Monday, January 31, 2011

Tips untuk bernikah.

I want to share some of the tips for wedding. I took it from iluvislam.com. Please do read on the articles in the website. They are beneficial for you.

KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tetapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tetapi carilah bapa bagi anak-anak kita.

KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada wali si gadis, tetapi meminta kepada ALLAH SWT melalui wali si gadis.

KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan bernikah di hadapan Tok Kadi, tetapi di hadapan ALLAH SWT.

KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana mempersia-siakan doa mereka.

KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia, bukannya sepasang malaikat.

SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak bertaburan bunga, tetapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

KETIKA BIDUK RUMAHTANGGA BERGOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tetapi sebaliknya semakin erat berpegangan tangan.

KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%.

KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintailah juga anak-anak anda 100%.

KETIKA EKONOMI RUMAHTANGGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

KETIKA EKONOMI RUMAHTANGGA BERKEMBANG
Jangan lupa jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

KETIKA ANDA ADALAH SEORANG  SUAMI
Boleh bermanja-manja dengan isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan perlindungan.

KETIKA ANDA ADALAH SEORANG ISTERI
Tetaplah berjalan dengan lemah-lembut dan gemalai, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


   

Go Nabil...go!

Saja jer...aku nak bagi perangsang sket kat adik bongsu aku ni. His name is Nabil Naufal. He will sit for SPM this year. So, aku motivate lah dia sket. So far, aku percaya dengan Nabil. Tapi, jangan kantoi macam PMR hari tuh dahlah. Ada ker...patut semua subjects score straight A, tapi he got B for Pendidikan Islam!! Bengang jugaklah mak aku time tu. Bila ada jer orang tanya, "Nabil dapat berapa A dalam PMR?". Dengan excitednya, mak aku ni jawablah,"7A 1B". Pastu orang akan tanya balik,"Apa yang B?". Dengan bersusah-payahnya, mak aku akan jawab,"Pendidikan Islam". Then, mak aku akan tengok reaksi muka-muka yang menanyakan soalan tu. He...he...he...


Tapi, aku paling suka jawapan yang diberikan oleh adik aku apabila mak aku membangkitkan isu nih. "Alah, kalau dapat A pun tapi tak mengamalkannya pun tak guna jugak!". Kui...kui...kui...betul jugak apa yang adik aku cakap sebenarnya. Sebab sistem pelajaran kita berorientasikan peperiksaan. Bukan berdasarkan kefahaman itu sendiri. Hafal,hafal...hafal, and then curahkan di atas sekeping kertas yang takder nilai pun. Nak-nak lagi kalau dah spot soalan yang akan ditanya. Lagi senang, hafal yang itu jer. Takder nilai kreatif dan kritis. Anyway, I pray for my brother. I wish he will persuade his dream to be a pilot...?!

Sunday, January 30, 2011

Susahnya to be a good mother!

Pernah tak sometimes korang rasa stress sangat dengan our kids? Hmmm...for me, to be a good mother memang susah. I have two kids, one girl and one boy. Even though, they are sharing the same womb...but they both have two different characters. Pening jugakla kepala aku nih. Aku ni pulak jenis yang cepat naik angin jer. But luckily, my husband will tune me down.

For the first three years, I have to explore and learn more on my kids' behaviours. Especially, Maryam. She's my first kid I have. I'm 25 years old when I'm holding  my   first baby. It is sooooo....awkward! I was crying  on the first day I gave birth to Maryam. Stress sangat. Tak tahu kenapa, even though I was so excited waiting for Maryam to be delivered. I have to stand for the pain due to the ceasereans. But my husband helps me a lot thru those days. Million, million thanks to my beloved husband!


Maryam nih jenis yang agak degil, but she likes to speak it out. Takder yang simpan-simpan punya. Let's say, aku quarrel with my husband (selalunya for the simple things)...and then she started to blame me and husband for that arguments. E.g,"mommy nih...selalu cakap kuat dengan babah. Berdosa, nanti tak masuk syurga". Most of the times, she will blame me not my husband. Mulanya aku rasa macam nak marah jugaklah sebab asyik aku jer yang kena. But then, why don't I take it as a reminder for me? Aku suka statement, "nanti tak masuk syurga". Bukankah seorang isteri memang tak patut meninggikan suara pada suaminya?  Bukankah  syurga seorang isteri itu terletak pada suaminya?


