Monday, February 7, 2011

Apabila si anak demam...

Last Friday, Maryam demam. Aku pun tak tahu puncanya, tak berhujan pun. Agaknya sebab cuaca pun tak menentu sekarang ni, sekejap hujan and sekejap panas. Tapi, tak boleh salahkan cuaca,ye..! Lagipun, aku tahu sangat ketahanan badan si Maryam nih. Daya ketahanannya tak berapa nak ok since aku pun macam tuh.

On that Friday, kitaorang tak ke mana-mana sebab Maryam pun tak sihat. Husband aku pun took a nap sebelum pegi Solat Jumaat. Pagi-pagi lagi, aku masakkan Maryam sup ayam sebabnya she's asked for that.

"Mommy masak sup chicken,ye...?Sebab Maryam bau macam sup,jer...". Excited Maryam bila tahu aku masakkan dia sup ayam.


"Apa yang warna green-green tuh...?",tanya Maryam bila dia ternampak aku masukkan celery. "Itu sayur,ye...? Maryam taknak makan sayur...!".Si Maryam nih memang tak suka sangat makan sayur. Sudah puas aku ajar dan pujuknya.

Apa aku nak cakap at this moment. "Yang ini bukan sayur. Ini namanya celery. Celery ni ada fiber. Fiber ni untuk bagi Maryam senang berak. Yang green-green dalam celery tu namanya klorofil. Klorofil ni bagi Maryam nampak muda". Dengan panjang lebar aku terangkan pada Maryam. One more thing, aku memang biasakan Maryam with those bombastic words, so that she'll know better. Simple explanations with science facts.

"Tapi, Maryam kan dah muda...? Mommy jerla...yang makan!". Alamak...tersalah reason lah pulak!!

Malam tu, aku suruh Maryam mandi and take a rest, tido awal. "Makan ubat, lepas tu mandi. Pakai baju long sleeves. Nanti mommy pakaikan foot patch kat dahi Maryam".


Maryam terpinga-pinga,"Mommy, foot patch tu yang ambik kat Auntie Lili la. Pakai kat kaki lah, bukan kat dahi. Aperlah...mommy nih...!". Ngee...ngee..ngee..?! Macam manalah aku boleh tersalah cakap nih. Aku nak cakap cool fever sebenarnya. Itulah kalau pikir benda lain.

No comments:

Post a Comment