Monday, March 28, 2011

Mengimbas kenangan

Mengimbas kenangan part yang keberapa pun aku dah tak ingat. Tapi yang pasti, this entry untuk aku mengimbas kenangan sewaktu aku di Universiti Malaya. Last Saturday, I went out with my adik, Ateh. Aku lepak jap di Spa adik aku. Then, kitaorang pegi Empire Shopping Gallery kat Subang Jaya. Kitaorang redah masuk UM. Kekonon nak lunch kat kafe di Faculty of Law. Ushar-ushar....foods nampak tersangatlah tak bestnya. Terus terbantut selera nak makan. Last-last, kitaorang makan jer...kat KFC, Jalan Universiti. Adik aku merungut jugaklah sebab ada ker patut, lunch KFC. Aku pun...tapi dek kerana anak-anak aku yang sudah lapar tahap gaban, kitaorang redah jugaklah makan KFC tu.

Berbalik kepada cerita mengimbas kenangan aku, Universiti Malaya menemukan aku dan  husband aku nih. Aku pun tak tahu camnerlah aku boleh tersangkut dengan cik asben aku nih. Nak kata hensem, takderla hensem sesangat. Ramai lagi yang hensem daripadanya. Nak kata kaya pun, tak jugak. Tapi, takder ler miskin. Both of his parents ialah ustaz & ustazah. To be honest, ada jugakla yang nak  jadikan aku aweks diaorang. (FYI, badan aku ni dulu takderlah gedebak macam ni..he..he...). Aku berkawan dulu and dalam masa yang sama aku investigate jugak dengan their families' backgrounds. At least, kalau tak dapat yang the best pun....we still get better. Kalau dah kawin nanti, susah pulak nak change. Taknaklah aku nikah-cerai-sindrom nih. Selagi boleh elak, kita elakkan. Yang penting, kita kena berusaha. Dah Allah SWT bagi akal, gunakanlah dengan sebaik-baik mungkin.

Tapi, tak dinafikan ada jugak yang sudah buat solat Istikharah, tanyakan pendapat orang tua...tapi still tersalah pilih pasangan hidup. Bagi aku, anggaplah semua yang terjadi ada hikmah yang terselindung. DIA Maha Mengetahui. Bak kata pepatah, kadang-kadang Allah SWT turunkan hujan, kita akan merungut tentangnya. Tapi kita tak tahu yang Allah SWT akan datangkan pelangi disebalik hujan yang turun itu.

Bus stop depan Pusat Asasi Sains.

Pusat Asasi Sains & Ambang Asuhan Jepun.  Inilah tempat aku menimba ilmu selepas SPM. Aku menimba ilmu di Pusat Asasi Sains...ye, bukan Ambang Asuhan Jepun (AAJ). Untuk masuk AAJ have to score straight A1 in SPM. Aku pulak hanya dapat 5A's jer...dalam SPM. Tak dapat eden nak nolong...wehh!

Pokok ara yang terletak bersebelahan dengan Pusat Asasi Sains. Aku rasa pokok ini sudah berusia puluhan  tahun. Ntah2 ratusan tahun. Aku musykil jugak kenapa pihak universiti tak tebang-tebang pokok nih. Ada orang kata pokok ni berhantu. Aku tak tahu pulak kebenarannya. Tapi, yang pasti kawan aku pernah ternampak perempuan muda berjalan sorang2 di bawah pokok ni tanpa kaki...!! At that time, dia baru balik dari projek untuk kolejnya dalam pukul 2 pagi. Ngeri...beb...!!

Bye..bye...muahh..muahh..muaahh..!


Inilah tempat first date aku with my husband, Canseleri dekat dengan Dewan Tunku Canselor (DTC). Bukan berdating berdua..ye. Ada pak guard lagi....

Jalan masuk dari Petaling Jaya.

Sunday, March 27, 2011

Apabila berjumpa dengan Siti Nurhaliza...