Maryam suka kalau aku approachnya dengan cara berlembut. Lagi aku marah, lagi dia akan protes. That's the way she is. It is different with my  son, Ibrahim. Ibrahim ni jenis yang vulnerable. Fragile, gitu...! So, I have to switch my moods with these two kids. Minda letih, beb..! Itulah bukan senang nak jadi senang. Maksudnya, we have to sacrifice a lot untuk bersenang hati with our kids in future. Jangan pulak nanti kita bersusah hati dengan anak-anak bila sudah tua nanti. We cannot direct the winds, but we can adjust the sails.

Wednesday, January 26, 2011

Could we be like this..?

Just for sharing as a reminder for you and for me. And I pray that we will be the best in our lives. So, check it out...!

 RasuluLLAH SAW bersabda, yang bermaksud : "seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka dia dalam kemurkaan ALLAH SWT sehingga dia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan. Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan ALLAH SWT turut murka dan kemurkaan ALLAH itu berkekalan sehingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.


Sesungguhnya keredhaan ALLAH SWT terletak pada keredhaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. (for working wife tu...improvise lah sket statement nih).

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seseorang suami bersalaman dengan isterinya, maka akan gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua. Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu dia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.


Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.


RasuluLLAH SAW bersabda, "sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama mana dia sentiasa dalam kerelaan suaminya". Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkanlah mencari keredhaan ALLAH SWT melalui keredhaan suami.

Sucikanlah empat hal dengan empat perkara:
"wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu".

Appreciate what you have.

Pernah tak korang tiba-tiba rasa jeles dengan orang lain? He...he...mesti pernah, kan? Tapi tak tahulah kalau-kalau ada orang yang tak pernah langsung rasa macam tu. Aku salute for this kind of person. Payah tu nak cari, beb...!

As a human being, to be honest...aku pun pernah rasa macam tu. But most of the times, aku cuba control myself.  Aku cuba belajar untuk menjadi seseorang yang bersyukur dengan apa yang aku ada. Tak kisahlah dari segi material atau sebagainya. Ini pun sebab husband aku yang banyak menolong aku. Hello...bukan senang, ye...nak mendidik hati ni.

Abah aku selalu berpesan (selalu sangat),"Jangan asyik pandang orang yang di atas,sesekali kita kena jugak pandang orang yang di bawah". And, aku sangat percaya apa yang abah aku sampaikan. Kalau kita asyik dan leka dengan sesuatu yang di "atas", kita akan mudah rasa kurang dengan apa yang kita ada. Aku cukup respect dengan abah aku. Sebabnya, I know he has a lot of money (takderla tahap Millionaire), but he still can detain himself from becoming arrogant person. One thing for sure, abah aku bukan seorang yang kedekut. Kalau aku berada di tempat abah aku, rasanya aku mesti tukar-tukar kereta ke, beli handbags yang riban-riban punya ke, etc. Itulah yang special mengenai abah aku. Itulah yang membezakan aku dan abah aku. Aku berdoa agar abah aku sentiasa dimurahkan rezekinya.

But now, aku bersyukur sangat sebab aku sudah boleh buang segala perasaan yang buruk nih. Walaupun tak semua. but at least, I'm trying. Try to appreciate dengan apa yang ada. Yang penting, I have my own family, parents, parents in-laws and adik-adik yang tersayang. Sekarang, aku dah tak kisah dengan yang sekeliling, asalkan aku bersama dengan family aku. Sometimes, kita tengok orang tu ada segala-galanya, tapi belum tentu dia bahagia. Sebabnya, kebahagiaan itu bukan diukur dari pandangan orang lain terhadapnya, tetapi diukur dari dalam hati orang itu sendiri.


Monday, January 24, 2011

My new outlook.

This is my new blog's outlook. Ok...tak? Yang dulu tuh macam boring sket. So, ader masa aku upgrade sket  blog aku nih. Mesti aku ada selitkan sikit unsur-unsur English. Tak tahulah kenapa aku suka sangat dengan English Style nih. With this theme, aku rasa macam relax sket.

Tapi, Ya Allah...penat jugaklah nak set up balik kat dalam blog . Sumpah...aku dah taknak tukar dah lepas nih. I will stay with this theme. Dah tak daya aku nak set up semula. Itulah orang cakap kalau nak create blog, please do choose properly setting nya. Takder nanti penat nak menukarnya. Actually, dulu aku main-main jer having a blog. Itu yang tak berapa nak kisah sangat pasal outlook blog aku. But now, aku rasa macam syok pulak blogging nih. Sharing is caring.

