Thursday, February 17, 2011

2 characters...

Baru sekarang aku perasan yang both my kids dah start showing their true colours. Boleh dikatakan yang everyday, ada jer benda yang nak digaduhkan. Pening jugaklah aku nih sebab kalau dah balik keje mesti penat. Pulak tuh...anak dok bergaduh. Sabar jerlah...nasib baik jugaklah husband aku nih jenis yang sangat penyabar. Kalau tak, dari 2 budak bergaduh akan tambah sorang lagi mak budak pulak yang bergaduh. Mesti macam perang dunia. Kesian kat husband aku...!


Sekarang nih, si Ibrahim dah mula nak tunjuk belang. Iyelah...dulu kecik lagi, tak tahu apa-apa. Kalau bab bergaduh, memang kena si kakaknya. Kalau dia dah geram, habis rambut kakaknya ditarik and lepas tuh habis pipi kakaknya dicubit-cubit. Aku tengok Maryam boleh pulak bersabar. Kalau dulu semasa adiknya kecik, beria marahkan adiknya kalau ada buat salah. Tapi, sekarang dah terbalik. Si Maryam pulak yang menangis. Nampaklah perubahan si Maryam bila she's started schooling. Bak kata orang, semangat sebagai seorang kakak tu dah terserlah. Si adiknya pulak baru nak lihat 'dunia'.


1 comment: