Thursday, March 10, 2011

Jumaat yang indah..!

"Alamak dah lambat...dah pukul 6.20 am...!". Segera aku bingkas bangun dari katil. Aku lihat husband aku masih nyenyak tido. Mungkin kepenatan sangat sebab tempat kerjanya pun jauh dari rumah kitaorang. Husband aku kan berkerja di Ampang, rumah kitaorang pulak kat Saujana Utama, Sg. Buloh. Penat jugak kalau berulang-alik setiap hari. Nasib baik, aku sudah dapat kerja baru yang dekat dengan rumah. Dulu, aku berkerja di Honda Malaysia, PJ. Penat beb...berulang-alik hari-hari. Bukan setakat fizikal penat, mental as well. Sekarang kerja pun agak relax. Ok...ler....tu...!

Normally, aku akan bangun on 6 a.m...tapi this morning aku agak terlewat. Kepala rasa berat sangat. Semalam banyak sangat laundry yang nak dibasuh. Pastu pulak, petang jer hujan memanjang. Baju tak kering betul. Tapi, aku tak boleh salahkan cuaca.

Turun jer dari katil, aku terus ambik wudhuk tunaikan solat subuh. Masuk dapur, siapkan barang-barang untuk my kids. Si Maryam nak ke kindy...si Ibrahim pulak nak aku hantarkan ke babysitter. Then, aku mandi...segar sangat rasanya! Aku terus bersiap sebelum anak-anak aku bangun. Kalau diaorang dah bangun memang tak boleh nak bersiap ler jawabnya.  Husband aku pun sudah bersiap, kejutkan anak-anak. Ini pun akan mengambil masa yang agak lama. Paling susah nak bangun ialah si Ibrahim. Seperti biasa, husband aku yang akan mandikan anak-anak aku. Siapkan mereka. Aku cuma touch up apa-apa yang patut sahaja. He...he...he...


Tugas menghantar anak-anak diserahkan kepada husband aku. Meanwhile, tugas mengambil anak-anak pulak diserahkan kepada aku. Sebab, aku yang akan tiba awal di rumah. Pagi Jumaat ini sungguh indah dengan kenakalan anak-anakku, ketekunan husband aku and cuaca yang agak mendung. I put on a pink clothe so that it will become a perfect aura..!(..iye...ker...?)

No comments:

Post a Comment