Makan-makan di Nandos.

This is among our favourite spot jugaklah for eating. Actually, aku tak berapa suka makan kat KFC. Tak tahu kenapa. Tapi, takderla tak suka langsung. Bolehlah....Kat Nandos ni, the price is reasonable. Some more, aku suka sangat dengan nasinya. Kalau husband aku, for sure dia ambik 3/4 chicken with fries and coleslaw as sidelines. Aku pulak mesti ambik 3/4 chicken with salad and rice as sidelines. Aku kan jenis yang kena makan nasi. Itu yang berat badan tak turun-turun. And also, we can choose flavour yang kita nak. Macam aku prefer mild jer. Husband aku pulak akan choose hot peri-peri. Tapi so far, aku tak rasa sangat pun yang hot nya. Mungkin diaorang guna chili omputih kot. Kalau cili api kita...tak tahulah aku!

Aku pernah jugaklah cuba Kenny Rogers. Muffinnya oklah jugak. Tapi, aku still rasa Nandos best. Whatever it is, depends on our selera. Bon apetite!







Sunday, January 23, 2011

Aquaria, KLCC.

On Saturday, me and my family went out to Aquaria, KLCC. Maryam so insisted to go there. But, I didn't tell her that we're going there. Just to make her surprise. And she keep asking me and my hubby, "Where are we going?". And my hubby said that "We are going to my office". Of course she'll believe the excuse because we're normally going to my husband's office on Saturday.

My husband turned up into another way and she's asked, "Why,why...and why this way?" I said that my husband was lost. Suddenly, she saw the KLCC building and said loudly, "then we're going to KLCC lah...".

Then only, it is not surprise anymore. He...he...he....
















Smart Soleh Parents' talk.

I almost forgot that I had Parents Talk at my daughter's kindergarten. Letih sangat sebab we went out on Saturday. Luckily, I could managed both of my kids. Siapkan Maryam and Ibrahim and we had our breakfast outside. Haii...2 weeks dah aku tak prepare for breakfast and lunch. Last week, my parents came from Kedah and this week pulak aku outing with my family. So, memang aku tak masaklah. Rasa macam lain sangat bila tak masak nih. Rumah pun aku kemas setelah aku sampai rumah. Kalau lewat, lewatlah. Tu yang penat sket sebab tak cukup tido.

On that day, aku tak pakaikan Maryam dengan uniform sebab aku ingatkan tak payah pakai uniform. Sampai jer kat kindergarten, aku tengok semua kids pakai uniform. Cuak jugaklah sebab anak aku sorang jer yang tak pakai uniform. And as expected, si Maryam refused nak turun kereta. Dia tak nak join sebab dia sorang jer yang lain daripada yang lain. Biasalah, budak-budak kalau dah lain dari yang lain macam buat kesalahan yang besar sangat. Terpaksalah aku memujuknya supaya join the party. Luckily at last, dia turun jugaklah.

All the kids excited sangat sebab A&W's bear also joined the party. Maryam pun dah ceria. Kelakar aku tengok gelagat bebudak nih.

This is my daughter's kindergarten.



Aku nak ambik shot banner nih. Tapi, ada pulak si mamat nih bersidai kat sini.


Ibrahim yang leka bermain. Aku botakkan kepala Ibrahim sebab chicken pox.




Aku usik Maryam yang dia bersedara dengan bear nih sebab pakai baju sama colour. Marah Maryam...!



Si Ibrahim nih takut sebenarnya nak bergambar dengan bear. Itu yang macam gini jadinya.


Aku suruh husband aku ambik pic Maryam with her teachers. Tapi, tersalah angle lah pulak sebab aku pun masuk dalam pic tuh. Nasib baik aku senyum. Buatnya, aku dok korek hidung...tak ker naya!


Gelagat kids pada hari itu.



Wednesday, January 19, 2011

Chelsea club

Oklah...aku masukkan jugaklah entry pasal Chelsea. Walaupun aku tak tahu langsung pasal soccer nih. Eventhough pasal rules of this game. Zero...! Yang aku tahu pasal goalkeeper jer.Guys normally akan suka soccer. Termasuklah husband aku nih. Ader jugaklah guys yang tak tahu-menahu pasal bola sepak nih. Tapi, tak ramailah.