Me and family went out to JJ, Bukit Raja. Nak  carik baju untuk si Ibrahim nih. Baju untuk hari-hari. Dulu time Maryam, aku kerap sangat beli baju untuknya. Boleh dikatakan setiap bulan. To be honest, ada sesetengah baju tuh hanya sempat Maryam pakai dalam 2-3 kali jer. Biasalah, anak pertama...excited lebih. Itu yang anak jadi spoil tuh. Sampai kat Ibrahim, aku cuma beli baju jika baju-bajunya dah tak muat lagi. Kira tak membazirlah sangat. Sementelah  cari baju untuk pakai  hari-hari, aku carik jugak baju untuk birthday present Ibrahim on this coming 7th of April. Seperti biasa, aku akan tengok kat Seeds, Padini atau Miki. Tengok-tengok pulak kat Seeds, ada sales. Apalagi, aku grabbed sepasang t-shirt and pants. Bolehlah buat birthday present kat Ibrahim. Apalagi yang nak dibagi untuk budak 2 years. Lepas nih, aku ingat  nak carik botol susu pulak untuk dijadikan present. He...he...he...

Time kitaorang nak keluar ke basement, si Maryam nih ternampaklah poster Siti Nurhaliza. Apalagi, teruslah disuruhnya aku snap picnya dengan Siti Nurhaliza. Oklah...aku pertimbangkan untuk ambik pic. Sebab tak real. Kalau orang yang real, tak kuasa aku nak ambik pic. Oppss...bukan aku tak sukanya, jangan salah faham. Si Maryam nih siap suruh aku slim and dress-up  macam Siti Nurhaliza. Tang slim tu boleh ler...aku ngikut, tapi tang nak dress up macam Siti Nurhaliza tu, payahlah sket. Banyak kengkangannya. Faham-faham...jerlah.



Wednesday, March 23, 2011

Apabila aku dipinggirkan...

Dengar macam sedih jer...kan, tajuk post aku kali ini? Oppss...bukan dipinggirkan actually, tapi diketepikan buat sementara waktu. Boleh macam...tu? Aku dok order donuts, tetiba aku terpandang situasi di mana my husband and my kids dok borak-borak. Wahh....wahhh....macam best jer. Terasa diri ini seperti dipinggirkan. Maklumlah, anak-anak aku kan close dengan babah mereka. Yang sebenarnya, karektor aku ialah aku sangat tegas dengan my kids. Agak garang, gitu..Tapi, cik asben aku agak gentle dengan anak-anak. Sebab tu kalau nak tido, diaorang akan cari husband aku. But...but...but...ada buts, kalau sakit diaorang akan carik aku. And tetiba jer...aku akan jadi tersangatlah gentle. Itulah what people say, setiap mother itu akan behave like that. Konon nampak macam garang, tapi lembut di dalam. Husband aku susah sket nak mesra dengan other people, tapi nasib baik he's ok with our kids.

(Wahh...macam best jer dok borak. Cer...citer,cer...citer...)

Tuesday, March 22, 2011

Minat yang satu.

Aku tersangatlah suka drive. Keretalah...abis udah disebut drive, takkan drive motor...kot! Kih...kih...kih...jangan marah,ye. Even kalau travel balik Kedah pun, aku yang meng'offer'kan diri untuk drive. Kalau husband aku tired sangat, then only dia akan bagi aku drive. Kalau tak, jangan haraplah. Almklumlah, guys tak berapa suka kalau wife bawak kereta, dia dok melangut kat sebelah. Kalau tired, diaorang akan tido. Lagi sadis kalau terpaksa jaga anak kalau dok kat sebelah!

(Gambar seorang driver yang dok perasan ke'best'an diri ketika drive. Please do ignore my plump cheeks)

Macam kes aku ler..tu. Aku kan...malas nak jaga anak-anak. But since, all my kids tersangatlah manja dengan babahnya, so...aku pun ambik ler kesempatan. Aku bukanlah malas nak jaga anak-anak (only my husband knows me better), tapi ada certain parts yang aku malas nak buat. Aku akuilah. For example, mandikan anak-anak, "cebok" kan diaorang. Yang itu semua kebanyakkannya done by my husband. I don't say aku tak pernah buat, tapi tak sekerap my husband lah.

Aku pulak particular on their hygiene. For example, rambut, kuku ,hidung and even their clothes. Aku paling tak suka kalau anak-anak aku pakai baju kotor. I don't care kalau diaorang tertumpahkan something. Aku akan change their clothes. Sebab tu, aku akan bawak baju spare setiap kali outing with them. I will practise this routine until they are old enough to take care of  their own properties.

Bercakap pasal minat aku yang satu nih...actually aku teringin sangat nak attend class untuk drifting. Mesti korang dok gelak besar! Aku pernahlah jugak cakap kat husband aku pasal nih...seperti yang dijangkakan, husband aku gelakkan aku. Tapi, kitaorang pernahlah plan nak buat semething yang kita minat bersama-sama  apabila our kids dah besar nanti. Tunnngggguuu......semoga dipermudahkan segala-galanya buat kami. For example, nak attend  drifting class. Bab-bab kelas agama, tak payahlah nak shout kat sini. Bukan apa, takut nanti timbul pulak perasaan takbur dan riak. Sia-sia...jer.

