Monday, April 25, 2011

Go for go-kart.

Sajer usha-usha go-kart, kekonon untuk register anak lelaki aku nih. So, we went to go-kart circuit kat area Stadium Shah Alam. And kebetulan pulak on that day ada competition. So, kitaorang lepak jap...tengok competition tu. Kitaorang pegi ke sana selepas balik dari DEMC. Anak perempuan aku dah merungut, "Mommy..jomla..balik. Tak best tengok nih. Ni untuk boys...bukan girls...!". Tapi, terpaksalah si Maryam ni tadah telinga jugak dengar bunyi bising dari litar nih. Kesian dia..aku nengoknya.

Usha-usha tengok harga for go-karting. "Macam mana kira, Auntie?", tanya aku pada si tauke tempat tu.
"35 ringgit untuk satu kereta",jawabnya.
"Oooo...satu jam,ker?".
"Tak...35 ringgit untuk 10 minit tak termasuk 50 ringgit deposit. Deposit tuh untuk back-up kereta...kot-kot ada yang rosakkan kereta. Kalau kereta ok, kita akan bagi balik 50 ringgit tuh..".

Gulppp.....RM35 for 10 minutes! Mak aaii....mahalnya, kalau 10 minit...RM35, cuba korang kira berapa ringgit pulak untuk satu jam? Takkan nak main 10 minit,jer....kalau setakat 10 minit, baik takyah! Daripada aku spend for this kind of thing, baik aku bawak family aku tido hotel,ker...makan-makan,ker....paling worst....beli handbag baru,ker...(yang part ni,kena cakap perlahan sket).

Bak kata husband aku, memanglah sukan permotoran adalah antara sukan yang termahal. Sebab tulah, kena ada sponsor. Kalau tak, takderlah tiket F1 harganya ratusan punya! Kalau nak stand kat atas hill pun, dah RM50. Itupun sayup...jer pemandangan....bunyi jer..lebih.







No comments:

Post a Comment