Sunday, April 10, 2011

My kids' birthday party.

Seperti yang dirancangkan, maka berlansunglah birthday party untuk kedua-dua anak aku, Maryam and Ibrahim on last Saturday. Dalam hati risau jugak sebab so far aku tak pernah organize any party kat rumah aku nih. But nasib baik, ada jugak pengalaman sewaktu mengendalikan party kat rumah parents aku. Cehh...cehhh...macam buat party besar-besaran bagai..! Menyampah aku!

One thing for sure, aku jenis yang sangat particular on certain things. Aku sangat-sangat tak suka tangkap muat. Maksudnya, asalkan ada...bolehlah. Aku jenis yang plan (sometimes, husband aku pun pening dengan karenah aku).

I didn't invite many guests. Aku cuma menjemput sedara-mara sebelah aku and husband aku jer. Tu pun yang tinggal kat area sini. Almaklumlah, rumah pun sekangkang kera jer. Aku usik cik asben aku , "ni..nak kena beli rumah yang lagi besar nih...!".  Aku pilih warna purple, pink and white for the theme. All the decoration items, aku beli from Toys R Us. You can choose everything for kids' party from the store. Kek pulak aku beli from Secret Recipe. Aku tempah masak merah ayam and satay. Cupcakes di sponsor oleh office mate aku (thanks a lot). Yang lain-lain adalah kudapan seperti snek, chocolates etc. Meanwhile, air orange dibancuh oleh cik asben aku (ramai cakap dia pandai buat air, kalah cik wife dia nih..!).

But, syukur AlhamduliLLAH sebab dipermudahkan segala-galanya oleh Allah SWT. Cuaca pun baik sangat. Risau jugak dengan cuaca. Bukan apa kesian dengan tetamu yang datang, for sure...diaorang akan jadi tak comfortable.  On Sunday jer... hujan turun mencurah-curah, nasib baik!

Walaupun, majlis nih kecil-kecilan jer...tapi still rasa penatnya. Aku sound kat husband aku, "next year kita buat kat luar jerlah....". Terkekeh-kekeh husband aku, "tahu pun penat, bie dah cakap awal-awal lagi". Tapi, special thanks to my husband sebab dia banyak membantu aku. Also thanks to all yang bagi presents for both of my kids. Thank you so much!!












Antara hadiah yang Maryam & Ibrahim dapat.










No comments:

Post a Comment