Monday, November 29, 2010

Rumah idamanku...

Aku teringin sangat nak memiliki rumah kayu, yang macam kat kampung2 tuh. Takderlah gempak macam rumah jutawan yang rumah kayu diaorang berharga juta2 tuh. Just macam rumah kampung dah ler. Dulu, aku pernahlah balik Perak (rumah mertua) ikut jalan biasa and aku terpesona dengan rumah2 kayu di sekitar Changkat Jering, Kampar etc. Kadang2 aku tengok keadaan rumah tuh dah terbiar. Terasa sayang sangat. Kalaulah aku ada tanah ( and money, of course ), nak jer aku beli rumah2 tersebut. Pastu, aku baik-pulih lah balik.


Now, I owned rumah...tapi cam boring dengan rumah batu. Terasa macam nak tinggal kat kawasan kampung with compound yang luas. Perrgghhh...bestnya. Tapi, of course lah...mesti kawasan yang bersih. Aku paling benci tempat yang kotor. Aku plan jugakla with my husband nak beli tanah and we want to build a house on that land. Tapi, tahula bila. Bak kata orang, it is not wrong to have a dream. Then only it will become  a reality from the dream. Kalau tak dapat buat rumah baru, kitaorang plan nak beli jer rumah kayu yang orang nak jual ker. Tengoklah macam mana...semoga ALLAH SWT mempermudahkan segala urusan buat aku sekeluarga.



In future, aku plan aku nak change my interior theme of my house. Takkan aku still dengan English Cottage lagi. Tak larat aku nak sapu2 habuk kat perhiasan2 itu semua. So, aku nak yang agak simple. Like konsep Modern Contemporary. But, aku akan suntikkan sket konsep English. Maybe more on colours sebab aku nak soften sket elemen kayu. Elemen kayu nampak panas dan keras. And I will play more on colours and accesories. Tak sabar pulak rasanya...! Sebabnya, dalam kepala aku nih dah ada plans apa yang nak dibuat. He...he...he...

Yang ini...cantik. Simple jer....




Dining...

On the way back home from works, aku dok terpikir...apa yang aku nak masak for makan malam nih? Aku rasa malas lah pulak nak singgah2 kedai nak beli2 bagai. So, aku akan masak apa yang ada dalam fridge aku jer. Bahagian sayur, ada sayur sawi (favourite aku nih...), terung and kacang panjang. Kat frozen, ada Ayamas Nugget (boring makan benda alah nih selalu sangat). Ahaaa....aku hampir terlupa pasal ikan talapia salai nih! Actually, ikan talapia salai nih aku beli time aku pegi outing dengan family aku kat Sungai Gabai tuh. Aku beli 2 ekor. Ikan nih fresh ditangkap dari sungai oleh penduduk kampung tuh. Bukan yang dibela, ye. So, harga dia mahal la sket. Tapi, bolehlah kalau nak makan, sekali-sekala apa salahnya. Ingat nak masak on that nite, tapi tak larat. So, aku masukkan kat frozen. Mak aku pesan, kalau simpan kat frozen tuh...tahan sket. Pikir punya pikir and lastly aku decided nak masak gulai lemak cili api ikan talapia salai dengan kacang panjang. Mudah dan cepat.


Bahan-bahan lain aku dah blend siap2 and aku simpan kat frozen. Contohnya, bawang putih, bawang merah, halia, buah keras and cili. Aku blend semua bahan nih on weekend lah. Aku simpan dalam bekas yang berasingan and aku frozenkan. Nak masak jer...baru aku keluarkan. So, bagiku this method menjimatkan masa. Dulu, aku simpan these ingredients bukan kat bahagian frozen. Seminggu jer...dah tak elok. Then, aku tanya mak aku and she suggested kat aku simpan kat frozen. It's a good tip, anyway. Sharing is caring. Emmm...apa aku nak masak malam ni pulak....?




Sunday, November 28, 2010

Apabila husband aku berjambang.

He...he...he...saje aku post kan entry nih. Yang ini gambar husband aku bila berjambang. Tak tahulah aku berapa lama dia tak shave nih. Actually, untuk jadik cenggini...tak payah tunggu berkurun pun sebab husband aku nih memang spesies yang macam nih. 2-3 hari kalau tak shave, memang macam hutan jugakla. Tapi, hutan tropika la...takderla sampai hutan hujan khatulistiwa. Kalau nak tahu perbezaan antara 2 hutan nih, korang referlah balik buku Geography time belajar dulu2. Apasal aku melalut pasal hutan pulak nih. Hik..hik...hik...nampak sangat aku dah ketandusan idea nak menulis. Ada yang suka kalau husband aku camni...ada jugakla yang tak suka. Ada yang kata husband aku nih cam suku-sakat Taliban kalau berjambang camni. Tapi kalau tanya aku pulak...aku memang suka dia macam nih. Tapi, kena trim lah...taknaklah nampak serabut jer.