Setahu aku, team yang husband aku suka ialah Chelsea. Satu lagi Juventus. So, aku dedicated this entry to my husband lah. Oklah tu...dapat masuk blog aku. Ini kira macam support jugaklah. Sebabnya husband aku cakap yang aku tak support dia. Sometimes, husband aku suruh aku temankan dia menonton games. Aku tak paham pun sebab selalunya aku akan tertido. Adoii...yai...!




p/s: malam nih, aku nak tengok Ngangkung kat ASTRO First. Best sangat, ker?

Mengimbas kenangan (he..he..he..)

Sesekali mengimbas kenangan sewaktu zaman sekolah, pun best jugak. Tapi, this time aku taknak masukkan 'zaman' aku. Aku saja jer masukkan gambar zaman sekolah my husband. Sebabnya, aku takderlah ketara sangat perubahan diri berbanding si husband aku nih. Kelakar jugak aku tengok 'rupa paras' husband aku nih.


Husband aku dilahirkan di Kota Belud, Sabah. Mak dan ayahnya ustaz & ustazah kat sana. Bersekolah rendah kat Kota Belud and sekolah menengah di Sek. Men. Keb. (A) Kota Kinabalu. Budak sekolah agama. Mak mertua aku pernah mengajar husband aku nih time primary school dulu. Pernahlah aku tanya my husband, apa yang dia panggil kat his mother during study. And he said..." panggil ustazahlah...!, takkan panggil mak kot". Aku cakap, "mesti selalu bocor soalan". Kih...kih...kih...



Antara semua gambar bih, cuba korang cari mana husband aku....?

Best kan, kalau dapat patah balik ke zaman sekolah dulu. Takder masalah. Kalau ader pun pasal nak exam lah. Aku aktif jugaklah zaman sekolah dulu. Tapi bukan dalam sukanlah, of course...! After habis UPSR, aku further study kat sekolah in my area jugak. Then, after PMR...aku dapat offer further study to boarding school. Excited sesangat...pegilah bersalaman dengan semua cikgu. Siap hantar balik buku-buku teks yang aku dapat. The next day, aku ambik balik buku-buku teks tuh...sebabnya aku dah ubah fikiran. Aku taknak tinggal kat hostel. Boarding school mesti dok hostel. Tak kuasa aku, nak 'prep' (budak hostel mesti tahu istilah nih) bagai. Apalagi, aku jadi bahan ketawa oleh rakan-rakan aku. Cikgu-cikgu pun tumpang ketawa jugak. Itu yang aku tak tahan tuh...!! Ambik...ko....!

Aku continue study kat the same school sampai SPM. Aku ambik aliran Science with Arabic Language. Extra lah sket. Macam best. Aku tak cadang pun nak ambik Arabic, tapi aku telah dipujuk oleh ustaz aku since result Bahasa Arab Komunikasi dalam PMR aku ok.

Oklah...nanti aku sambung lagi pasal zaman gonjeng aku. Part II pulak...he...he...he...

Khas buat adik-adikku...

Aku tak tahu nak mulakan dengan apa. Tapi yang pasti aku nak dedicate this entry to my beloved sisters, Ateh and Ciklah. Kekadang tu, aku nak tergelak jugak mengenangkan adik-adik perempuanku ini. Macam-macam hal, biasalah budak-budak muda. Tak kahwin pulak tuh. So, they are not matured enough in some parts. Sometimes, diaorang akan bercerita apa yang tak menyenangkan antara satu sama lain. Sometimes, diaorang akan bercerita pasal officemates, love matters etc. And as usual, I'm trying to be a good listener. Kalau boleh, aku akan bagi nasihat setakat yang aku mampu. Sebab aku pun takder ler...perfect sangat. Tapi bila memikirkan accountability as the eldest (lagipun mak aku suruh tengok adik-adik), I'm trying to be the best. Insya-Allah.

To be honest, aku sayangkan adik-adik aku. And to be honest, tidak sedikit pun aku rasa pilih kasih among my sisters. For me, my loves are same between my Ateh and Ciklah. Masing-masing ada karektor yang tersendiri. Ada kelebihan dan keburukan. As their sister, aku tahu apa yang lebih dan apa yang kurang between them.

Adik aku yang sorang nih dah ader yang punya. Dah lama berkawan since secondary lagi. And I really hope dipermudahkan jodoh buat mereka. Whatever it is...buang yang keruh, ambil yang jernih. Jangan mempersia-siakan peluang yang diberi. Muhasabahkan diri dan bersedia untuk memperbaiki untuk menjadi yang terbaik. And please do reminds that marriage is not easy as you think. Banyakkan ilmu dan amalan. "There's a Heaven upon you". Amin.


