Wednesday, January 26, 2011

Could we be like this..?

Just for sharing as a reminder for you and for me. And I pray that we will be the best in our lives. So, check it out...!

 RasuluLLAH SAW bersabda, yang bermaksud : "seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka dia dalam kemurkaan ALLAH SWT sehingga dia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan. Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan ALLAH SWT turut murka dan kemurkaan ALLAH itu berkekalan sehingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.


Sesungguhnya keredhaan ALLAH SWT terletak pada keredhaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. (for working wife tu...improvise lah sket statement nih).

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seseorang suami bersalaman dengan isterinya, maka akan gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua. Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu dia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.


Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.


RasuluLLAH SAW bersabda, "sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama mana dia sentiasa dalam kerelaan suaminya". Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkanlah mencari keredhaan ALLAH SWT melalui keredhaan suami.

Sucikanlah empat hal dengan empat perkara:
"wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu".

No comments:

Post a Comment