Sunday, April 24, 2011

Malam Sabtu yang memenatkan...

Hari Jumaat malam Sabtu, fikiran kusut setelah balik dari keje. Ada isu sket kat office. Seperti biasa,aku akan "on"kan radio kuat-kuat dalam kete. Dengar pulak nyanyian "live" Justin Bieber time buat konsert hari tuh. Tetiba teringat aku kat anak aku, si Maryam. Suka sangat dia dengan si Justin Bieber nih...! Tapi, dia dah ada Selena Gomez...alahai anak aku yang sorang nih..!!

Sampai kat parking lot, aku tengok cik asben dah sampai dulu. AlhamduliLLAH, tak payah aku rushing nak pegi ambik anak-anak aku. Tapi, dalam kepala nih..dah pikir apa yang aku nak buat malam nih. Banyak..beb..keje rumah yang nak kena settle. Sebab on Saturday, I have to accompany my husband ke DEMC. Do his x-ray.

Masuk jer...rumah, tengok barang mainan anak-anak aku bersepah.
Sabar,sabar,tenang,tenang...Puan Hasnin sambil aku menggayakan tangan seperti bermeditasi. Perghhh...imaginasi mengalahkan Steven Spielberg untuk membikin filem. Sekarang...AlhamduliLLAH, aku dapat manage my temper. Kalau dulu time mula-mula kahwin, agak susah sketlah aku nak manage temper nih. Actually, hati aku akan cepat panas kalau tengok rumah yang bersepah.


Just say "Hi" to my husband, terus aku bergegas ke bilik air. Sebelum tuh, aku kiss-kiss dululah anak-anak aku. Tapi, husband aku dah masak dengan perangai aku. Kalau aku diam jer...tak payah ditegur. Aku mandi and ambik wudhuk untuk solat Maghrib. Tengok husband aku baru nak angkat takbir...oklah tu, boleh tumpang sekaki untuk berjemaah.

Then only, baru aku godek-godek cari apa keje yang aku nak settle. Very lucky sebab husband aku dah masukkan baju ke dalam washing machine. Kalau korang tengok gambar loads washing machine kat bawah, for sure kena buat 2 kali. Lepak jap...sambil aku lipatkan kain baju yang menimbun. Nasib baik ada Maharaja Lawak...at least takderlah aku rasa mengantuk sangat. On that nite, cik asben aku hanya menapau makanan untuk kami sefamili. Kesian,kesian...



Macam manalah agaknya orang yang ada ramai anak,berkerja and takder bibik untuk manage rumah. Just wondering... 

No comments:

Post a Comment