Monday, March 21, 2011

Minggu malas aku...

This week, tersangatlah malas nak update blog aku. Macam mana cuaca yang lembap sekarang nih...macam tulah jugak hati dan perasaan aku nih. Rasa malas tahap gila nak update blog. Aku rasa bz sangat dengan houseworks, actually. Sebab, every weekend aku temankan husband aku ke officenya. Malam jer...yang aku boleh nak mengemas rumah, basuh baju, lipat baju etc. Aku ingat taknak temankan husband aku ke officenya, tapi kesian pulak dengan si Ibrahim. Asal husband aku nak keluar rumah jer...melalaklah si Ibrahim nih. Kakaknya pulak tersengih-sengihlah sebab babah bawak dia. Kira macam menanglah...gitu....! Boleh pulak macam tuh!!

So, next week...aku nak rajin-rajinkan diri ini untuk meng'update'kan blogku ini. Ramai jugaklah kengkawan aku yang tanya, "apesal buat blog? Nak buat extra income,ye? Nak jadi jutawan  ker...?". Ada ker soalan macam tuh...?! Ermmm....to be honest, aku takder desperate sangat nak carik extra income. Aku suka menulis and aku suka share something dengan member-member aku. Kadang-kadang dalam hidup ini, tak semua yang kita tahu. So, this is one of the ways yang kita boleh share and learn something. Tapi, kalau boleh generate income tu...that's bonus for me. So, sudi-sudikanlah untuk update blog kalian supaya aku boleh review. Haa...haa...he...he....hikkkk...!

No comments:

Post a Comment