Thursday, May 5, 2011

Nabil Naufal Bin Hishamudin.

Nabil Naufal Bin Hishamudin merupakan anak kelima daripada lima orang adik-beradik. Anak lelaki bongsu. Dilahirkan pada 16 Januari 1994 di Kedah Medical Centre. Berperwatakan pendiam, sangat suka membaca (terutamanya buku yang berkaitan pengetahuan am dan yang paling disukai ialah koleksi Harry Potter). Aku pun hairan macam manalah dia boleh spent times  for reading all those Harry Potter's  collections. Dah lah...tebal-tebal belaka. Kalau aku, memang tak kuasa nak layan! Itulah kalau dah minat, kan...?

Disebabkan dia merupakan anak yang bongsu, so...ramai yang melayannya bagaikan 'menatang minyak yang penuh'. Buat ini, tak boleh...buat itu, tak boleh. Kalau boleh, semua benda ada jer.... orang yang meng'offer' kan diri untuknya. Memanglah nampak macam best sebab semua benda orang lain yang tolong buatkan. Nampak..jer....tapi lama-lama naik rimas, jugak kan...? Maka bermulalah episod di mana si Nabil ni...dah rasa macam orang tak penting dalam keluarga. Dengan lain perkataan, nampak macam orang yang tak boleh diharap.

Segala perasaan dipendam di dalam hati. Tak tahu nak diluahkan pada siapa. Almaklumlah, dia juga merupakan seorang budak yang sangat pemalu. Sampailah satu hari, si ibu terperasan perubahan anak lelaki bongsunya. Tapi, bila ditanya...takder apa-apa jawapan yang diberi. Lalu si ibu, bercerita akan perihal ini kepada si anak sulung.

Errmm.... sebagai anak yang sulung, terpaksalah aku mengambil peranan. Mungkin si Nabil takder rasa janggal atau malu untuk bercerita pada si kakak. Dan, kebetulan pulak si kakak balik kampung. So, bolehlah ambik kesempatan ini untuk sesi luahan perasaan. Memang tepat jangkaan si kakak yang si adik bongsu nih...rasa rendah diri sebab diperlakukan seperti budak hingusan lagi. Padahal, dia dah pun berumur 17 tahun dan dia ada rasa berkeinginan untuk diperlakukan seperti seorang lelaki dewasa. Simple jer....problem yang dihadapi. Tapi, this thing tak boleh dipandang sebelah mata. Takut-takut nanti boleh menjadi konflik jiwa bagi seorang lelaki remaja yang sedang meningkat dewasa.



That's normal for youngsters yang meningkat umurnya. For me, they need someone for sharing their problems. Padahal bukan masalah besar pun, lebih kepada konflik jer. Jiwa kacau, gitu....Tapi, ok jugaklah sebab at least ada juga someone boleh share, kan? Kalau aku dulu, takder sapa-sapa pun yang boleh share konflik aku. Maklum ajerlah...aku kan anak sulung. Aku tak pernah menyesal pun sebab at least, aku boleh praktiskan knowledge aku with all my brothers and sisters. Benda yang tak elok, aku jadikan sempadan dan benda yang elok..aku jadikan panduan. Tak gitu....hidup ini...?!


No comments:

Post a Comment