Thursday, April 28, 2011

Bila uniform sekolah tak kering...

Maklum ajerlah...sekarang kan,cuaca sangat tak menentu. Pagi nampak panas dan cuaca baik...tetiba petang sket, hujan turun mencurah-curah. Macam petang semalam, sebelah pagi cuaca nampak baik. Harap-harap kain baju yang aku jemur tu..sempatlah kering. Hampir pukul 5.30 petang, hujan turun selebat-lebatnya. For sure, kain baju jadi lembap sket. Nak buat macam mana. Apakan daya, bukan kita yang mengaturkannya.

Kain baju kat dalam washing machine  menimbun semula. Kalau hujan jugak petang nih, terpaksalah aku menghantarnya ke dobi, macam selalu. Kalau hantar dobi, hari ini hantar...esok dah boleh ambik. Siap berlipat dan berseterika lagi. Tapi, sebenarnya...aku tak berapa suka sangatlah nak menghantar ke dobi sebab diaorang sekadar basuh...jer. Takdernyer...nak belek-belek bagai. Aku kan jenis yang membelek leher baju kemeja husband aku. Bukan apa takut ada daki,ker. Buatper basuh baju kalau tak bersih,kan...?  Iyerlah...kalau nak belek bagai, alamatnya harga pun jadik double. Saper nak jawab..!

Disebabkan kain baju yang tak berapa nak kering, terpaksalah si Maryam ni pakai baju kurung jer...ke sekolah. Uniform sekolah pun tak kering. Another uniform still kat washing machine. Nasib baik si Maryam ni nak jugak sarungkan baju kurung nih. Kalau buat perangai ngada-ngadanya, memang berjawablah nak pegi sekolah pagi nih. Cumanya, dia refused nak pakai tudung tuh...tak cantik, katanya. Actually, tudung tu...mak mertua aku beli time dia bercuti kat Bandung. So, patern pun macam yang kat seberang sanalah. Maryam siap pernah tanya aku lagi, "Ini tudung ker....topi, mommy?". Nak tergelak jugak aku dengan soalan tu tapi cover jugaklah. Nanti terus dia tak nak pakai tudung tu dan paling worst...tak nak pegi sekolah. Jenuh pulak aku nak menjawab dengan babahnya.




Lepas pakaikan tudung, aku pujuk Maryam dengan mengambilnya gambar. Terus bersemangat, ceria jer...jadinya. Sebagai mak, aku tahulah macam mana nak tackle hati anak perempuanku yang sorang nih. Sabar...jerlah....

No comments:

Post a Comment