Thursday, March 17, 2011

Favourite picture.


Aku nak share about this picture. Berkenan sungguh aku dengan gambar nih. Tak tahu kenapa. Macam unik, gitu.... Gambar ni diambil oleh aku sendiri di hadapan Masjid Zahir, Alor Setar. Time aku balik Kedah hari tuh. My family keluar pusing-pusing Bandar Alor Setar on that night. Kitaorang stopped jap kat dataran di hadapan Masjid Zahir sambil menikmati pemandangan waktu malam di Bandar Alor Setar.

Teringat kembali zaman sewaktu aku mengandungkan si Maryam. At that time, aku teringin sangat nak makan McD. Dah dekat nak due date. As usual, abah aku mesti tak bagi aku makan. Abah aku memang tak allow aku adik-beradik makan junk foods since small. Tapi dek kerana aku pregnant, abah aku pun berlembut jugak. Aku, ibu, abah and adik aku, Nabil went out for McD on the night. Kitaorang tapau and picnic kat dataran nih. At that time, aku rasa bahagia sangat. Cuma, husband aku jer yang takder because he's in KL. Husband aku balik Kedah pun on the second day after I gave birth. Sedih jugak tapi nak buat macam mana...tuntutan keje. Nasib baiklah time aku bersalinkan Ibrahim, husband aku berkesempatan temankan aku. Di dalam labour room lagi. So, dia dapatlah tengok macam mana proses sewaktu Ibrahim 'dikeluarkan'.

Kalau ke Kedah, sudi-sudikanlah singgah di Bandar Alor Setar. Lepak dengan yang tersayang kat dataran nih. Tapi, jangan lupa pulak nak solat berjemaah kat Masjid Zahir. Almaklumlah, masjid berdepan jer dengan dataran nih. Jangan buat-buat tak dengar pulak kalau azan berkumandang....(mesej untuk diri sendiri sebenarnya).

No comments:

Post a Comment