Thursday, April 28, 2011

Bila uniform sekolah tak kering...

Maklum ajerlah...sekarang kan,cuaca sangat tak menentu. Pagi nampak panas dan cuaca baik...tetiba petang sket, hujan turun mencurah-curah. Macam petang semalam, sebelah pagi cuaca nampak baik. Harap-harap kain baju yang aku jemur tu..sempatlah kering. Hampir pukul 5.30 petang, hujan turun selebat-lebatnya. For sure, kain baju jadi lembap sket. Nak buat macam mana. Apakan daya, bukan kita yang mengaturkannya.

Kain baju kat dalam washing machine  menimbun semula. Kalau hujan jugak petang nih, terpaksalah aku menghantarnya ke dobi, macam selalu. Kalau hantar dobi, hari ini hantar...esok dah boleh ambik. Siap berlipat dan berseterika lagi. Tapi, sebenarnya...aku tak berapa suka sangatlah nak menghantar ke dobi sebab diaorang sekadar basuh...jer. Takdernyer...nak belek-belek bagai. Aku kan jenis yang membelek leher baju kemeja husband aku. Bukan apa takut ada daki,ker. Buatper basuh baju kalau tak bersih,kan...?  Iyerlah...kalau nak belek bagai, alamatnya harga pun jadik double. Saper nak jawab..!

Disebabkan kain baju yang tak berapa nak kering, terpaksalah si Maryam ni pakai baju kurung jer...ke sekolah. Uniform sekolah pun tak kering. Another uniform still kat washing machine. Nasib baik si Maryam ni nak jugak sarungkan baju kurung nih. Kalau buat perangai ngada-ngadanya, memang berjawablah nak pegi sekolah pagi nih. Cumanya, dia refused nak pakai tudung tuh...tak cantik, katanya. Actually, tudung tu...mak mertua aku beli time dia bercuti kat Bandung. So, patern pun macam yang kat seberang sanalah. Maryam siap pernah tanya aku lagi, "Ini tudung ker....topi, mommy?". Nak tergelak jugak aku dengan soalan tu tapi cover jugaklah. Nanti terus dia tak nak pakai tudung tu dan paling worst...tak nak pegi sekolah. Jenuh pulak aku nak menjawab dengan babahnya.




Lepas pakaikan tudung, aku pujuk Maryam dengan mengambilnya gambar. Terus bersemangat, ceria jer...jadinya. Sebagai mak, aku tahulah macam mana nak tackle hati anak perempuanku yang sorang nih. Sabar...jerlah....

Monday, April 25, 2011

Go for go-kart.

Sajer usha-usha go-kart, kekonon untuk register anak lelaki aku nih. So, we went to go-kart circuit kat area Stadium Shah Alam. And kebetulan pulak on that day ada competition. So, kitaorang lepak jap...tengok competition tu. Kitaorang pegi ke sana selepas balik dari DEMC. Anak perempuan aku dah merungut, "Mommy..jomla..balik. Tak best tengok nih. Ni untuk boys...bukan girls...!". Tapi, terpaksalah si Maryam ni tadah telinga jugak dengar bunyi bising dari litar nih. Kesian dia..aku nengoknya.

Usha-usha tengok harga for go-karting. "Macam mana kira, Auntie?", tanya aku pada si tauke tempat tu.
"35 ringgit untuk satu kereta",jawabnya.
"Oooo...satu jam,ker?".
"Tak...35 ringgit untuk 10 minit tak termasuk 50 ringgit deposit. Deposit tuh untuk back-up kereta...kot-kot ada yang rosakkan kereta. Kalau kereta ok, kita akan bagi balik 50 ringgit tuh..".

Gulppp.....RM35 for 10 minutes! Mak aaii....mahalnya, kalau 10 minit...RM35, cuba korang kira berapa ringgit pulak untuk satu jam? Takkan nak main 10 minit,jer....kalau setakat 10 minit, baik takyah! Daripada aku spend for this kind of thing, baik aku bawak family aku tido hotel,ker...makan-makan,ker....paling worst....beli handbag baru,ker...(yang part ni,kena cakap perlahan sket).

Bak kata husband aku, memanglah sukan permotoran adalah antara sukan yang termahal. Sebab tulah, kena ada sponsor. Kalau tak, takderlah tiket F1 harganya ratusan punya! Kalau nak stand kat atas hill pun, dah RM50. Itupun sayup...jer pemandangan....bunyi jer..lebih.







Sunday, April 24, 2011

Temankan husband.

