Thursday, November 25, 2010

Trend sekarang ker...?

 Syoknyer...kalau dapat kawin kan? Semua orang teringin sangat nak kawin. Iyelah...saper taknak bersama yang tersayang. Lebih baik berkahwin daripada bercinta lama2. Dalam alam percintaan, semuanya indah2 belaka. Takder satu pun yang mencacatkan pandangan maupun hati dan perasaan. Segala kelemahan dan keburukan pasangan dapat kita terima seadanya dan dengan hati yang terbuka. Kalau ader sekalipun kelemahan pasangan, kita akan padamkan segera dengan perasaan cinta yang membara. Pada kita, dialah yang terbaik buat kita. Itulah kuasa CINTA yang dikurniakan oleh Pencipta kepada setiap makhlukNya. Setiap yang bernama makhlukNya berhak mendapat kurniaan ini. Itulah sifat yang satu yang ada pada ALLAH SWT, Ar Rahman dan Ar Rahim. Walaupun kita tak pernah sujud padaNya!


Namun, tanpa kita sedari bahawa kurniaan ini hanyalah pinjaman semata-mata. DIA yang memiliki kurniaan ini dan DIA hanya meminjamkannya pada setiap makhlukNya. Sampai masa, DIA akan mengambilnya semula. Mungkin tanpa kita sedari. atau mungkin tanpa kerelaan dan kemahuan kita semua. Aku selalu mengingatkan diriku yang perasaan CINTA ini hanyalah pinjaman semata-mata. Anytime, DIA boleh membalikkan perasaan yang ada ini. Tiada yang kekal. Sebab tu, kita hendaklah membuang segala perasaan riak atau taksub terhadap sesebuah percintaan. Sama ada dalam perkahwinan atau sebagainya.


Macam senario perkahwinan sekarang yang banyak berakhir dengan perceraian. KENAPA? Mungkin persoalan itu juga yang sentiasa bermain di benak fikiran korang semua, kan? Dan jawapan yang klise kepada persoalan ini ialah sudah tidak ada lagi cinta dan persefahaman. Mana mungkin percintaan yang memakan masa 5-6 tahun akan berakhir dengan perceraian di mana usia perkahwinan baru mencecah setahun jagung. Cinta yang dulunya membara kini terpadam api kenyalaannya. Kadang-kadang aku terpikir...mungkinkah alam percintaan itu hanyalah satu ruang yang ideal untuk bersikap tidak jujur dan hipokrit. Dan, perkahwinan itu pulak adalah satu ruang untuk menentukan kebenaran yang tersembunyi selama ini. Atau perkahwinan adalah satu ruang untuk memuaskan nafsu semata-mata.


Agak malang jika ini matlamat yang diletakkan dalam sesebuah perkahwinan. Perkahwinan itu adalah IBADAH. Solat, puasa, menunaikan haji dan zakat adalah contoh-contoh ibadah. Apa maksud ibadah...? Ibadah adalah tuntutan oleh ALLAH SWT kepada makhlukNya dan diberikan ganjaran pahala yang besar jika kita menunaikannya dengan baik dan seikhlasnya. Dan, setiap ibadah hendaklah dimulakan dengan menyebut nama ALLAH SWT. Begitu juga dengan perkahwinan. Perkahwinan adalah salah satu cara untuk memberikan ketenangan kepada diri yang menunaikan tuntutanNya. Aku jugak tidak terlepas dengan segala macam masalah dalam sebuah perkahwinan. Tetapi, jika kita sentiasa ingatkan yang perkahwinan ini adalah salah satu cara untuk mencari redha ALLAH SWT, kita akan sentiasa dapat mencari jalan pulang kepada setiap masalah yang ada.


Apa yang aku cuba lakukan untuk mempertahankan usia perkahwinan ini adalah dengan banyak berdoa agar ALLAH SWT tidak membalikkan perasaan sayang dan cinta aku terhadap suamiku. Malahan lebih lagi. Tipulah...kalau aku cakap yang aku tak pernah sekalipun rasa benci  terhadap suamiku. Itu adalah normal bagi seseorang yang bernama manusia. Selagi kita bernama manusia, hati kita akan sentiasa dibolak-balikkan atau dipermainkan oleh syaitan LAKNATULLAH. Itu janjinya kepada ALLAH SWT. Jadi, kita hendaklah memperbanyakkan berdoa, berzikir untuk pendinding kepada segala macam hasutan syaitan durjana. Terutamanya solat lima waktu!


Siapa jua pasangan hidup kita, itulah yang terbaik yang diletakkan ALLAH SWT buat kita. Dan dari situ, kitalah yang mencorakkan warna-warna kehidupan bersamanya. Dan diiringi kekuatan oleh rahmat dan redha ALLAH SWT. Keredhaan hendaklah dicari bukan ditunggu. Semoga aku ditetapkan pada landasan yang betul, walaupun dulu aku pernah tersalah pilih jalan. Jalan yang berlopak dan berliku. Dan aku pernah jatuh tersandung. Tapi, aku bertekad untuk tidak meneruskan perjalanan itu dan aku berpatah balik mencari titik mula perjalananku. Walaupun jalan yang kupilih kini adalah jalan yang lurus dan tidak berbengkok, namun aku perlu juga berhati-hati. Takut-takut aku diganggu pula oleh ribut  maupun taufan. Aku tidak boleh terlalu lalai dan leka dengan jalan ini. Salah satu caranya ialah dengan mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. Amin.


No comments:

Post a Comment