Monday, May 2, 2011

"Cameron Highlands" di Sungai Buloh.

Kalau orang tanya, apa yang special sangat kat Sungai Buloh nih...? Errmmm...salah satu keistimewaan yang terdapat di Sungai Buloh ialah nursery. Bukan nursery...tempat jagaan  budak-budak tuh. Tapi, nursery untuk pokok-pokok bunga dan seangkatan dengannya.

Kalau mak aku datang sini, semestinya dia akan singgah ke tapak semaian untuk membeli pelbagai jenis pokok bunga. Sanggup tuh...bawak balik ke Kedah, sampai tak muat boot kereta. Terpaksalah luggage disumbat mana-mana tempat yang muat. Kesian...tu pun nasib baik, mak aku tak angkut pasu bunga. Kalau tak, dengan dia-dia tak muat naik kereta. Tu kes...naya...tuh...!

Dulu, aku layan tapak semaian kat area Kota Damansara. Then, kawan aku suggested ke tapak semaian kat area Hospital Sungai Buloh. Best...wohhh...nice and the price also reasonable! Kiranya tak rugi kalau  nak spend cash for buying the plants here. Tu yang mak aku sangkut jer....kat sini setiap kali datang ke rumah aku. Aku pun layan mata jugakler....damai gitu! Kedai-kedai kat tapak semaian nih lebih kurang yang terdapat kat Cameron Highlands jugakler. So, we have "Cameron Highlands" in Sungai Buloh. Tapi..sorry..strawberry takderlah kat sini. He...he...he....










No comments:

Post a Comment