Wednesday, April 6, 2011

Ada apa dengan nama?!

"Maryam & Ibrahim jer nama anak?". Reaksi biasa setiap kali orang menanyakan nama kedua-dua anak aku. Bagi diaorang macam pelik jer....zaman-zaman millenium nih orang letak nama Maryam and Ibrahim. Ermm...jawapan aku?

Actually dulu-dulu kala, me and my husband bercadang nak letak nama lain for our kids. Selepas jer kahwin, kitaorang memang dah tekad nak letak Adnin di depan nama setiap anak. Tak kira ler...boy or girl. Kekonon, Adnin tu macam gabungan antara nama me (nin) and my husband (fad). And kebetulan pulak, Adnin tu adalah antara nama-nama syurga Allah SWT. So, we're decided to put Adnin at the first names of our kids.

Aku pulak sangat suka dengan nama yang ada huruf "Q". So, once dah tahu aku conceived baby girl...we're decided to put Adnin Al-Quzandria for our first baby. Ye...ye...O...nak letak nama tu. That's the name yang aku mentioned setiap kali orang menanyakan nama baby aku.

2-3 minggu sebelum due date, tetiba jer...aku rasa nak change our baby's name. Aku rasa macam nak letak nama yang simple, sweet and klasik. Teruja aku tengok pasangan Juma & Nazim Tun Razak yang meletakkan nama their kids bersempena dengan nama their family ancestors. For example, nama anak sulung mereka Aqif Razak (kalau tak silapla).

Tinggg...dapat idea!

Keluar jer...anak aku, terus  husband aku register nama yang di 'plan' semula. Tapi, husband aku tahula nama apa yang nak diletak. Kitaorang dah berbincang regarding this matter. Maka, termaktub dan tertulislah nama anak kami, Ilham Maryam. Ilham means inspiration and Maryam adalah nama moyang sebelah bapa aku. So, jadilah...inspired by Maryam.


For the second child, memang aku berharap untuk dapat baby boy. Doa-doalah jugak. Tapi, kalau takder rezeki...redha jerlah....But, AlhamduliLLAH...aku dapat baby boy. We put him Ikhlas Ibrahim. Ikhlas means sincere and Ibrahim adalah nama moyang sebelah husband aku. We put him Ikhlas Ibrahim because aku sangat-sangat ready and sincere for getting the second child.

Persoalannya, ada apa dengan nama?

For me, nama mencerminkan peribadi. Sebab yang kukuh, memanggil anak-anak dengan nama yang betul oleh ibu bapa adalah satu doa secara tidak langsung. Kalau tak sempat nak berdoa panjang-panjang kat atas sejadah, maka panggillah anak-anak dengan nama yang sempurna. Ayuh...kita mulakan sesuatu yang nampak kecik tetapi besar impact nya!

No comments:

Post a Comment