. Sempatlah kutip until 7.30 pm. Kutipannya agak memuaskan. Pegi ke Restoren Mayang Suri (tempat yang sangat-sangat aku suggest for dining...!) and we asked for the tukang masak untuk masakkan remis yang kitaorang kutip nih. Memang manis dan sedap sebab fresh. Restoren Mayang Suri nih terletak berhadapan dengan Pantai Teluk Kemang. Restoren ni dibuka hanya pada waktu malam sahaja.


Inilah hasil yang kitaorang perolehi on that day. Jangan terpengaruh dengan saiz in this pic. The actual size takderlah sebesar ini.


TADAA.....!!!

Sunset at Pantai Pasir Panjang.


Saturday, June 25, 2011

Blue Lagoon @ Tanjung Biru.

Simpan dulu bosan tahap gaban korang untuk menatap post aku mengenai Port Dickson lagi. I'm still have port-dickson-mood in myself! Lagipun, mana tau...kot-kot ada informasi extra pasal Port Dickson nih.

Sebelum ni, aku tak pernah dengar dan tak pernah berkunjung ke Blue Lagoon ( Pantai Tanjung Biru). Kebetulan pulak adik aku, Cik Lah dok kat Port Dickson...so dialah yang memperkenalkan pantai ni kat aku. Kalau Teluk Kemang atau Port Dickson itu sendiri lebih kepada pantai yang landai, Tanjung Biru pulak lebih kepada teluk. No wonder lah....namanya pun adalah Tanjung Biru. Tapi, tang nama "biru" tu....aku tak sure pulak mana dapatnya. Nak kata airnya warna biru, takderlah pulak aku tengok. Korang google sendirilah pasal nih...!

Bagi pendapat aku, Tanjung Biru sangatlah sesuai bagi mereka yang tak sukakan suasana yang havoc. Almaklumlah, Teluk Kemang dan Port Dickson memang terkenal dengan pengunjungnya yang ramai. Kalau rasa taknak berebut-rebut mandi laut, aku sarankan pegilah ke Tanjung Biru nih. Tempat ni pun terletak tidak jauh daripada Teluk Kemang, lebih kurang 5 km jer. So, kalau ke Port Dickson....jangan lupa singgah ke sini.


Time nih...air surut. Tu yang aku berani semacam.


Perhatikan bahawa pantai ini adalah sebuah teluk.



Korang tengok sape yang dok melambai tangan dari kejauhan?
(cik asben aku, Ibrahim, Maryam and me)




Hitam si tompok manggis.

"Buah apa nih, mommy....?", tanya si Maryam sambil menuding jarinya pada selonggok buah manggis.

"Ohhh....ni namanya mangosteen dalam bahasa Inggeris, tapi dalam Bahasa Melayu, kita panggil manggis", panjang lebar aku terangkan pada Maryam. Kang, banyak tanya pulak dia. Lebih baik aku terangkan siap-siap.



"Mangosteen...tapi kenapa tak macam mango pun...?". Kan aku dah cakap, ada jer yang menjadi persoalannya. Sabar jerlah......


Punyalah jakun anak-anak aku sampai kulit manggis pun dikokaknya....!

Untuk menjawab persoalan itu, aku beli sekilo manggis. Kesian kat anak-anak aku sebab tak pernah tengok buah nih. Apatah lagi untuk merasainya. Kesian, jakun....!



Tapi, memang kesian kan....kat anak-anak kita. Terutamanya yang dok KL dan seangkatan dengannya. Benda-benda yang simple pun tak pernah experience. Contohnya, buah-buahan tempatan nih. Itu baru buah manggis, belum lagi buah-buah eksotik yang lain. Macam buah nona ker, durian belanda ker, buah katak ker. Korang pernah dengar buah katak? Aku tak pasti pulak apa nama saintifiknya. Aku kenal buah ni pun daripada kengkawan Kelantan aku time study dulu. Rasanya manis-manis, masam (mengikut kata kawan aku ler....sebabnya... ya, ampun kalau aku nak cubanya) and for sure bentuknya lebih kurang macam katak. That's why ianya dipanggil buah katak!



