Thursday, January 6, 2011

Maryam yang sexy...(ker..?)

Gambar Maryam yang tengah posing sexy...actually husband aku tak berapa suka  anak aku pakai hot pants macam nih. Aku pulak ok jer kalau Maryam  pakai macam nih. Bak kata husband aku, kalau nak didik...biar dari awal. Nanti takderlah liat sangat. Tapi, aku nih kan jenis yang keras kepala jugak (ini pun dah banyak berubah). Semua orang boleh menjaga anak-anak, tapi bab nak mendidik tu yang tak semua dapat laksanakan dengan baik. Banyak sangat rintangan dan cabarannya.

Bukan kerana tak berkemampuan untuk melaksanakannya, tapi untuk mendapatkan hasil yang terbaik...itu yang payah sedikit. Menuntut banyak pengorbanan. Bab pengorbanan nih yang ramai orang tak mahu mengalah. Termasuklah diri aku. Tapi, masih mengharapkan untuk mendapat anak-anak yang terbaik. Pokok pangkalnya, bermula dengan perubahan peribadi ibu bapa itu sendiri. Anak mencerminkan peribadi kedua ibu bapanya. Kadang-kala aku terasa seakan menyindir diri sendiri sewaktu memarahi kenakalan anak-anak aku. So, sama-samalah kita berdoa menjadi yang terbaik untuk mendapat yang terbaik.



No comments:

Post a Comment