Yang adikku sorang nih pulak, baru putus cinta. Kesian jugak aku tengok. But, whatever it is...you'll deserve the best. Sebab, Allah SWT takkan menzalimi makhluk ciptaan-Nya. HE knows the best! Saperlah kita nak menidakkan setiap apa yang diberi. Sedangkan semua nikmat ini pun hanyalah pinjaman semata-mata. Anytime boleh ambik balik. Aku harap adik aku yang sorang nih akan tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang. Walau apa pun, we still have our parents. Parents tak akan meninggalkan kita walau dalam apa jua situasi. Itu yang pasti. Sayangilah dan cintailah apa yang kita ada sekarang. Kita takkan tahu bilakah rasa cinta dan sayang yang ada ini akan diambil semula. Letakkanlah cinta dan sayang itu pada tempat yang betul untuk mendapat hasil yang terbaik.

Aku berdoa sangat-sangat agar aku, Ateh dan Ciklah akan menjadi anak-anak perempuan yang boleh memberikan penawar buat ibu dan abah. Selagi mereka masih 'berada' di sini...(Isyk...isyk...sedih pulak aku dengan statement yang last nih).

Tuesday, January 11, 2011

Keretaku eksiden...

On the new year's nite, my hubby took the car to his office. He had works to do on that nite, supervised the traffics. Almaklumlah...traffics sure sesak sebab ada celebration for new year. Semasa my husband nak belok masuk ke office, suddenly ada satu bike melulu towards the car. Padahal, my husband dah bagi signal untuk belok masuk ke kanan and the bikers still potong ikut kanan. Apalagi, teruslah hentam the car.


So, dapatlah satu scratch kat bumper sebelah kanan tuh. Husband aku  ambik pic sebab nak buat police report. Sebab si bikers nih dah buat police report. Yang bestnya, husband aku dah 3 kali pegi balai polis...tapi si detektif yang terlibat off. Alih-alih, husband aku dah fed-up nak pegi buat report.


Inilah bike yang langgar kereta aku. Motor nampak ok jer. Tapi, husband aku cakap tangan dia patah.



Thursday, January 6, 2011

Maryam yang sexy...(ker..?)

Gambar Maryam yang tengah posing sexy...actually husband aku tak berapa suka  anak aku pakai hot pants macam nih. Aku pulak ok jer kalau Maryam  pakai macam nih. Bak kata husband aku, kalau nak didik...biar dari awal. Nanti takderlah liat sangat. Tapi, aku nih kan jenis yang keras kepala jugak (ini pun dah banyak berubah). Semua orang boleh menjaga anak-anak, tapi bab nak mendidik tu yang tak semua dapat laksanakan dengan baik. Banyak sangat rintangan dan cabarannya.

Bukan kerana tak berkemampuan untuk melaksanakannya, tapi untuk mendapatkan hasil yang terbaik...itu yang payah sedikit. Menuntut banyak pengorbanan. Bab pengorbanan nih yang ramai orang tak mahu mengalah. Termasuklah diri aku. Tapi, masih mengharapkan untuk mendapat anak-anak yang terbaik. Pokok pangkalnya, bermula dengan perubahan peribadi ibu bapa itu sendiri. Anak mencerminkan peribadi kedua ibu bapanya. Kadang-kala aku terasa seakan menyindir diri sendiri sewaktu memarahi kenakalan anak-anak aku. So, sama-samalah kita berdoa menjadi yang terbaik untuk mendapat yang terbaik.



We love Maryam!

This picture is taken in UIA, Gombak. Masa nih..adik aku (Ciklah) undergo her practical kat Sek. Men. Integrasi Gombak. So, dia stay kat Mahallah (residential college) Maryam nih. Of course lah...namanya pun student UIA, dapatlah stay kat sini for industrial training. Kalau tak, jangan haraplah. And, kebetulan pulak nama Mahallah nih Maryam. Biasalah...kat UIA nih, they are using such names. Samalah dengan nama anak perempuan aku nih. So, apalagi...aku suruh si Maryam nih bergambar dengan those words.

Adik aku nih dulu study kat UIA Matriculation Centre, PJ. 2 years then further degree kat UIA Kuantan. Sebab, Kuantan campus is for Science Students and Gombak campus is for Arts Students.


WE LOVE MARYAM!