Setelah 3 bulan bersekolah.

Sampai jer...kat rumah last week, anak pompuan aku nih berteriak,  "mommy...bacalah message book..!". Wahhh...bersemangat sungguh suruh aku membacanya. Mesti ada something nih, beria sungguh aku baca. Actually,  the message book is the communication method between teachers and parents. Senang sket for the teachers nak sampaikan maklumat kepada parents. Iyelah...nak harapkan our kids sampaikan pesanan., lain yang dicakap...lain pulak yang disampaikan. Tak ker...naya!

So, aku pun bukaklah the message book. Oooo...ada notice from her class teacher. Notice tu berbunyi lebih kurang macam nih,'
'Setelah 3 bulan bersekolah, Maryam  merupakan seorang pelajar yang sangat aktif bertanyakan soalan-soalan setiap kali diberikan tugasan. Setiap tugasan yang diberikan dapat disiapkan dengan cepat. Maryam adalah di antara pelajar-pelajar yang terawal menghantar tugasan. Dia juga merupakan seorang pelajar yang cepat memahami dalam pembelajaran. Semoga Maryam akan terus menguasai setiap pelajaran'.

Kembang kuncup jugaklah time aku membacanya. Iyelah...dah nama pun manusia, mesti ada jugaklah sifat mazmumah tu. Agaknya macam nilah yang dirasai oleh parents kita setiap kali kita memberikan kejayaan. "Macam tulah anak mommy. Next time, dapatkan stars banyak-banyak...!". The stars are given by the teachers as compliments for the kids. Since aku attended parenting workshop, aku banyak belajar pasal our kids. Setiap anak-anak kita mempunyai potensi yang berbeza. Please don't under estimate our kids' potentials. Please do give them your fullests  supports as long as they are good. Biarkan mereka explore their 'worlds' dengan cara mereka sendiri. Kita observe dari jauh supaya mereka tidak tersasar. From that way, they can develop their own creativities. Please don't say tak mampu buat. When there's a will...definitely, there's a way! Anak-anak merupakan harta yang tak ternilai. I always believe, biar bersusah payah untuk memulakan sesuatu  yang  baru  daripada bersusah payah untuk mengubah sesuatu yang sudah berlaku. Itu lagi double trouble!

And, I don't put high expectations for my kids. I just pray for the sake of their future under takings. But, AlhamduliLLAH...my Maryam sudah boleh membaca (2 suku kata) for Bahasa Melayu, reading for English (sket2...banyak yang merapu) and sudah mampu untuk menambah numbers (walaupun this lesson belum diajar oleh guru for this level). Actually, aku start mengajar Maryam since she's 2 years. Firstly, aku ajar dia dengan numbers sebab untuk mengenal huruf takkan ada masalah. Sebabnya, setiap hari kita akan berkomunikasi using English Language or Malay Language. Lagipun, ada orang mengatakan (tak semua ler..) yang orang melayu nih sangat lemah dalam menguasai numbers. That's why aku approached my daughter with numbers at first. But, please don't forget to teach our kids mengenal Al-quran dulu.


Tetapi untuk mengajar our kids pada peringkat ini, adalah digalakkan untuk tidak terlalu berkeras and forcing them. Kalau boleh, biar the lessons berlaku dalam keadaan santai dan tidak formal. Kalau boleh, biar mereka tak sedar pun yang sebenarnya kita sedang mengajar mereka. Please don't say that you takder masa for teaching them...! Masa untuk dicarik and dipenuhi. Jangan jadikan masa sebagai alasan.


And...I'm not a good mother though. But, I'm trying to be an excellent mother. Amin.

Monday, March 21, 2011

Minggu malas aku...

This week, tersangatlah malas nak update blog aku. Macam mana cuaca yang lembap sekarang nih...macam tulah jugak hati dan perasaan aku nih. Rasa malas tahap gila nak update blog. Aku rasa bz sangat dengan houseworks, actually. Sebab, every weekend aku temankan husband aku ke officenya. Malam jer...yang aku boleh nak mengemas rumah, basuh baju, lipat baju etc. Aku ingat taknak temankan husband aku ke officenya, tapi kesian pulak dengan si Ibrahim. Asal husband aku nak keluar rumah jer...melalaklah si Ibrahim nih. Kakaknya pulak tersengih-sengihlah sebab babah bawak dia. Kira macam menanglah...gitu....! Boleh pulak macam tuh!!

