Monday, February 28, 2011

Welcome to my mom's garden.

Yang ini pulak gambar garden mak aku. Mak aku nih suka sangat tanam pokok-pokok. Boleh dikatakan setiap pagi, she will take 2-3 hours tengok pokok-pokoknya. Siap bercakap-cakap lagi dengan pokok-pokoknya! Almaklumlah, tak payah rushing masak for lunch or kemaskan rumah. Sebab, abah aku balik dari keje pun pukul 3 atau 4 petang. Lagipun, tak payah masak banyak...tak ramai pun orang kat rumah.

Mak aku suka tanam pokok-pokok, meanwhile...bapak aku pulak suka sangat buat pergola, kerusi kayu etc. Memang sejak dari dulu lagi bapak aku suka sangat dengan seni pertukangan kayu. Dulu, dia tak boleh sangat nak mempraktiskan apa yang dia minat. Almaklumlah, busy dengan kerja. Sekarang nih, aku tengok dia dah boleh buat apa yang dia minat. Petang sket, dia mulalah buat kerja-kerja pertukangannya. But, it will take some other times for finishing just one piece. Aku rasa bapak aku mesti serius dengan pertukangan nih once dia dah pencen nanti.















Rumahku, Syurgaku...

Dah lama rasanya aku tak balik rumah famili aku kat Kedah. Rindu sesangat. Nak balik on CNY, for sure jalan jam giler. Kitaorang pernah terkena last year, balik on CNY. Naik kematu dok dalam kereta. Anak-anak aku pun dah naik rimas, lama sangat dalam kereta. At last, kitaorang exit Kampar. Konon nak ikut jalan biasa for avoiding the heavy traffic. Tapi...tak jugak. Kitaorang stucked jugak! Hukk...aloh..!!!

Last Friday, my family went back to my hometown in Kedah. We spent 3 days kat sana. Rumah famili aku nih is located in Pendang. Actually, sempadan Kota Setar and Pendang. Lebih kurang 3 mins from exit Pendang. Dulu, kitaorang pernah tinggal kat Kota Sarang Semut, Alor Setar sebelum berpindah ke sini. Then, abah aku bought a land kat sini, along side the main road. Kiranya, abah aku among yang terawal beli tanah kat sini. Sekarang dah ramai yang beli tanah lot kat sini. Abah aku nih jenis yang tak berapa suka tinggal kat housing area. Sebab tulah, dia beli tanah and buat rumah. So kalau ke Kedah tu (during raya ker, etc), singgah-singgahlah ke rumah aku yang tak seberapa nih. Kecik tapak tangan, nyiru aku tadahkan. Mak aku nih suka sangat kalau orang bertandang ke rumahnya.


This is living room. Mak aku nih memang suka sangat teak wood. Sekarang aku pun terpengaruh jugak. He..he..he...




Reading & watching hall. That cupboard, mak aku beli kat kedai antik. Bagi orang lain mungkin cupboard tu tak cantik, tapi bagi mak aku ada nilai estetiknya.

\



Bedroom parents aku. Katil  tu arwah nenek mak aku punya. Cupbord and dresser tu mak aku beli kat kedai antik jugak.


Yang ini pulak bilik kedua-dua adik perempuan aku, Ateh and Ciklah. Tapi, takder orang guna pun sebab Ateh kat sini and Ciklah pulak suka tido di bilik aku.


Haa...yang ini pulak bilik tidur aku. Pink lagi tuh....sebabnya si Maryam suka pink colour. So, mak aku tukarlah into pink theme. Dulu, bilik aku nih colour kuning. Kuasa seorang cucu...!!



Yang ini ruangan dry kitchen.



Patio kat luar rumah.


Dua tanduk rusa kesayangan abah aku.




Tuesday, February 22, 2011

Zaman-zaman bercinta dulu...

 "Daku terkenang kembali zaman sewaktu bercinta..."
(baca statement nih sambil menyanyi, tau!)

Tetiba jer aku teringat kembali zaman aku bercinta dengan husband aku sewaktu aku dok belek gambar-gambar lama nih. Actually, aku kenal dengan husband aku via internet. Time tuh kan, tengah dok gila dengan ber'chatting'. Tapi yang sebenarnya, aku tak minat pun ber'chatting' nih. Sebabnya, banyak keburukan daripada kebaikan. So, on that nite...aku temankan roomate aku jer ke Cyber Cafe kat 4th College. Kitaorang share PC. Aku yang bayar..he...he...he....

Entah macam mana time nak quit tuh, ternampak nick name..TengkuShahz. Teruslah kawan aku nih masuk chat jap. Then, my roomate gave him my e-mail address without my permission actually.

The next day, aku singgah jap CC sebab nak print assignment, bukak e-mail jap. Tengok kat inbox ada new e-mail. Terus bukak sebab selalunya kakak angkat aku yang kerap hantar. (aku ada kakak angkat yang belajar di UiTM, Arau). Ohh...it's from TengkuShahz! Tengku mana pulak yang hantar e-mail kat aku nih? Rupa-rupanya, si Fadlullah. He just sent me.."Hi..". Aku reply balik also saying "hi..".

Bermula dari situ lah, kitaorang keep in touch. We keep mailing about 1 year without bertemu secara face to face. Tapi, my husband aku nih ada lah sent his pic kat aku. Aku ada jugak sent pic, tapi yang ramai-ramai punya. Dengan kengkawan. Gambar sorang-sorang...no way!! Tapi, kalau dah namanya lelaki tu...ada jer caranya kalau nak usha kita, kan? Every morning (kalau dia ada morning class), my husband akan pegi ke fakultinya ikut jalan dekat dengan kolej aku. Padahal, dia ada jalan lain sebenarnya. Biasalah, budak ASASI..hari-hari ada kuliah pukul 8. Dia akan tengok aku dari jauh. Stalkers...!!

