Wednesday, April 20, 2011

Hal suami-isteri.

Kali ini, aku nak cerita hal suami-isteri. Tapi, bukan yang tuuttt....itu tak boleh, P&C. Hanya si suami dan si isteri yang layak mengetahuinya.

Aku nak bercerita perihal suami-isteri yang tak sependapat. Tipulah kalau korang mentioned yang korang tersangatlah "sehati-sejiwa" dengan pasangan korang. If that case, takderlah pasangan yang bercerai-berai, kan? Ker...ada sebab lain...? No komen..! Pastu pulak, takkan ada ler pasangan yang bergaduh. Bak kata Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, bergaduh ni pun sometimes membawa kepada kebaikan jugak kalau kena pada tempat dan gayanya.

Contohnya tak sependapat dalam hal rancangan TV. Si suami nak tengok game bola, meanwhile si isteri pulak nak tengok Akademi Fantasia pulak. Maka, akan berlakulah sedikit "pergelutan" di situ. Kes sebegini banyak berlaku pada aku ler. Asal time weekend jer...husband aku mesti nak tengok bola. Aku pulak nak tengok AF la...Cerekarama la...etc. Berebut remote control. Pernah terjadi (terpaksalah aku mengaku), awal-awal lagi aku dah sorokkan remote control! Kira macam cup...siap-siap lah. Itu belum ada lagi special event,e.g: Anugerah Skrin ker...ABPBH ker...memang 2 hari sebelum tu..aku dah booked TV. He...he...he..perangai mengalahkan budak-budak. Kalaulah remote control itu hidup, mesti ia berkata begini, "Manusia macam ni pun boleh wujud kat dunia nih....!".

Solution nya ialah beli jerlah..TV lagi satu. But, I don't want because in that way..hubungan family itu akan menjadi semakin renggang. Believe me! TV yang satu pun dah lalai...tak tahulah kalau ada 2-3 TV kat rumah.

Itu baru hal TV, belum lagi hal-hal lain. Contohnya, kain baju di dalam cupboard. Aku jenis yang tersangatlah particular bab-bab susun baju nih. Kalau boleh, taknak terusik dan berselerak. Cik asben aku pulak jenis yang main ambik jer...kadang-kadang kain baju tu akan jadi  "sedikit" messy. Apalagi, aku terus sound, "Bie ni..kalau ambik baju tu,elok-eloklah sket. Penat, tau..Nin susun. Bie tak kesian kat Nin,ker? Bie dah tak sayang kat Nin lah tu...". Apa kes...sampai dah tak sayang? Relevan...ker,tak soalan tu dengan situasi yang dihadapi? Lepas tu, aku tengok husband aku selalu pakai baju yang sama jer. "Kenapa Bie pakai baju sama jer...lepas basuh, Nin lipat...Bie ambik pakai balik baju tuh? Kenapa, takder baju lain,ker?". Protes aku pulak. "Habis, dah Nin tak bagi Bie usik baju yang Nin lipat. Bie ambik jerlah ...baju yang kat atas". Alamak, kesian pulak aku kat husband aku. Zalim sangatkah aku nih...?


Started from that day, aku cuba susun bajunya secara berselang-seli.Takder ler...cik asben aku pakai baju yang sama jer. Errmm...bab lain tak termasuk lagi. Banyak sebenarnya hal suami-isteri yang tak "sefahaman" nih. That's we called marriage. Actually, setiap pasangan itu saling lengkap-melengkapi. And, I really love my husband so much..!!!

1 comment:

  1. wakaka... it's also happen to me. kalau dekat mmg bercakar jer, tp klu jauh :)

    Eg: smpai opis aku akan call dia, nak balik call dia, nak kuar g miting call dia cakap nak g mana...

    ReplyDelete