Monday, January 31, 2011

Tips untuk bernikah.

I want to share some of the tips for wedding. I took it from iluvislam.com. Please do read on the articles in the website. They are beneficial for you.

KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tetapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tetapi carilah bapa bagi anak-anak kita.

KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada wali si gadis, tetapi meminta kepada ALLAH SWT melalui wali si gadis.

KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan bernikah di hadapan Tok Kadi, tetapi di hadapan ALLAH SWT.

KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mempersia-siakan doa mereka.

KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia, bukannya sepasang malaikat.

SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak bertaburan bunga, tetapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

KETIKA BIDUK RUMAHTANGGA BERGOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tetapi sebaliknya semakin erat berpegangan tangan.

KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%.

KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintailah juga anak-anak anda 100%.

KETIKA EKONOMI RUMAHTANGGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

KETIKA EKONOMI RUMAHTANGGA BERKEMBANG
Jangan lupa jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

KETIKA ANDA ADALAH SEORANG  SUAMI
Boleh bermanja-manja dengan isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan perlindungan.

KETIKA ANDA ADALAH SEORANG ISTERI
Tetaplah berjalan dengan lemah-lembut dan gemalai, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


   

1 comment:

  1. sweetnya. ni yang tak sabar nak kawen ni. hehehehehe.

    ReplyDelete