Itu baru bab buah-buahan. Kita sembang pulak bab haiwan. Korang percaya tak yang anak-anak aku tak pernah tengok kambing secara live! Yang kelakarnya apabila si Ibrahim dapat tengok kambing (kebetulan kat Ostrich Farm ada kambing) seraya berkata,"Mommy....dog,dog". Alahai anak aku, kambing dengan anjing pun tak dapat bezakan. Tak tahulah aku apa pulak reaksi anak-anak aku bila tengok lembu ker, ayam ker...etc.

Thursday, June 16, 2011

Teringin...

Sesekali aku tersangatlah teringin untuk spend masa for reading. Time2 dulu, aku nih antara manusia yang sangat suka reading, terutamanya novel dan buku-buku motivasi. And, aku sangat suka spend cash buying all sort of reading materials. Walaupun, kadang-kala tu...aku sendiri tak sure bila aku nak membacanya. Tapi, la ni...nak baca newspaper pun...terpaksa aku curik-curik masa. That's the main reason kenapa aku malas nak beli newspaper sekarang nih. Kalau kemaruk sangat nak tahu pasal hal-ehwal semasa, aku prefer watch the TV. Dengar jer...sambil buat keje. Takderler dok melangut jer...kena aktif maa...married woman nih! Perspektif diri kena ubah, bukan zaman single-mingle lagi!!

That day, aku ada tulis yang cik asben aku menghadiahkan aku sebuah buku bersempena dengan our 6th wedding anniversary. Until now, aku masih tak sempat nak membeleknya. Hanya mampu baca tajuk  buku jer...Bila aku pegang jer...nak baca, mata dah terkucil. Ngantuk...! Itu baru buku tuh, belum lagi  buku-buku lain yang aku dah beli. Tak terbaca-baca jugak. Kadang-kadang husband aku ada jugak sound aku yang buku aku beli tuh...untuk dibaca atau dijadikan hiasan semata-mata. Jauh di sudut hati, aku nak sangat membelek dan membacanya. Sometimes, terasa macam taknak beli. Tapi, aku rasa macam rugi pulak kalau aku tak membelinya. Kang bila balik rumah, asyik dok teringat pulak. JIWA KACAU.

So far, book store yang aku lepak dan jelajahi ialah book store yang terletak kat Amcorp Mall nih. Sebabnya, all the books sangat berkualiti (sama taraf dengan MPH) and the prices also reasonable. Dulu, aku suka lepak kat MPH Midvalley. Since get married nih, takder masa nak ke Midvalley. Agak jauh from my house. Paling gempak pun, aku akan pegi MPH Jusco Bukit Raja. Tapi, store kat situ kecik sket berbanding kat Midvalley.


BUT...,

For those yang sangat suka reading, you all boleh ke this book store kat Amcorp Mall. I'm really suggested this book store.

Tuesday, June 14, 2011

Ostrich Farm.

Sori...aku update lagi pasal trip aku ke PD. Simpan boring tu sekejap. On the way kitaorang nak ke Blue Lagoon...kitaorang terperasan signboard "PD Ostrich Farm". So, atas desakan adik aku si Ateh...kitaorang menghala ke sini. Nak lepaskan hajat si Ateh yang nak sangat riding ostrich. Impian hidup tu...ha..ha...ha... Bayaran masuk untuk 4 adults and 1 kid adalah RM38. Kat sini, you are free to feed the birds, riding them and paling best rasa the bird's meat. Kitaorang sempat jugaklah merasa satay daging ostrich nih. Dagingnya tersangatlah manis and tender sangat. RM10 for 6 sticks of satay. Tapi, aku rasa secebis jer sebab aku tak boleh nak telan the meat. Asyik dok teringat ostrich yang besar gedabak. Geli pulak nak makan. But really sorry sebab aku tak dapat nak upload gambar the meat. Sebab, battery camera aku dah kong. All the pics kat handset adik aku. I will upload the pics later.

p/s: aku tak dapat nak riding the ostrich sebab overweight. Hu...hu...hu...