My first dating was at DTC (Dewan Tunku Cancelor). Time tuh ada konsert Raihan and Brothers. Aku pegi dengan member-member aku. So, kitaorang janji berjumpa kat sana. At that time, kitaorang tak steady lagi. . Tapi yang aku tahu kalau aku keluar dengan dia, mesti aku sarungkan baju kurung sebab aku respek jugaklah kat dia. Itu yang nampak sopan tuh! He...he...he...kalau tak, jangan haraplah. Dari situ bermulalah episod percintaan antara aku dan dia sehinggalah kitaorang bergelar suami dan isteri. Harap dipermudahkan segalanya. Amin.





Getting pregnant.

Aku noticed sudah ramai kengkawan aku kat office yang conceived this year. Ada yang mabuk ler...takder selera nak makan ler, etc. Isyh...isyh...isyhhh....kesian kat kaum pompuan nih. Banyak pengorbanan, beb! 

But, one thing apabila aku tengok perempuan pregnant nih..terasa pulak macam nak pregnant lagi. Hi..hi..hi...Actually, aku paling suka getting pregnant when it comes into 2nd trimester. Lebih kurang dalam 4-5 months. Perut tak besar sangat, just nice. At that time, selera makan pun membuak-buak and normally dah takder morning sickness. But for some women, they still have morning sickness during this trimester. Tapi, tak ramai sangat. Yang paling best, we have licenses to eat a lot without thinkings (sepatutnya there's a diet for pregnancy)!!!

Lepas tu pulak, kalau line up kat bank ker, etc...mesti ada jer orang yang bagi laluan dulu. Macam kes aku lah. Kalau aku que panjang kat  ATM, ada ler yang bagi aku laluan dulu. Husband aku pulak sanggup  bangun tengah-tengah malam urutkan kaki aku kalau cramp. Siap urut-urutkan badan lagi walaupun tak mintak diurutkan pun!

Time nih, kita boleh bermanja-manja dengan husband kita. Selalunya, cik husband kita takkan membantah punya. Rasa macam sweet sangat, kan? Haii...teringat semula time aku mengandungkan si Maryam. Sebab time tuh, aku takder experiance lagi. Sampai kat Ibrahim, aku dah ada experiance. So, takderlah macam semua benda tak tahu nak buat. Cerita-cerita nih, terasa nak pregnantlah pulak. He...he...he...Tapi bila mengenangkan tanggungjawab yang maha berat, macam tak jadilah pulak. Bukan senang, ye...nak mendidik anak-anak di zaman yang serba mencabar nih. So far, aku takder kekuatan itu. Cukuplah dengan dua orang anak yang aku ada. I really appreaciate them!

Gambar Ilham Maryam sewaktu berusia 4-5 months.




Sunday, February 20, 2011

Laman Kasih.

Dah lama sebenarnya aku nak pegi ke Laman Kasih nih. Actually, this is a restaurant. Selalu sangat aku nampak this place on the way nak pegi office and balik dari office. Nampak macam private. Setahu aku, tempat nih dibuka pada waktu malam. So, last Sunday nite...aku ajaklah my husband pegi sini. Perghh...memang menepati jangkaan aku about this dining place. Actually, this is a private land. Then, the owner buat satu private restaurant on the land. Mungkin disebabkan kawasannya yang agak luas.

Menu kat sini tak banyak pilihan. Ada western foods and malay foods. E.g: Chicken Chop, Lamb chop, nasi tomato with chicken or beef, desserts etc. The price agak mahal sketlah. Tapi, sekali-sekala for private party or candle lights dinner...apa salahnya. But, I like the ambiance kat sini. Romantic and private. So, kalau berkesempatan atau nak something yang different...bolehlah ke sini. Sebab so far tak banyak this kind of restaurant kat area sini. Setahu aku this kind of restaurant banyak kat kawasan Sungai Penchala, Damanasara.











Petrosains....berbaloi!

Saper yang pernah pegi ke Petrosains, Suria KLCC...? Sure ramai yang dah pernah sampai ke sini.  I went to this place last Saturday. Actually, I got this ticket semasa pegi Aquaria. They gave me these three tickets with discounts. So, daripada waste jer...baik aku bawak my kids learn something kat sana. My first assumption (tak pegi lagi nih...dah pandai2 jer buat assumption), mesti tempat nih boring.

Tetapi....actually sangat-sangat berbaloi kalau pegi sini! Banyak yang boleh dipelajari dan diketahui. Instead of going tempat-tempat yang tak berfaedah,kan? This place is divided into several sub-stations. For example, Sains Angkasa Lepas, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Petroleum, Kejuruteraan Molekul etc. Aku sampai kat sana dalam pukul 1.30 pm. Sampai pukul 3 pun, kitaorang still tak dapat habiskan semua stations. Tinggal 3 stations lagi yang perlu ditempuhi sebelum exit. Kitaorang terpaksalah keluar cepat sebab nak kejar waktu solat Zohor. Kang ada yang qada solat.  Actually, you have to go through all these stations before exit. 3 stations yang tinggal tuh ialah berkaitan petroleum. Kitaorang just passed by jer. Tapi, sempat jugaklah aku took photo "pelantar minyak". Kat sini, kita akan didedahkan dengan situasi bekerja di pelantar minyak.

For me, Petrosains lagi berbaloi daripada Aquaria. My advice kalau nak ke sini, please make sure pegi sebelah pagi. Then only, you akan finish all the stations before  noon. Or else, pegi selepas pukul 2. Bukan apa, takut tertinggal solat pulak..!