So, next week...aku nak rajin-rajinkan diri ini untuk meng'update'kan blogku ini. Ramai jugaklah kengkawan aku yang tanya, "apesal buat blog? Nak buat extra income,ye? Nak jadi jutawan  ker...?". Ada ker soalan macam tuh...?! Ermmm....to be honest, aku takder desperate sangat nak carik extra income. Aku suka menulis and aku suka share something dengan member-member aku. Kadang-kadang dalam hidup ini, tak semua yang kita tahu. So, this is one of the ways yang kita boleh share and learn something. Tapi, kalau boleh generate income tu...that's bonus for me. So, sudi-sudikanlah untuk update blog kalian supaya aku boleh review. Haa...haa...he...he....hikkkk...!

Thursday, March 17, 2011

Favourite picture.


Aku nak share about this picture. Berkenan sungguh aku dengan gambar nih. Tak tahu kenapa. Macam unik, gitu.... Gambar ni diambil oleh aku sendiri di hadapan Masjid Zahir, Alor Setar. Time aku balik Kedah hari tuh. My family keluar pusing-pusing Bandar Alor Setar on that night. Kitaorang stopped jap kat dataran di hadapan Masjid Zahir sambil menikmati pemandangan waktu malam di Bandar Alor Setar.

Teringat kembali zaman sewaktu aku mengandungkan si Maryam. At that time, aku teringin sangat nak makan McD. Dah dekat nak due date. As usual, abah aku mesti tak bagi aku makan. Abah aku memang tak allow aku adik-beradik makan junk foods since small. Tapi dek kerana aku pregnant, abah aku pun berlembut jugak. Aku, ibu, abah and adik aku, Nabil went out for McD on the night. Kitaorang tapau and picnic kat dataran nih. At that time, aku rasa bahagia sangat. Cuma, husband aku jer yang takder because he's in KL. Husband aku balik Kedah pun on the second day after I gave birth. Sedih jugak tapi nak buat macam mana...tuntutan keje. Nasib baiklah time aku bersalinkan Ibrahim, husband aku berkesempatan temankan aku. Di dalam labour room lagi. So, dia dapatlah tengok macam mana proses sewaktu Ibrahim 'dikeluarkan'.

Kalau ke Kedah, sudi-sudikanlah singgah di Bandar Alor Setar. Lepak dengan yang tersayang kat dataran nih. Tapi, jangan lupa pulak nak solat berjemaah kat Masjid Zahir. Almaklumlah, masjid berdepan jer dengan dataran nih. Jangan buat-buat tak dengar pulak kalau azan berkumandang....(mesej untuk diri sendiri sebenarnya).

Wednesday, March 16, 2011

Dulu dan sekarang...

Sudah lama rasanya aku tak pegi tengok movies. Aku memang sangat suka tengok movies. Dulu bolehlah layan watching movies. Tapi sekarang (semenjak ada anak), tersangatlah susahnya nak tengok movies. Unless, anak-anak aku tinggalkan with someone. Tapi, kesian pulak aku kat anak-anak aku, kan? Psssttt....aku nih sebenarnya memang 'kaki wayang'.

So...last Saturday, aku telah membuat satu keputusan yang agak drastik. Aku nak sangat tengok movies. Aku ajaklah husband aku (saper...lagi) tengok movies. He said, "abis tu...si Ibrahim nak letak kat mana? Takkan nak hantar kat babysitter, kot...?".

"Alaa....kita bawak jerlah masuk....". Senang jer aku buat solution. Husband aku pandang aku. Macam berat jer dia nak menyetujui cadangan aku tuh.

"Kalau Ibrahim nih buat perangai macam mana?", soal husband aku lagi.

"Belum cuba, belum tahu...kan..?". Saja jer aku nak memberikan kepastian walaupun jauh dari sudut hatiku, aku sendiri pun tak pasti. Itu memang perangai semulajadi aku, aku takkan berpuas hati selagi aku tak mencubanya. Walaupun kadang-kala, keputusannya memang aku boleh jangkakan.

