Monday, November 29, 2010

Dining...

On the way back home from works, aku dok terpikir...apa yang aku nak masak for makan malam nih? Aku rasa malas lah pulak nak singgah2 kedai nak beli2 bagai. So, aku akan masak apa yang ada dalam fridge aku jer. Bahagian sayur, ada sayur sawi (favourite aku nih...), terung and kacang panjang. Kat frozen, ada Ayamas Nugget (boring makan benda alah nih selalu sangat). Ahaaa....aku hampir terlupa pasal ikan talapia salai nih! Actually, ikan talapia salai nih aku beli time aku pegi outing dengan family aku kat Sungai Gabai tuh. Aku beli 2 ekor. Ikan nih fresh ditangkap dari sungai oleh penduduk kampung tuh. Bukan yang dibela, ye. So, harga dia mahal la sket. Tapi, bolehlah kalau nak makan, sekali-sekala apa salahnya. Ingat nak masak on that nite, tapi tak larat. So, aku masukkan kat frozen. Mak aku pesan, kalau simpan kat frozen tuh...tahan sket. Pikir punya pikir and lastly aku decided nak masak gulai lemak cili api ikan talapia salai dengan kacang panjang. Mudah dan cepat.


Bahan-bahan lain aku dah blend siap2 and aku simpan kat frozen. Contohnya, bawang putih, bawang merah, halia, buah keras and cili. Aku blend semua bahan nih on weekend lah. Aku simpan dalam bekas yang berasingan and aku frozenkan. Nak masak jer...baru aku keluarkan. So, bagiku this method menjimatkan masa. Dulu, aku simpan these ingredients bukan kat bahagian frozen. Seminggu jer...dah tak elok. Then, aku tanya mak aku and she suggested kat aku simpan kat frozen. It's a good tip, anyway. Sharing is caring. Emmm...apa aku nak masak malam ni pulak....?




No comments:

Post a Comment