Monday, April 4, 2011

Sentul West.

Aku tengok keadaan Ibrahim pun dah agak ok on last Sunday. Seperti biasa, husband aku akan ke office kejap, send report. Aku ikut jugak ler..lagipun, kesian kat Ibrahim sudah few days terperuk kat rumah. Aku bercadang nak bawak anak-anak aku ambik angin kat luar. Tapi dalam kepala nih takder lagi idea nak ke mana. Shopping complex....boring...! Habis duit pun...iye...!

At last, aku teringat pasal travel blog yang aku baca. The blogger tu review on Sentul West. Nampak macam best, terasa nak pegi tengok sendiri by my own eyes. Sentul West ini dibangunkan oleh YTL Group. It's actually a housing area. Ada kondo and private land. But, it comes with good facilities and a great ambiance. Ada lake untuk beriadah for family. Aku sempat jugakla ambik pics and tetiba datang sorang pak guard mengatakan yang kat sini tak dibenarkan untuk mengambil gambar. Ngeee...tak tahu pulak aku. Tapi, pak guard tu just gave us warning ler.

Aku paling suka dengan buildings yang terdapat kat sini. Bangunan lama dan terbiar. Tapi dipulihara balik oleh pihak YTL. Sorry to say, kat Malaysia...kesedaran untuk memulihara bangunan lama tidak terlalu ditekankan. Kita lebih gemar untuk membina  bangunan-bangunan baru. Tak salah kalau nak membina new buildings tapi yang lama dilupa jangan. Sebab yang lama itu tinggi nilainya. For example in Europes, they prefer untuk pemuliharaan bangunan lama. Sebabnya, they have a lot of specialists untuk pemuliharaan bangunan. Di Malaysia, tak ramai pakar dalam bidang ini. And more thing, kosnya pun tersangatlah mahal. Aku ingat lagi sewaktu belajar dulu, kitaorang pernah ambik kajian kes mengenai Pemuliharaan Balai Nobat di Alor Setar, Kedah. Memang rumit untuk pemuliharaan sebuah bangunan lama. Atas sebab itu, aku amat menghargai bangunan lama!

Tempat nih memang cantik dan terjaga. Tempat private...mestilah terjaga. Di sini jugak terdapat Sentul Park Koi Centre.  But unfortunately, I couldn't take any pic inside the Koi Centre. It's prohibitted. But FYI, this place memang cantik, ala-ala Japanese Garden gitu. Tempatnya kecik jer...tapi nice. Bolehlah tengok ikan-ikan koi kat sini. Ikan-ikan kat sini pun cantik dan sihat. Tempat ini sebenarnya adalah untuk pemeliharaan and breeding spesies ikan koi. So, kita boleh belajar on how to rear the fish. Tempat ini dirasmikan oleh our previous Prime Minister, Abdullah Ahmad Badawi.

Kalau ada masa, bolehlah bawak family bersiar-siar kat sini. And yang paling penting, kalau ada duit lebih...boleh jugak beli property kat sini. Tak rugi pun...





















No comments:

Post a Comment