Wednesday, February 2, 2011

Some tips for cik asben kita...!

Actually, aku dok gelak terkekeh-kekeh time baca artikel ni. Panduan untuk para suami daripada Dato' Dr. Fadzilah Kamsah. So, aku nak share kat sini with you,guys. "gelak sama-sama,nangis pun sama-sama". Sharing is caring.

 Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutamanya isteri yang berkerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

Bila isteri bercakap,pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang  dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil itu, otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

Jangan sesekali membandingkan masakan atau cara menghias rumah isteri dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari mak anda.

Jangan demand seks sekiranya isteri takder mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat jer.

Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.

Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-kain baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

Jangan sesekali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dulu dalam cermin.

Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye...

Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sesekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba prihatin dan buat penilaian sebaiknya...ingat ada perkara di luar jangkauan dan pemahaman lelaki.

Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal, dah berak, flush. Susah sangat ker nak  buat macam tu? Semua nak kena ajar ker?

Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak yang buat?

Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjukkan anda mengambil berat tentang dirinya.

Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah bertimbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan, bukannya laku bila dah mati nanti.

Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka, belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk neraka tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.

Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. 

 Percayalah, kalau suami buat  baik sekali dengan isteri, isteri akan balas sepuluh kali.

Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif.

Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng saja.

2 comments:

  1. akak suka artikel ne, mmg sesuai unt org yg dah lama kawen... huhuhu...

    ReplyDelete
  2. emm....memang pun sebab kadang-kadang tu kita tak perasan pun benda-benda yang macam nih...

    ReplyDelete