Air Terjun Sungai Gabai.

Last Saturday, Maryam ajak pegi swimming lagi. She likes swimming. Every weeekend, nak pegi swimming. Actually, aku boring jugaklah pegi temankan si Maryam nih swimming. Iyelah...sebab aku takder aktiviti nak dibuatnye. Tapi, anak pompuan aku nih suka sangat swimming...so terpaksalah aku bawak dia pegi swimming. At first, aku cadang nak ke Mines jer...but then, we're decided to go more on nature. Aku teringin sangat nak ke Hulu Langat sebab dengar kata tempat tuh best. Lagipun, aku terpengaruh ler dengan tv. Kebanyakkan kalau scene kat kampung, diaorang mesti shoot kat Hulu Langat. Nampak cam best. So, aku cadangkan kat my husband tempat tuh. Mula tu, dia refused jugak sebab dia cakap sekarang ni musim hujan. So, dangerous lah sket. Tapi, aku tahulah macam mana nak pujuk husband aku nih.

Kitaorang keluar rumah awal pagi. Tapi, biasalah...mesti singgah jap kat office husband aku nih. Send report kat GM dia dulu. Aku macam biasa, pegi car wash dulu. Then only kitaorang gerak pegi Hulu Langat. For me, memang bestlah suasana kat sana. Damai jer...sesuailah untuk city folks yang nak release tension tuh. Kawasan rekreasi pun ok. Bersih and facilities pun ok. Sebab semua air terjun nih dijaga oleh Majlis Perbandaran Kajang. Kiranya terjagalah tempatnya. Takderlah macam sesetengah tempat tuh yang 'selekeh' jer. Kemudahan surau, tandas, cafe and changing rooms pun ada. Oleh itu, aderlah admission feesnya. Tapi tak mahal, RM1 perpax. Don't worry, tickets for admissin fees nih legal tau sebab dikeluarkan oleh PBT. Kalau kecik macam si Ibrahim nih takderlah dikenakan fees.






Ini saja barang-barang yang aku bawak sebab tak plan pun nak datang sini. Anyway, enjoy jugakla kitaorang kat sana!




Saturday, November 27, 2010

Just The Way You Are

Istimewa buat Mommy
Oh, her eyes, her eyes, make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair, falls perfectly without her trying
She's so beautiful, and I tell her every day

Yeah, I know, I know, when I compliment her she won't believe me
And it's so, it's so, sad to think that she don't see what I see
But every time she asks me do I look ok, I say

When I see your face, there's not a thing that I would change
Cause you're amazing, just the way you are
And when you smile, the whole world stops and stares for a while
Because HONEY you're amazing, just the way you are(yeah)

Her lips, her lips, I could kiss them all day if she let me
Her laugh, her laugh, she hates but I think it's so sexy
She's so beautiful, and I tell her every day

Oh, you know, you know, you know, I'd never ask you to change
If perfect's what you're searching for then just stay the same
So, don't even bother asking if you look ok
You know I'll say

When I see your face, there's not a thing that I would change
Cause you're amazing, just the way you are
And when you smile, the whole world stops and stares for a while
Because HONEY you're amazing, just the way you are
The way you are, the way you are 
HONEY you're amazing, just the way you are

When I see your face, there's not a thing that I would change
Cause you're amazing, just the way you are
And when you smile, the whole world stops and stares for a while
Cause HONEY you're amazing, just the way you are. Yeah



p/s: actually, this entry is posted by my husband. I really don't know about this. But FYI, he has my account for this blog. Thank you so much, dear!

Thursday, November 25, 2010

Trend sekarang ker...?

