Wednesday, May 18, 2011

Seiras...ker?


Orang-orang tua pernah berkata (orang tua yang cakap, bukan aku sebab aku muda lagi....hi...hi...hi...), kalau wajah kita seiras dengan pasangan kita, bermakna jodoh kuat. Betul, ker...?!

Korang pun pernah kan, dengar bidalan (aku pun tak tahu bidalan ker, pepatah ker...) nih. Kekononnya kalau wajah kita seiras dengan wajah pasangan kita, makanya jodoh antara kita dan pasangan kita tu sangat kuat. Korang percaya ker, tak? Facts or myths...? Kalau tak percaya pun, sometimes ada betul jugak apa yang orang-orang tua cakap. Sebab, diaorang lagi banyak pengalaman...maaa....Tapi, yang tak boleh diterima oleh akal aku ialah ada pulak yang pandai-pandai buat statement, kalau muka kita tak seiras pun dengan pasangan kita...kalau dah kahwin, muka kita akan jadi seiras. Ngeee...korang jangan gelakkan aku,ye...! Pernah orang cakap macam tuh kat aku. Apa punya bangang statement nih...!!! Boleh pulak muka kita berubah-ubah mengikut muka pasangan kita. Macam iguana....boleh camouflage!

Nak tahu pendapat aku...? Bagi aku pulak, mungkin ada benarnya jugak pandangan orang-orang tua nih. Tapi, bukanlah seiras. Mungkin ada sedikit persamaan antara wajah kita dan pasangan kita. Kang kalau semua nampak sama, tak tahu pulak mana satu husband...mana satu wife. Tu kes naya...! Ada jugak yang betul-betul seiras (aku pernah nampak), macam adik-beradik. Jangan pulak disebabkan muka kita tak seiras dengan pasangan kita, kita taknak kawin pulak. Adoyai...semuanya bergantung kepada mindset kita. Kita sendiri yang menentukan kebahagiaan itu. Jangan biarkan this stupid statement menentukan kebahagiaan perkahwinan kita, ok...?!

No comments:

Post a Comment