Seperti yang aku uar-uarkan untuk aku temankan husband aku buat his x-ray kat DEMC on Saturday. Dengan rasa malas dan mengantuknya, terpaksa kugagahi jugak hati dan perasaan ini untuk bangun awal on last Saturday. Breakfast kat luar, then kitaorang heading ke DEMC kat Shah Alam.

Dalam hati ni..terasa macam manalah aku nak handle kedua-dua anak aku nih especially si Ibrahim. Memang tak boleh nak duduk diam. Sebab cik asben aku nih mestilah takes time for doing the x-ray. Penat kalau nak looking care si Ibrahim nih. Budak tengah lasak at this age. Memanglah...!

But, thanks goodness...sebab on that day, ada colouring programme untuk kids yang datang. At least, anak-anak aku ada aktiviti nak dibuat. Semuanya berjalan dengan lancar tanpa gangguan and husband aku dapat buat his x-ray dengan jayanya. Horrey...!!!

So, korang layanlah all the pics aku sefamili di DEMC.

Register dulu, Bie...













Inilah resultnya.AlhamduliLLAH....

Malam Sabtu yang memenatkan...

Hari Jumaat malam Sabtu, fikiran kusut setelah balik dari keje. Ada isu sket kat office. Seperti biasa,aku akan "on"kan radio kuat-kuat dalam kete. Dengar pulak nyanyian "live" Justin Bieber time buat konsert hari tuh. Tetiba teringat aku kat anak aku, si Maryam. Suka sangat dia dengan si Justin Bieber nih...! Tapi, dia dah ada Selena Gomez...alahai anak aku yang sorang nih..!!

Sampai kat parking lot, aku tengok cik asben dah sampai dulu. AlhamduliLLAH, tak payah aku rushing nak pegi ambik anak-anak aku. Tapi, dalam kepala nih..dah pikir apa yang aku nak buat malam nih. Banyak..beb..keje rumah yang nak kena settle. Sebab on Saturday, I have to accompany my husband ke DEMC. Do his x-ray.

Masuk jer...rumah, tengok barang mainan anak-anak aku bersepah.
Sabar,sabar,tenang,tenang...Puan Hasnin sambil aku menggayakan tangan seperti bermeditasi. Perghhh...imaginasi mengalahkan Steven Spielberg untuk membikin filem. Sekarang...AlhamduliLLAH, aku dapat manage my temper. Kalau dulu time mula-mula kahwin, agak susah sketlah aku nak manage temper nih. Actually, hati aku akan cepat panas kalau tengok rumah yang bersepah.


Just say "Hi" to my husband, terus aku bergegas ke bilik air. Sebelum tuh, aku kiss-kiss dululah anak-anak aku. Tapi, husband aku dah masak dengan perangai aku. Kalau aku diam jer...tak payah ditegur. Aku mandi and ambik wudhuk untuk solat Maghrib. Tengok husband aku baru nak angkat takbir...oklah tu, boleh tumpang sekaki untuk berjemaah.

Then only, baru aku godek-godek cari apa keje yang aku nak settle. Very lucky sebab husband aku dah masukkan baju ke dalam washing machine. Kalau korang tengok gambar loads washing machine kat bawah, for sure kena buat 2 kali. Lepak jap...sambil aku lipatkan kain baju yang menimbun. Nasib baik ada Maharaja Lawak...at least takderlah aku rasa mengantuk sangat. On that nite, cik asben aku hanya menapau makanan untuk kami sefamili. Kesian,kesian...



Macam manalah agaknya orang yang ada ramai anak,berkerja and takder bibik untuk manage rumah. Just wondering... 

Wednesday, April 20, 2011

Hal suami-isteri.

Kali ini, aku nak cerita hal suami-isteri. Tapi, bukan yang tuuttt....itu tak boleh, P&C. Hanya si suami dan si isteri yang layak mengetahuinya.

Aku nak bercerita perihal suami-isteri yang tak sependapat. Tipulah kalau korang mentioned yang korang tersangatlah "sehati-sejiwa" dengan pasangan korang. If that case, takderlah pasangan yang bercerai-berai, kan? Ker...ada sebab lain...? No komen..! Pastu pulak, takkan ada ler pasangan yang bergaduh. Bak kata Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, bergaduh ni pun sometimes membawa kepada kebaikan jugak kalau kena pada tempat dan gayanya.