We went to TGV, Jusco Bukit Raja. And we're decided to watch Big Momma. Tengok yang ringan-ringan jer. I heard ramai yang dah tengok Hikayat Merong Mahawangsa. To be honest, aku tak terasa nak tengok sebab aku tak berapa nak minat that kind of movies. But, double thumbs up to KRU for their works!


Masuk jer room, Maryam ok and Ibrahim pun ok. 15 mins later, si Ibrahim nih dah tak boleh duduk diam.  Bukan nangis tapi nak main-main. Habis diredahnya bawah kerusi. Tak boleh jadi ni...! 1/2 hours, aku bawak Ibrahim keluar. Aku masuk semula. Aku ingatkan si Ibrahim nih dah ok. Tapi, still tak boleh nak duduk diam. Husband aku mengalah, "takperlah...Nin, Bie bawak Ibrahim keluar. Kitaorang pegi pusing-pisung. Nin tengok dengan Maryam".

So, aku layanlah movies tu sampai habis dengan Maryam. Nasib baiklah, husband aku ni jenis yang sporting jugak. Kalau tak, mesti dah 'kena' aku nih.


Itulah serba sedikit senario dulu dan sekarang. Kalau dulu (sebelum kahwin atau ada anak), kita boleh sewenang-wenangnya buat aktiviti yang kita sukai tanpa ada gangguan. Nak tengok movies ker, nak shopping ker, nak main bowling ker, nak 'apa-apa' jerlah....he...he...he...


That's we call life, actually. For me, this is the time for raising my kids. After my Ibrahim reach 4 years, then only I can enjoy my life to the fullest...! (with my hubby and of course with my kids as well). Amin.

Tuesday, March 15, 2011

The important part.

Aku rasa kan...tak ramai pun yang nak ambik kisah pasal salah satu anggota badan nih. Bukanlah semua, tapi ada jugak yang tak ambik peduli pun pasal...MATA. Seperti yang kita sedia maklum, mata adalah merupakan salah satu anggota badan yang tersangat penting. Cuba bayangkan kalau kita takder mata. Bayangkan....

So, aku nak ajaklah my friends out there (kalau ada masa)...please do your eyes screening.  Percuma pulak tuh...!Actually, aku pun tak buat lagi. Insya-Allah, aku akan cari masa yang sesuai to do this screening. For more details, just read the advertisement below:


Penangan kuih gandus.

Last Sunday nite, aku tertengok Majalah 3. Last segment, ada review pasal kuih gandus. Apakebendanyer...kuih gandus nih...? Nampak macam best jer...tengok si reporter ni makan! Tertarik jugak aku nak mencubanya. Tapi, mana nak cari...?!

Oooo....rupa-rupanya stall nih terletak kat Pasar Keramat. Just near to my husband's office. Apalagi, kebetulan pulak, husband aku nih nak ke office on Sunday. On that morning, aku yang meng'offer'kan diri ini untuk pegi ke office husband aku. Habis jer husband aku settle kan kejenya, teruslah aku ajak ke gerai makcik yang jual kuih gandus ni. Makk...aiii....panjangnya queue..!! Tapi dek kerana terpengaruh dengan TV, aku pun sanggupkan diriku ini untuk berbaris sama-sama. Ada yang datang dari Klang , etc. Aku pun datang dari jauh jugak, Sungai Buloh. Tapi secara tak sengaja ler....he...he...he...


For your info, 2 jam aku berbaris...baru dapat kuih tu. Itu pun aku dapat beli RM2 jer sebab dah kena catu oleh makcik yang jual kuih tu. Iyelah...nak bagi semua orang yang rasa, kan? Itu pun ada yang tak merasa walaupun sudah kena catu. Kuihnya memang sedap, ada rasa lemak-lemak, manis-manis. Intinya diperbuat daripada nanas (macam nak buat inti tart nanas) and kulitnya adalah dari tepung yang dicampur dengan santan dan kelapa. Harga satu kuih ini ialah RM0.40.



Aku terasa nak makan lagi kuih ni. Tapi bak kata husband aku,"biarlah reda dulu queue nya....".

Monday, March 14, 2011

Jika ada kemahuan...

We have our breakfast kat McD and we're decided to have our lunch at Nyonya Colours. This is my favourite food place. Aku sangat suka dengan Thai Curry Laksa. If I went there, I would order for this meal. I would like to suggest this food place. Sebabnya, makanannya sedap and bersih. The price also reasonable. Seingat aku, dulu kedai Nyonya Colours nih kecik jer...the first food stall yang dibuka di Mid Valley Megamall. Sekarang, sudah ada banyak cawangan yang dibuka. Kalau dulu, sekeping kuih harganya lebih kurang RM0.60. Sekarang, harganya sudah naik kepada RM0.80. Kuih-muihnya pun sedap. Kiranya berbaloi jugaklah having lunch or tea break kat sini.

