Thursday, January 6, 2011

Masjid Shah Alam.

Sebelum pegi I-City, kitaorang singgah dulu ke Masjid Shah Alam untuk solat Maghrib. Kalau ada peluang dan kesempatan (sepatutnya dicari bukan ditunggu), memang husband aku akan solat berjamaah. Aku jer tak solat berjamaah kalau singgah ke masjid. Hilanglah pahala yang 70 tuh...sedangkan solat bersendirian pun belum tentu lagi dapat pahala. Rugi...rugi....!

Dulu, kitaorang pernah lah praktiskan yang kitaorang akan spend masa kat masjid on every Sunday nite. Solat Maghrib berjamaah, dengar kuliah maghrib, solat Isyak berjamaah...then baru balik rumah. Kitaorang selalu pegi masjid di Sungai Buloh. Aku tak ingat pulak nama masjidnya, tapi opposite Restoren Rasamas. Sebabnya, kuliah Maghribnya best. Tapi, selalu dengar separuh jalan jer sebab si Ibrahim nih lasak sangat. Tak terkejar aku nak jaganya. Itulah...aku ingat nak jadikan Sabtu malam Ahad sebagai rutin untuk aku sefamily lepak kat masjid. Mungkin aku terpaksa tunggu Ibrahim nih besar sket kot. Emm...Masjid Kota Damansara pun best kuliah Maghribnya.







No comments:

Post a Comment