Contohnya tak sependapat dalam hal rancangan TV. Si suami nak tengok game bola, meanwhile si isteri pulak nak tengok Akademi Fantasia pulak. Maka, akan berlakulah sedikit "pergelutan" di situ. Kes sebegini banyak berlaku pada aku ler. Asal time weekend jer...husband aku mesti nak tengok bola. Aku pulak nak tengok AF la...Cerekarama la...etc. Berebut remote control. Pernah terjadi (terpaksalah aku mengaku), awal-awal lagi aku dah sorokkan remote control! Kira macam cup...siap-siap lah. Itu belum ada lagi special event,e.g: Anugerah Skrin ker...ABPBH ker...memang 2 hari sebelum tu..aku dah booked TV. He...he...he..perangai mengalahkan budak-budak. Kalaulah remote control itu hidup, mesti ia berkata begini, "Manusia macam ni pun boleh wujud kat dunia nih....!".

Solution nya ialah beli jerlah..TV lagi satu. But, I don't want because in that way..hubungan family itu akan menjadi semakin renggang. Believe me! TV yang satu pun dah lalai...tak tahulah kalau ada 2-3 TV kat rumah.

Itu baru hal TV, belum lagi hal-hal lain. Contohnya, kain baju di dalam cupboard. Aku jenis yang tersangatlah particular bab-bab susun baju nih. Kalau boleh, taknak terusik dan berselerak. Cik asben aku pulak jenis yang main ambik jer...kadang-kadang kain baju tu akan jadi  "sedikit" messy. Apalagi, aku terus sound, "Bie ni..kalau ambik baju tu,elok-eloklah sket. Penat, tau..Nin susun. Bie tak kesian kat Nin,ker? Bie dah tak sayang kat Nin lah tu...". Apa kes...sampai dah tak sayang? Relevan...ker,tak soalan tu dengan situasi yang dihadapi? Lepas tu, aku tengok husband aku selalu pakai baju yang sama jer. "Kenapa Bie pakai baju sama jer...lepas basuh, Nin lipat...Bie ambik pakai balik baju tuh? Kenapa, takder baju lain,ker?". Protes aku pulak. "Habis, dah Nin tak bagi Bie usik baju yang Nin lipat. Bie ambik jerlah ...baju yang kat atas". Alamak, kesian pulak aku kat husband aku. Zalim sangatkah aku nih...?


Started from that day, aku cuba susun bajunya secara berselang-seli.Takder ler...cik asben aku pakai baju yang sama jer. Errmm...bab lain tak termasuk lagi. Banyak sebenarnya hal suami-isteri yang tak "sefahaman" nih. That's we called marriage. Actually, setiap pasangan itu saling lengkap-melengkapi. And, I really love my husband so much..!!!

Tuesday, April 19, 2011

But....why...?!

Since yesterday, fikiran aku sedikit terganggu. Kenapa ia datang semula setelah almost 18 years berlalu. Adakah ini salah satu dugaan yang bakal ditempuhi..? Ohh...tidak, Engkau kuatkanlah hati dan perasaan aku untuk menghadapi dugaan ini. Really disturbed...!

Biarlah ia menjadi kenangan dan sebahagian daripada pengalaman hidup aku. I did appreciated it. If not, tak colourful lah life nih. Life menuntut segala-galanya. Pahit dan manis. Yang penting ialah bagaimana kita menghadapinya. Sabar dan banyak berdoa.

But, I do appreciate my husband 'cause he's really do understand me. A lot!!
And, I know that we're love each other so much!
Whatever it is, we will stick together.
Amin.

Sunday, April 17, 2011

Chef mommy

Last weekend, aku banyak lepak kat rumah. Banyak kerja rumah yang tertangguh sebab weekend jer...ada benda nak buat. Bukan setakat kerja rumah yang tertangguh, tapi masa nak rehat pun takder. Kadang-kadang aku terpikir jugak, tak cukupkah masa yang diberi? Sibuk mengalahkan Perdana Menteri sewaktu menghadapi pilihanraya,opppss....terlebih sudahhh...!

On Saturday, aku temankan cik asben aku ke DEMC. Buat check-up on his back pain. Kekonon tak boleh nak drive by himself. Terpaksalah aku jadik driver sekejap. Ok...ler..tu! Tapi, husband aku nih terpaksa buat x-ray on this coming Saturday. So, terpaksalah aku temankan dia lagi. Takperlah...demi suami tersayang.

On Sunday, aku berjanji takkan keluar sebab aku sudah buat "appointment" dengan kesemua tingkap rumah aku. Actually, this "appointment" yang 2-3 minggu lepas. But unfortunately, tak berkesempatan nak tunaikannya. So, walau apa-apa pun terjadi aku tetap akan tunaikan hajat aku on last weekend.

It's time to clean up all my house windows and aku berjaya melakukannya!!Horeyyy...!!

