Monday, January 31, 2011

Go Nabil...go!

Saja jer...aku nak bagi perangsang sket kat adik bongsu aku ni. His name is Nabil Naufal. He will sit for SPM this year. So, aku motivate lah dia sket. So far, aku percaya dengan Nabil. Tapi, jangan kantoi macam PMR hari tuh dahlah. Ada ker...patut semua subjects score straight A, tapi he got B for Pendidikan Islam!! Bengang jugaklah mak aku time tu. Bila ada jer orang tanya, "Nabil dapat berapa A dalam PMR?". Dengan excitednya, mak aku ni jawablah,"7A 1B". Pastu orang akan tanya balik,"Apa yang B?". Dengan bersusah-payahnya, mak aku akan jawab,"Pendidikan Islam". Then, mak aku akan tengok reaksi muka-muka yang menanyakan soalan tu. He...he...he...


Tapi, aku paling suka jawapan yang diberikan oleh adik aku apabila mak aku membangkitkan isu nih. "Alah, kalau dapat A pun tapi tak mengamalkannya pun tak guna jugak!". Kui...kui...kui...betul jugak apa yang adik aku cakap sebenarnya. Sebab sistem pelajaran kita berorientasikan peperiksaan. Bukan berdasarkan kefahaman itu sendiri. Hafal,hafal...hafal, and then curahkan di atas sekeping kertas yang takder nilai pun. Nak-nak lagi kalau dah spot soalan yang akan ditanya. Lagi senang, hafal yang itu jer. Takder nilai kreatif dan kritis. Anyway, I pray for my brother. I wish he will persuade his dream to be a pilot...?!

No comments:

Post a Comment