Thursday, May 26, 2011

Agenda malam Jumaat.

Apa yang korang buat on Friday Nite? Macam biasa, aku ada agenda setiap kali tiba malam Jumaat. Opppsss...don't get me wrong. I'm not talking about 'husband-wife-affair-on-Friday-nite'. Yang itu bab lain, aku taknak sentuh. Berdosa...wooo...!

Actually, aku nak bercerita pasal program tv, Semanis Kurma kat TV9. Korang pernah tengok, tak...that show? Satu-satunya channel TV yang aku bukak hanya pada malam Jumaat. Kalau tak, takdernya aku nak bukak TV9. Bukan sebab programnya tak best (ayat cover), tapi disebabkan banyak lagi program kat  channel lain yang best-best! Nak-nak pulak ASTRO program.


But for sure, aku takkan miss Semanis Kurma pada setiap hari Khamis at 10pm. Dulu, aku tak layan jugak this program. Tapi, dek pengaruh mak aku yang sangat sukakan rancangan nih...terpaksalah aku layan jugak setiap kali aku balik Kedah. Lama-kelamaan, best jugak rancangan ni. Sekurang-kurangnya boleh jugak tarbiah hati aku yang tak berapa nak bersih nih. So, aku anggap yang aku menghadiri usrah pada setiap malam Jumaat. Kalau nak harap aku attend usrah luar, memang payahlah. Cuma switch-on the TV, lihat, dengar and ambik pengajaran. For me, aku hanya dengar jer...sebab aku boleh buat keje lain. Takderlah dok ngadap...jer...!

p/s: All the three Surah adalah untuk dipermudah dan dimurahkan rezeki. Jom...kita amalkan!

So, sempatlah aku layan Semanis Kurma malam tadi. Topik pun best jugak iaitu "Suami perah duit isteri". Gempak jugak topik tuh. Rupa-rupanya bunyi macam best jer, kan...kalau isteri bekerja. Boleh meringankan bebanan suami. Tapi, tak semudah itu..ye, wahai para suami. Lagi banyak yang isteri keluar bekerja, lagi banyak "soal-jawab" di kemudian hari. Takut-takut, tak terjawab,jer...Bagi para isteri pulak yang bekerja, kenalah ada sifat redha-meredhai dan tahu batas-batas sebagai seorang isteri (macam aku bagus sangat). But please bear in mind (buat suami-suami sekalian), isteri hanya membantu bukan mengambil alih tugas. Hak-hak suami-isteri have to be cleared. Aku rasa bab nafkah nih, ramai yang masih tak khatam habis, termasuklah diri aku. Kalau ada masa dan peluang, mai lah kita pakat-pakat pi belajaq.

No comments:

Post a Comment