 Syoknyer...kalau dapat kawin kan? Semua orang teringin sangat nak kawin. Iyelah...saper taknak bersama yang tersayang. Lebih baik berkahwin daripada bercinta lama2. Dalam alam percintaan, semuanya indah2 belaka. Takder satu pun yang mencacatkan pandangan maupun hati dan perasaan. Segala kelemahan dan keburukan pasangan dapat kita terima seadanya dan dengan hati yang terbuka. Kalau ader sekalipun kelemahan pasangan, kita akan padamkan segera dengan perasaan cinta yang membara. Pada kita, dialah yang terbaik buat kita. Itulah kuasa CINTA yang dikurniakan oleh Pencipta kepada setiap makhlukNya. Setiap yang bernama makhlukNya berhak mendapat kurniaan ini. Itulah sifat yang satu yang ada pada ALLAH SWT, Ar Rahman dan Ar Rahim. Walaupun kita tak pernah sujud padaNya!


Namun, tanpa kita sedari bahawa kurniaan ini hanyalah pinjaman semata-mata. DIA yang memiliki kurniaan ini dan DIA hanya meminjamkannya pada setiap makhlukNya. Sampai masa, DIA akan mengambilnya semula. Mungkin tanpa kita sedari. atau mungkin tanpa kerelaan dan kemahuan kita semua. Aku selalu mengingatkan diriku yang perasaan CINTA ini hanyalah pinjaman semata-mata. Anytime, DIA boleh membalikkan perasaan yang ada ini. Tiada yang kekal. Sebab tu, kita hendaklah membuang segala perasaan riak atau taksub terhadap sesebuah percintaan. Sama ada dalam perkahwinan atau sebagainya.


Macam senario perkahwinan sekarang yang banyak berakhir dengan perceraian. KENAPA? Mungkin persoalan itu juga yang sentiasa bermain di benak fikiran korang semua, kan? Dan jawapan yang klise kepada persoalan ini ialah sudah tidak ada lagi cinta dan persefahaman. Mana mungkin percintaan yang memakan masa 5-6 tahun akan berakhir dengan perceraian di mana usia perkahwinan baru mencecah setahun jagung. Cinta yang dulunya membara kini terpadam api kenyalaannya. Kadang-kadang aku terpikir...mungkinkah alam percintaan itu hanyalah satu ruang yang ideal untuk bersikap tidak jujur dan hipokrit. Dan, perkahwinan itu pulak adalah satu ruang untuk menentukan kebenaran yang tersembunyi selama ini. Atau perkahwinan adalah satu ruang untuk memuaskan nafsu semata-mata.


Agak malang jika ini matlamat yang diletakkan dalam sesebuah perkahwinan. Perkahwinan itu adalah IBADAH. Solat, puasa, menunaikan haji dan zakat adalah contoh-contoh ibadah. Apa maksud ibadah...? Ibadah adalah tuntutan oleh ALLAH SWT kepada makhlukNya dan diberikan ganjaran pahala yang besar jika kita menunaikannya dengan baik dan seikhlasnya. Dan, setiap ibadah hendaklah dimulakan dengan menyebut nama ALLAH SWT. Begitu juga dengan perkahwinan. Perkahwinan adalah salah satu cara untuk memberikan ketenangan kepada diri yang menunaikan tuntutanNya. Aku jugak tidak terlepas dengan segala macam masalah dalam sebuah perkahwinan. Tetapi, jika kita sentiasa ingatkan yang perkahwinan ini adalah salah satu cara untuk mencari redha ALLAH SWT, kita akan sentiasa dapat mencari jalan pulang kepada setiap masalah yang ada.


Apa yang aku cuba lakukan untuk mempertahankan usia perkahwinan ini adalah dengan banyak berdoa agar ALLAH SWT tidak membalikkan perasaan sayang dan cinta aku terhadap suamiku. Malahan lebih lagi. Tipulah...kalau aku cakap yang aku tak pernah sekalipun rasa benci  terhadap suamiku. Itu adalah normal bagi seseorang yang bernama manusia. Selagi kita bernama manusia, hati kita akan sentiasa dibolak-balikkan atau dipermainkan oleh syaitan LAKNATULLAH. Itu janjinya kepada ALLAH SWT. Jadi, kita hendaklah memperbanyakkan berdoa, berzikir untuk pendinding kepada segala macam hasutan syaitan durjana. Terutamanya solat lima waktu!


Siapa jua pasangan hidup kita, itulah yang terbaik yang diletakkan ALLAH SWT buat kita. Dan dari situ, kitalah yang mencorakkan warna-warna kehidupan bersamanya. Dan diiringi kekuatan oleh rahmat dan redha ALLAH SWT. Keredhaan hendaklah dicari bukan ditunggu. Semoga aku ditetapkan pada landasan yang betul, walaupun dulu aku pernah tersalah pilih jalan. