Tuesday, May 10, 2011

Asyik gajah, gajah and gajah...


Asyik gajah jer...yang dapat nama, orangnya bila pulak...? Kali ni, aku nak bercerita pasal hal-hal solat. Oppsss...sebelum tuh, aku nak remind dulu. Ini bukan ceramah agama ker, aper...Iyelah, kalau bab-bab ceramah nih...ramai yang tak suka nak dengar. Tapi, kalau sebut  "talks" ker, "speech" ker...berduyun-duyunlah nak join. Padahal, benda yang sama jer. Cumanya, satu Bahasa Melayu (yang takkan layu-layu...?!) dan satu lagi Bahasa Omputih. Tak payah cakap orang lainlah, aku pun termasuk jugak dalam kategori nih. Itu belum lagi sebut "usrah", menggeletar tubuh badan. Please don't take so serious. Kadang-kadang, aku terpikir jugak...silap orang yang nak mendengar atau salah si penyampai ceramah tuh..? Dan, pernah jugak aku terpikir...ini nak bagi ceramah agama ker atau nak bagi ceramah politik...? Hal sendiri tak settle lagi, sibuk nak settle hal orang lain. Macam maner...tuh..?

Oklah, berbalik kepada persoalan gajah tadi. Actually, aku nak bercerita pasal subuh gajah (sian gajah...tak pasal-pasal dapat nama. Kalau pasal benda baik, takper jugak...!). Cerita aku nih adalah berkisar kepada diri aku sendiri. Tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang telah mati. Aku tersangatlah pelik, apasal setiap kali weekend jer...aku mesti terbabas untuk mengerjakan solat subuh pada waktu yang sepatutnya. Contohnya, solat subuh pada pukul 7 am. Padahal, aku dah kuncikan jam untuk bangun pada pukul 6 am. Busuk-busuk pun, pukul 6.30 ker, oklah jugak.

Yang paling tak patut aku buat (tolong...jangan ikut perangai mazmumah nih) ialah boleh pulak aku off kan jam bila jam berdering kuat pada pukul 6 am. Sempat lagi cakap, alah...baru pukul 6. Tarik selimut, tidur balik. Bila terjaga, dah pukul 7 am. Sapa suruh....? Lagi mau tanya, sapa lagi yang suruh....mesti "angkatan laknatuLLAH" tuh. Cuba kalau time nak pegi keje...mesti aku akan paksakan diri ini untuk bangun jugak walaupun mengantuk. Sebab, takut terlambat pegi keje. For sure, solat subuh pun awal sebab aku bangun awal. So, persoalannya di sini...AKU SOLAT UNTUK SIAPA??? Nampak sangat aku lebih takutkan keje daripada menunaikan solat itu sendiri. Sebab yang nyata, aku akan paksakan bangun daripada tidur pada pukul 6 am pada time keje tapi aku tak mampu paksakan diri untuk bangun pada pukul 6 am on weekends. APAKAH STATUS SOLAT AKU?


Tak mampu untuk aku menjawab soalan itu...?

p/s: ramai yang tanya, husband aku tak kejutkan aku ker? Usually, dia solat dulu then baru kejutkan aku.  Udah lama sangat mengejutnyer...dia pun tidola balik. Kekonon awal lagi bagi aku, udahnya aku yang terlambat. Selalu kena sound dengan husband, alahai.........isterinya yang tercinta nih...!

No comments:

Post a Comment