Wednesday, March 16, 2011

Dulu dan sekarang...

Sudah lama rasanya aku tak pegi tengok movies. Aku memang sangat suka tengok movies. Dulu bolehlah layan watching movies. Tapi sekarang (semenjak ada anak), tersangatlah susahnya nak tengok movies. Unless, anak-anak aku tinggalkan with someone. Tapi, kesian pulak aku kat anak-anak aku, kan? Psssttt....aku nih sebenarnya memang 'kaki wayang'.

So...last Saturday, aku telah membuat satu keputusan yang agak drastik. Aku nak sangat tengok movies. Aku ajaklah husband aku (saper...lagi) tengok movies. He said, "abis tu...si Ibrahim nak letak kat mana? Takkan nak hantar kat babysitter, kot...?".

"Alaa....kita bawak jerlah masuk....". Senang jer aku buat solution. Husband aku pandang aku. Macam berat jer dia nak menyetujui cadangan aku tuh.

"Kalau Ibrahim nih buat perangai macam mana?", soal husband aku lagi.

"Belum cuba, belum tahu...kan..?". Saja jer aku nak memberikan kepastian walaupun jauh dari sudut hatiku, aku sendiri pun tak pasti. Itu memang perangai semulajadi aku, aku takkan berpuas hati selagi aku tak mencubanya. Walaupun kadang-kala, keputusannya memang aku boleh jangkakan.

We went to TGV, Jusco Bukit Raja. And we're decided to watch Big Momma. Tengok yang ringan-ringan jer. I heard ramai yang dah tengok Hikayat Merong Mahawangsa. To be honest, aku tak terasa nak tengok sebab aku tak berapa nak minat that kind of movies. But, double thumbs up to KRU for their works!


Masuk jer room, Maryam ok and Ibrahim pun ok. 15 mins later, si Ibrahim nih dah tak boleh duduk diam.  Bukan nangis tapi nak main-main. Habis diredahnya bawah kerusi. Tak boleh jadi ni...! 1/2 hours, aku bawak Ibrahim keluar. Aku masuk semula. Aku ingatkan si Ibrahim nih dah ok. Tapi, still tak boleh nak duduk diam. Husband aku mengalah, "takperlah...Nin, Bie bawak Ibrahim keluar. Kitaorang pegi pusing-pisung. Nin tengok dengan Maryam".

So, aku layanlah movies tu sampai habis dengan Maryam. Nasib baiklah, husband aku ni jenis yang sporting jugak. Kalau tak, mesti dah 'kena' aku nih.


Itulah serba sedikit senario dulu dan sekarang. Kalau dulu (sebelum kahwin atau ada anak), kita boleh sewenang-wenangnya buat aktiviti yang kita sukai tanpa ada gangguan. Nak tengok movies ker, nak shopping ker, nak main bowling ker, nak 'apa-apa' jerlah....he...he...he...


That's we call life, actually. For me, this is the time for raising my kids. After my Ibrahim reach 4 years, then only I can enjoy my life to the fullest...! (with my hubby and of course with my kids as well). Amin.

No comments:

Post a Comment