Jangan salah faham, aku tak pregnant. Baju ad-hoc, beli kat PD beach.




Mata si birdie ni terpaksa ditutup untuk mengelakkannya daripada lari bertempiaran.

Jom lunch kat sini!

Aku nak promote sket kedai makan nih. Ada dua sebab utama kalau kita carik kedai makan. Sebab pertama, makanannya sedap dan sebab kedua ialah harganya murah dan berpatutan. So, these two reasons ada kat kedai makan nih. Tak percaya...? Tengahari tu, kitaorang bedal...nasi 5 pinggan (portion banyak), ikan bakar 2 ekor, kepah masak berlada, masak lemak siput sedut (semangkuk penuh), ulam-ulaman, masak lemak nangka muda,sayur, budu, cencaluk dan air (sirap, limau nipis,teh O ais, kopi O ais). Air kosong pulak free of charge. So, overall ialah RM32.00. Ok..kan, price nya? Tak tahulah aku kalau ada tempat makan yang lagi sedap dan murah. Calling2lah aku! So, kalau korang pegi PD...singgah-singgahlah kat kedai makan ni. Kedai ni terletak betul-betul kat pekan Port Dickson.




Monday, June 13, 2011

Teluk Kemang, Port Dickson.

Lepas jer...makan kenduri kat Juasseh, kitaorang lepak pulak kat Port Dickson. Dua hari...mandi laut! Sempatlah...kitaorang lepak kat Pantai Teluk Kemang and Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon). Pantai Port Dickson belum lagi sebab tak sempat. Tapi, takper...anytime jer...aku nak lepak sana sebab adik aku, Cik Lah dah dok sana. AlhamduliLLAH, dia dah jadi lecturer kat private college kat sana. So, takder problem for accomodations. Harga untuk kayak ialah RM15 per hour and jet ski ialah RM120 per half an hour. For banana boat, aku tak check. Adik aku, Cik Lah and Ateh naik kayak and jet ski.


Zaman bercinta dulu, teringin sangat nak tulis nama kat pasir. Sekarang dah 6 tahun kahwin, baru boleh buat.









Sebelah lelaki.

Malas nak tulis tajuk pepanjang. Last Saturday, me and family went to the wedding kat Kampung Terusan, Juasseh, Negeri Sembilan. Actually, pengantin lelaki tu adalah adik ipar kepada adik lelaki aku. Maknanya, parents pengantin lelaki nih adalah besan kepada parents aku.  Konpius dengan statement aku,ker...? Korang faham-fahamkanlah sendiri.

Best kenduri-kendara kat N9 nih sebab tidak dinafikan yang semangat permuafakatan antara diaorang sangat kuat. And, aku sangat suka makanan Nogori nih. Menepati tekak aku. Part yang paling best kat kenduri nih...apabila semua adik aku "menyumbangkan" suara masing-masing kat sessi karaoke. Tapi, suara adik lelaki aku paling best sebab dia kan...ada band sendiri. Setakat nak jamming2 nih...dah tak heran dah! Battle of the band! Nama band dia ialah Ancient Darkness. Memang zaman "darkness" betul sebab sekarang nih adik lelaki aku sudah agak "slow" sket.






Adik aku, Cik Lah yang bertugas sebagai penanggah on that day with Maryam.





Semoga adik aku, Ateh mendapat jodoh cepat-cepat, berkat duduk atas pelamin.






Tiga dara pingitan...oppsss...2 orang jer dara, yang sorang lagi tu dah tak dara.


 "Cinta Kristal" oleh adik lelaki aku.

"I'm Not a Girl, Not yet a Woman" oleh Ateh & Cik Lah.