Last Saturday, aku singgah ke Nyonya Colours kat Jusco Bukit Raja. Mengidam pulak aku nak makan Thai Curry Laksa kat sini. Portion kat sini jenis yang tak berkira punya. Puas hati sangat! Macam satu kemestian buat aku untuk makan this kind of food kalau singgah ke Nyonya Colours.

Kata husband aku, "dulu kecik jer...Nyonya Colours nih kat Midvalley. Sekarang, sudah ada banyak cawangan".

"Apa-apa pun mesti bermula dengan yang kecik", balas aku.

"Ermm...di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kalau rajin berusaha, yang ciput pun boleh jadi gergasi", kata husband aku.

"Tahu takper....!",balas aku sambil menyerigai.



Thai Curry Laksa yang dimakan oleh aku. Signature dish.


Roti bakar with kopi 'O'.



Glutinous rice with chicken curry yang dimakan oleh cik asben aku.




p/s: aku rasa blog aku nih dah macam blog untuk review makanan jer. Ada aku kisah...sharing is caring...!

Biasa menjadi luarbiasa...

Aku planned last weekend nak spend masa kat rumah, masak ker. Tapi, husband aku pulak nak kena pegi office. Prepare report to GM, almaklumlah husband aku kan...bahagian highway operation. Penting tuh....he..he...he...

Aku ingat nak stay kat rumah jer dengan Ibrahim. Selalunya, husband aku akan pegi office dengan Maryam. Ibrahim pulak aku yang jaga. Kenalah bahagi tugas, kan. Tapi, aku kesian pulak dengan Ibrahim nih. Tak ke mana-mana weekend. So, aku ikut jerlah husband aku. Kitaorang bercadang nak breakfast kat luar jer lah. Actually, I owed them one breakfast at Mac Donalds. My husband and my kids tertarik dengan Mc D's advertisement kat TV, Family Breakfast Box.


So, kitaorang pun bergegaslah ke McD Bukit Rahman Putra. On that day, ada Colouring Competition. And aku ingat nak masukkan my daughter. Form dah diisi tapi apa-apa pun tak ready lagi. Colouring set yang ntah ke mana-mana ntah. Seingat aku, sudah berapa banyak colouring set yang aku beli untuk si Maryam nih. Tapi, satu pun tak tersimpan. Alahai...


Family Breakfast Box mengandungi 2 coffees, 2 hotcakes, 1 set of scrambled egg with burger, 2 hash browns and 1 Mc Muffin. The price is 19.90++. Bolehlah nak cuba something yang different pepagi. Rata-rata orang yang aku tanya semuanya tertarik dengan box, actually. That's their marketing strategy. Believe me the price is including the box tapi, kita takkan nak  bawak balik box tu pulak. Unless, you all tapau.



Aku tengok my kids berselera sungguh menyantap all the foods. Padahal, kalau pikir logik...aku pun boleh buat..kalau setakat scrambled egg. Tapi...iyelah..benda yang biasa pun boleh menjadi luar biasa kalau kena pada gayanya. Budak-budak nih sukakan something yang nampak lain dari yang lain. It will take our creativities. Itu yang pening kepala sket tuh. Sometimes our kids will make us become more creative. Believe me....!


Thursday, March 10, 2011

Jumaat yang indah..!

"Alamak dah lambat...dah pukul 6.20 am...!". Segera aku bingkas bangun dari katil. Aku lihat husband aku masih nyenyak tido. Mungkin kepenatan sangat sebab tempat kerjanya pun jauh dari rumah kitaorang. Husband aku kan berkerja di Ampang, rumah kitaorang pulak kat Saujana Utama, Sg. Buloh. Penat jugak kalau berulang-alik setiap hari. Nasib baik, aku sudah dapat kerja baru yang dekat dengan rumah. Dulu, aku berkerja di Honda Malaysia, PJ. Penat beb...berulang-alik hari-hari. Bukan setakat fizikal penat, mental as well. Sekarang kerja pun agak relax. Ok...ler....tu...!

