Wednesday, January 19, 2011

Khas buat adik-adikku...

Aku tak tahu nak mulakan dengan apa. Tapi yang pasti aku nak dedicate this entry to my beloved sisters, Ateh and Ciklah. Kekadang tu, aku nak tergelak jugak mengenangkan adik-adik perempuanku ini. Macam-macam hal, biasalah budak-budak muda. Tak kahwin pulak tuh. So, they are not matured enough in some parts. Sometimes, diaorang akan bercerita apa yang tak menyenangkan antara satu sama lain. Sometimes, diaorang akan bercerita pasal officemates, love matters etc. And as usual, I'm trying to be a good listener. Kalau boleh, aku akan bagi nasihat setakat yang aku mampu. Sebab aku pun takder ler...perfect sangat. Tapi bila memikirkan accountability as the eldest (lagipun mak aku suruh tengok adik-adik), I'm trying to be the best. Insya-Allah.

To be honest, aku sayangkan adik-adik aku. And to be honest, tidak sedikit pun aku rasa pilih kasih among my sisters. For me, my loves are same between my Ateh and Ciklah. Masing-masing ada karektor yang tersendiri. Ada kelebihan dan keburukan. As their sister, aku tahu apa yang lebih dan apa yang kurang between them.

Adik aku yang sorang nih dah ader yang punya. Dah lama berkawan since secondary lagi. And I really hope dipermudahkan jodoh buat mereka. Whatever it is...buang yang keruh, ambil yang jernih. Jangan mempersia-siakan peluang yang diberi. Muhasabahkan diri dan bersedia untuk memperbaiki untuk menjadi yang terbaik. And please do reminds that marriage is not easy as you think. Banyakkan ilmu dan amalan. "There's a Heaven upon you". Amin.


Yang adikku sorang nih pulak, baru putus cinta. Kesian jugak aku tengok. But, whatever it is...you'll deserve the best. Sebab, Allah SWT takkan menzalimi makhluk ciptaan-Nya. HE knows the best! Saperlah kita nak menidakkan setiap apa yang diberi. Sedangkan semua nikmat ini pun hanyalah pinjaman semata-mata. Anytime boleh ambik balik. Aku harap adik aku yang sorang nih akan tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang. Walau apa pun, we still have our parents. Parents tak akan meninggalkan kita walau dalam apa jua situasi. Itu yang pasti. Sayangilah dan cintailah apa yang kita ada sekarang. Kita takkan tahu bilakah rasa cinta dan sayang yang ada ini akan diambil semula. Letakkanlah cinta dan sayang itu pada tempat yang betul untuk mendapat hasil yang terbaik.

Aku berdoa sangat-sangat agar aku, Ateh dan Ciklah akan menjadi anak-anak perempuan yang boleh memberikan penawar buat ibu dan abah. Selagi mereka masih 'berada' di sini...(Isyk...isyk...sedih pulak aku dengan statement yang last nih).

No comments:

Post a Comment