Aku prepared lunch, alaa...masak yang simple-simple jer. Since both of my kids terrrrsangatlah...suka makan telur. Special menu is telur masak hitam (letak kicap jer....si Maryam ni yang pandai-pandai letak nama). Untuk bapaknya pulak aku masakkan masak lemak tempoyak.

For dinner, Maryam tak nak makan nasi. Apa aku nak buat to attract her appetite...? Pikir punya pikir and I came out with this idea. Aku guna apa yang ada kat rumah aku. Aku potong empat keping roti menjadi bulat. Aku spread peanut butter pada setiap keping roti. Aku susunkan bertingkat onto the plate. Then, aku letakkan sedikit chocolate syrup and lastly aku letakkan strawberry jam for decorations.



Terkesima Maryam and Ibrahim menatapnya. "Mommy, macam makan kat hotel lah..terer ler...mommy nih!". He...he...he...itu baru sket skill yang aku tunjukkan. "Sedaplah...mommy buat. Macam chef lah, mommy nih..!". Sedap,ker Maryam? Padahal, itu roti jer lah. Kembang kuncup hidung aku menahan rasa bangga yang tak terhingga. Sudah-sudahlah tu...Maryam,  puji-puji mommy nih. Kang tak boleh tido pulak mommy nih. Asyik menahan hidung yang kembang!

Kadang-kadang, we have to be creative for preparing foods untuk anak-anak kita. Terpaksalah, aku mengaku yang bukan senang to be a good mother though.

Thursday, April 14, 2011

Goodbye Mr. Zeller...

Goodbye to our Executive Director, Mr. Gottfried Zeller for his retirement.
Nothing much to say....

Wednesday, April 13, 2011

Gaduh...lagi,ker?

"Kaknin, ibu rasa adik dengan ala tu bla...bla...bla....".
"Kaknin rasa depa gaduh dak?".

Itulah antara soalan-soalan yang sering kali ditanya oleh mak aku kalau dia tengok something wrong dengan anak-anaknya. Aku tak tahulah pulak apa soalan yang ditanya mengenai aku pada yang lain-lain. Ermm...kadang-kala those things amatlah memeningkan kepala aku. Nampak macam simple, tapi kalau dibiarkan berlarutan boleh menjadi parah.


For me, kalau setakat bergaduh sket2 tu...biasalah. Apa kata orang, sedangkan lidah lagikan tergigit. And that's we called life. Kalau langsung takder gaduh2, macam tak best pulak. I will take from the positive side. Taknak pikir yang negative. It is not good for our health, actually.


Kita akan mengenali and memahami our siblings dengan lebih dekat dengan bergaduh. Because....selalunya kita akan pikir semula betul atau tidak tindakan yang kita ambik. Lepas tu pulak, kita akan terpikir,"Ooooo....rupa-rupanya dia tak suka macam tu". Then only, kita akan lebih memahami adik-beradik kita. Bagi aku, mudah saja...macam mana bergaduh pun, kita tetap sedarah sedaging. Datang dari tempat yang sama. Idak...ler....sorang ni spesel sket. Secara saintifiknya, semuanya dari percantuman sperma & ovum di dalam uterus sorang ibu. Nak aku terangkan pulak macam mana proses percantuman berlaku...? Haii...teringat zaman-zaman belajar Bio dulu.


But, I'm really appreciate with all of my siblings. Semuanya ada keistimewaan yang tersendiri. Saling lengkap-melengkapi. Macam jigsaw puzzle. Cuba korang bayangkan kalau only one piece jer...yang missing? Mesti jigsaw puzzle tu doesn't look perfect. Macam mana cantik pun gambar jigsaw puzzle tu, tapi kalau ada satu yang lobos (berlubang), ia akan mencacatkan keseluruhan gambar. Betul, tak..?


Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah....

Kat rumah aku ler...pulak!

Last, last post....aku ada masukkan pasal wedding adik lelaki aku. Tapi yang itu kat rumah sebelah  adik ipar aku di Negeri Sembilan. Godek punya godek, makanya terjumpalah beberapa keping gambar wedding adik lelaki aku nih  kat rumah aku di Kedah. The picture yang kat lake tu pun berdekatan dengan rumah aku. Within 3 mins boleh sampai kat sana. Cantik.....!( that's why bapak aku beli tanah kat sini). Kalau sampai kat Pendang nih...singgah-singgahlah di situ. Nanti aku review on that place,ok..?! On that day, warna temanya ialah black & red. So, aku nak share beberapa keping gambar yang ada nih. And believe or not, all the idea of the decorations are from me and my mom. But done by my Ateh and Ciklah. Yang penting kerjasama...! Tak gitu..?!


And these hantaran also did by my mom, me & my sisters.