Normally, aku akan bangun on 6 a.m...tapi this morning aku agak terlewat. Kepala rasa berat sangat. Semalam banyak sangat laundry yang nak dibasuh. Pastu pulak, petang jer hujan memanjang. Baju tak kering betul. Tapi, aku tak boleh salahkan cuaca.

Turun jer dari katil, aku terus ambik wudhuk tunaikan solat subuh. Masuk dapur, siapkan barang-barang untuk my kids. Si Maryam nak ke kindy...si Ibrahim pulak nak aku hantarkan ke babysitter. Then, aku mandi...segar sangat rasanya! Aku terus bersiap sebelum anak-anak aku bangun. Kalau diaorang dah bangun memang tak boleh nak bersiap ler jawabnya.  Husband aku pun sudah bersiap, kejutkan anak-anak. Ini pun akan mengambil masa yang agak lama. Paling susah nak bangun ialah si Ibrahim. Seperti biasa, husband aku yang akan mandikan anak-anak aku. Siapkan mereka. Aku cuma touch up apa-apa yang patut sahaja. He...he...he...


Tugas menghantar anak-anak diserahkan kepada husband aku. Meanwhile, tugas mengambil anak-anak pulak diserahkan kepada aku. Sebab, aku yang akan tiba awal di rumah. Pagi Jumaat ini sungguh indah dengan kenakalan anak-anakku, ketekunan husband aku and cuaca yang agak mendung. I put on a pink clothe so that it will become a perfect aura..!(..iye...ker...?)

Tuesday, March 8, 2011

Makan lagi...

Last week merupakan hari aku yang paling malas. Aku pun tak tahu kenapa. Kebetulan pulak aku tak berapa sihat. Tekak nih masih terasa perit dan batuk pun belum hilang sepenuhnya. Aku memang alah sket dengan perubahan cuaca yang agak tak menentu. Korang perasan tak sekarang nih cuaca pun dah tak berapa nak ok. Kalau dulu kita boleh predict bila musim hujan atau kemarau. Kalau dok Kedah atau Kelantan, bulan Disember adalah musim tengkujuh. Hujan akan turun mencurah-curah. Tapi sekarang nih, tetiba jer hujan boleh turun dengan selebat-lebatnya! Lumrah alam, dunia semakin nazak....

Alah...macam aku jugakla, tetiba boleh jadi semalas-malasnya. Malas nak masak, malas nak mengemas etc. Tapi, one thing for sure...aku 'paksa'kan diri untuk buat semua tuh. Last week, memang aku malas sangat. Actually last Sunday, husband aku pegi office jap dengan Maryam. Balik in the afternoon. Tu yang aku malas nak masak. Nak-nak lagi kalau dengan si Ibrahim. Mana periuknya, mana sudipnya. Memang kalut sket (bukan sket tapi banyak) kalau aku masuk dapur dengan Ibrahim. Lagipun, agak merbahaya (alasan paling kukuh....!) kalau anak bermain di kawasan dapur.

Balik jer husband aku dari office, seperti biasa dia akan tanya, nak masak atau makan luar. Itu yang aku paling suka cik asben aku nih sebab dia tak pernah memaksa aku untuk memasak. Walaupun hakikatnya, dia paling suka kalau aku yang masak (rasanya semua suami suka kalau isteri yang masak). So, after had some discussions...kitaorang terus bergerak ke Kenny Rogers, Amcorp Mall. Sebab aku kan tak sihat, terasa nak makan something different. Padahal, takderlah different pun...balik-balik chicken! So far, makan kat Kenny Rogers ni ok. Cuma portion nya sket kalau nak dibandingkan dengan Nando's. Padahal, harga lebih kurang jer. Sebab tu lah aku suka Nando's...kih...kih...kih...(tamaknyer makhluk nih...).







Sunday, March 6, 2011

Apabila si emak memujuk anak.

Korang mesti ada taktik-taktik tertentu apabila nak memujuk si anak. Iyelah...sometimes anak-anak kita selalu jugak buat perangai. Kalau mood kita ok, bolehlah pujuk memujuk bagai. Buatnya mood kita pun tak ok, camner...? Ada yang nak kena makan bebelan (ini macam kes aku ler nih...). Aku jenis yang tak naik kaki tangan, tapi mulut...memang tak berhenti membebel. Sebenarnya, penatlah jugak...sebab lagi aku bebel, lagi anak aku nih buat tak tahu jer. Aku rasa si Maryam nih tak paham pun apa yang aku bebelkan. Sebab yang itu time mood aku tak ok ler tu.

