Tuesday, March 8, 2011

Makan lagi...

Last week merupakan hari aku yang paling malas. Aku pun tak tahu kenapa. Kebetulan pulak aku tak berapa sihat. Tekak nih masih terasa perit dan batuk pun belum hilang sepenuhnya. Aku memang alah sket dengan perubahan cuaca yang agak tak menentu. Korang perasan tak sekarang nih cuaca pun dah tak berapa nak ok. Kalau dulu kita boleh predict bila musim hujan atau kemarau. Kalau dok Kedah atau Kelantan, bulan Disember adalah musim tengkujuh. Hujan akan turun mencurah-curah. Tapi sekarang nih, tetiba jer hujan boleh turun dengan selebat-lebatnya! Lumrah alam, dunia semakin nazak....

Alah...macam aku jugakla, tetiba boleh jadi semalas-malasnya. Malas nak masak, malas nak mengemas etc. Tapi, one thing for sure...aku 'paksa'kan diri untuk buat semua tuh. Last week, memang aku malas sangat. Actually last Sunday, husband aku pegi office jap dengan Maryam. Balik in the afternoon. Tu yang aku malas nak masak. Nak-nak lagi kalau dengan si Ibrahim. Mana periuknya, mana sudipnya. Memang kalut sket (bukan sket tapi banyak) kalau aku masuk dapur dengan Ibrahim. Lagipun, agak merbahaya (alasan paling kukuh....!) kalau anak bermain di kawasan dapur.

Balik jer husband aku dari office, seperti biasa dia akan tanya, nak masak atau makan luar. Itu yang aku paling suka cik asben aku nih sebab dia tak pernah memaksa aku untuk memasak. Walaupun hakikatnya, dia paling suka kalau aku yang masak (rasanya semua suami suka kalau isteri yang masak). So, after had some discussions...kitaorang terus bergerak ke Kenny Rogers, Amcorp Mall. Sebab aku kan tak sihat, terasa nak makan something different. Padahal, takderlah different pun...balik-balik chicken! So far, makan kat Kenny Rogers ni ok. Cuma portion nya sket kalau nak dibandingkan dengan Nando's. Padahal, harga lebih kurang jer. Sebab tu lah aku suka Nando's...kih...kih...kih...(tamaknyer makhluk nih...).







No comments:

Post a Comment