Tuesday, February 8, 2011

Stressnya bila anak nakal...!

Aku cukup tertekan kalau anak-anak aku nakal, selerakkan barang-barang mainan etc. Stress sangat sampai kadang-kadang macam tak boleh fikir. To be honest, aku naik rimas kalau anak-anak aku teraburkan barang mainan mereka. Mulanya aku rasa macam nak marahkan anak-anak aku. Tapi, husband aku selalu cakap yang it is good for them actually. They build up their muscles, creativites, etc. As long as apa yang dibuat tak mendatangkan bahaya for them.


Itulah kita selalu mengharapkan untuk mendapat anak-anak yang bijak dalam semua bidang yang diceburi. Tetapi tanpa kita sedari (termasuklah aku), kita kerap-kali menyekat kreativiti dan sifat ingin tahu mereka. Itu tak boleh, ini tak boleh. Ini menyebabkan mereka menjadi semakin pasif. Sampaikan nak suapkan makanan sendiri pun kadang-kala kita tak benarkan. Bukan apa, kita takut mereka akan tumpah atau selerakkan makanan tersebut. Nanti banyak pulak kerja yang kita nak buat. So, kita pun akan tolong suapkan makanan untuk mereka. Actually, ini akan menyebabkan mereka menjadi semakin malas untuk berbuat sesuatu.



Aku cuba "pejamkan mata" bila anak-anak aku teraburkan barang mainan mereka. Cuma yang aku pesan, lepas main...mesti kena simpan dan kemas semula. Mulanya Maryam memang malas nak buat. Then aku cakap,"Mommy masak kat Maryam, basuh baju Maryam, lipat baju Maryam. Mommy cuma minta tolong sket jer kat Maryam. Maryam tak kesian ker kat Mommy...mommy penat!". Setakat ni menjadi jugakla cara aku tuh. Kadang-kadang kita tak boleh terlalu memaksa mereka. Sebabnya, dunia mereka hanyalah untuk fun. Dalam minda mereka adalah keseronokan. Apa yang mereka buat hanyalah untuk keseronokan semata-mata. Sebab itulah mereka suka bermain. Kalau boleh kita jadikan permintaan kita itu sesuatu yang menyeronokkan buat mereka.



 

No comments:

Post a Comment