Time aku balik ke Kedah kat rumah mak aku, si Maryam nih asyik dok merenget jer. Aku tahu puncanya sebab she's soooo sleepy and tired. Tapi, dia taknak tido. Almaklumlah bila balik kampung. Banyak aktiviti yang nak dibuat. Aku dah tak tahu nak pujuk macam mana lagi. At last, aku pujuknya dengan cara bermake up. Aku pakaikan dia eye shadow, eye liner and mascara. Aku cakap kalau dah pakai macam nih, dah tak boleh nangis. Nanti habis semua tu kena air mata, dah tak cantik. Kalau tak cantik, tak boleh jadi Princess Aurora (ni princess kesayangan Maryam). Tersenyumlah si Maryam nih, dah tak jadi nangis. Tapi, kesian pulak aku tengok si Maryam nih. Mata dah tak boleh berkediplah pulak! Takut make up hilang....! Husband aku sound aku,"kenapaler...seksa anak macam tuh..?". Ngeeeee......



Review pasal makan jer...

This week aku rasa nak review pasal foods jer...Tak kira..tak kira...he...he...he...kebetulan pulak last weekend, aku banyak makan kat luar. Tak sempat masak sebab last weekend bz zket.  On Saturday, aku pegi spa adik aku, si Ateh kat Menara HLA next to BBC (Barok Borneo Club) kat Jalan Kia Peng. Kat Barok Borneo ni pun, aku pernah makan (time aku keje Honda Malaysia dulu). Time tuh, aku terlibat dengan HMRT (Honda Malaysia Racing Team). Ada launching kat situ, terpaksalah aku join jugak. Padahal, hati rasa tak sedap sebab kat BBC ni ada bar. Kalau dah ada bar, mesti ada serve beer and wine..kan? Walaupun aku tak ambik, tapi apa statusnya kalau turut berada di situ....? That's one of the major reasons why I'm leaving Honda Malaysia. Banyak sangat terlibat dengan unsur-unsur syubhah!

Ok..berbalik kepada cerita yang asal. We're decided to have lunch in Pavillion. Pavillion kan dekat tu jer. Jalan kaki jerlah....sampai kat sana, we're decided to eat at Steak & Burger House (actually aku dah tak ingat nama restoren nih!). And, aku tak ambik pulak gambar entrance restaurant nih. Actually, on that day aku rasa nak demam. Macam takder mood sket. Kalau tak, mesti aku dah pusing-pusing Pavillion, kan? Selamat duit aku...!

Tapi, aku bagi klu sket kalau nak ke restaurant nih. This place is located kat 2nd level, opposite to J.CO doughnuts and next to Satay Grill. Senang jer nak cariknya. Foods kat sini macam fusions, Asian + Western. Service ok, rasa pun ok. Price....? Mahal lah..sket. Jangan expect murah sebab this is Pavillion. Mana nak carik yang murah-murah. Bak kata orang, sekali-sekala...apa salahnya. Kalau berkali-kali pun takder hal kalau korang banyak duit...he...he...he....aku tak boleh sebab aku tak banyak duit. (kui...kui...kui...)







Jom makan laksa...!

This is among my favorite food jugakla. Lebih-lebih lagi kalau laksa kuah lemak. Aku ajak my husband singgah ke Laksa Teluk Kechai, jalan ke Kuala Kedah time aku balik bercuti ke Kedah. Aku actually terpengaruh dengan program "JALAN-JALAN CARI MAKAN". Diaorang ada buat review pasal this place. From that programme, nampak macam best tempat nih. Pernah jugak nak singgah, tapi takder rezeki. It's closed. So, this time...aku tak melepaskan peluang  bila balik ke Kedah. Aku nih nama jer dok kat Kedah, tapi tak semua tempat kat Kedah nih yang aku pernah sampai.

Sampai jer kat food place nih, aku terus order laksa. Abiss dah menunya yang itu jer...! My expectation, laksa kat sini mesti sedap giler...!! Berselera sungguh aku tengok si Maria Tengku Sabri makan dalam JALAN-JALAN CARI MAKAN! Menu sampingan lain yang ada ialah satay. For me, laksanya just nice. Tapi, yang special laksa nih ialah it comes with bumbu (macam sambal). Bumbu nih diperbuat daripada kelapa muda yang digaul dengan cili kering etc. Nak kata sedap giler tu...takderlah. So, jangan terpengaruh dengan TV. He...he...he...Tapi, tak rugi kalau makan laksa kat sini.