Sunday, March 6, 2011

Apabila si emak memujuk anak.

Korang mesti ada taktik-taktik tertentu apabila nak memujuk si anak. Iyelah...sometimes anak-anak kita selalu jugak buat perangai. Kalau mood kita ok, bolehlah pujuk memujuk bagai. Buatnya mood kita pun tak ok, camner...? Ada yang nak kena makan bebelan (ini macam kes aku ler nih...). Aku jenis yang tak naik kaki tangan, tapi mulut...memang tak berhenti membebel. Sebenarnya, penatlah jugak...sebab lagi aku bebel, lagi anak aku nih buat tak tahu jer. Aku rasa si Maryam nih tak paham pun apa yang aku bebelkan. Sebab yang itu time mood aku tak ok ler tu.

Time aku balik ke Kedah kat rumah mak aku, si Maryam nih asyik dok merenget jer. Aku tahu puncanya sebab she's soooo sleepy and tired. Tapi, dia taknak tido. Almaklumlah bila balik kampung. Banyak aktiviti yang nak dibuat. Aku dah tak tahu nak pujuk macam mana lagi. At last, aku pujuknya dengan cara bermake up. Aku pakaikan dia eye shadow, eye liner and mascara. Aku cakap kalau dah pakai macam nih, dah tak boleh nangis. Nanti habis semua tu kena air mata, dah tak cantik. Kalau tak cantik, tak boleh jadi Princess Aurora (ni princess kesayangan Maryam). Tersenyumlah si Maryam nih, dah tak jadi nangis. Tapi, kesian pulak aku tengok si Maryam nih. Mata dah tak boleh berkediplah pulak! Takut make up hilang....! Husband aku sound aku,"kenapaler...seksa anak macam tuh..?". Ngeeeee......



No comments:

Post a Comment