Tuesday, April 5, 2011

Mari berkasih sayang!

Kelas gitu...tajuk entri kali ini. Tetiba jer...aku rasa nak menulis mengenai kasih sayang. Ermmm...apa lagi yang penting selain daripada nilai kasih sayang dalam kehidupan ini. Please...don't you ever say, duit adalah the most important thing dalam hidup! Duit dan kasih sayang adalah two different things. You could not compare between those things. Aku pun pelik jugak kalau ada orang menanyakan this question, "Antara duit dan kasih sayang,mana yang lebih penting?". Dulu, aku termangu jugak nak answer this kind of question. Sebab, kalau banyak duit pun tapi hati tak tenang...tak bahagia jugak. Tapi kalau hidup penuh dengan kasih sayang tapi duit pulak takder...tak best jugak. Tak best...ker?!

Nak tahu pendapat aku on this issue? For me, kedua-duanya penting dalam kehidupan. But, no. 1 is kasih sayang and no. 2 is financial. Aku bercakap ni atas pengalaman. Bukan fakta semata-mata. Dulu mungkin aku fikirkan yang duit adalah segala-galanya. Semakin aku meningkat dewasa dan mempunyai family sendiri, kesedaran tentang kasih sayang mula tumbuh. Banyak problem yang akan dapat diselesaikan dengan adanya kasih sayang. For example, if we have problems...we can sit together and discuss on how to settle the problems. Apa kaitannya dengan kasih sayang? Kita akan rasa tenang dan berlapang dada untuk menyelesaikan setiap masalah yang ada. Tanpa kasih sayang, kita akan cepat marah dan mudah menyalahkan antara satu sama lain. Terutamanya financial problem. Setiap masalah akan ada solusinya (inggeris dimelayukan) jika ditanggani dengan kasih sayang. Believe me!

So, I have new formula untuk diterapkan into my family. Setiap tindakan mesti berlandaskan kepada nilai kasih sayang. Yang susah hendaklah dibantu. Kalau boleh dihindari daripada segala perasaan riak dan hasad dengki antara satu sama lain. Then only, sesebuah keluarga itu akan berdiri dengan kukuh dan teguh. Apa jua badai yang mendatang akan disempadani bersama.


Aku pernah lihat sebuah big family yang ok from financial problem tetapi disebabkan takdernya nilai kasih sayang, ada antara adik-beradik yang hidup melarat dan terbiar. Yang kaya berterusan kaya tanpa memikirkan nasib adik-beradik lain. Puncanya kerana tiadanya rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.


Kalau boleh (Insya-Allah), kasih sayang ini biarlah berpanjangan dari satu generasi ke satu generasi. Jangan terhenti setakat satu atau dua generasi jer. Means, bukan setakat adik-beradik tapi emak atau bapa saudara dengan anak saudara, sepupu dengan sepupu, ipar dengan biras, etc. Semoga niat yang baik ini akan dipermudahkan.

No comments:

Post a Comment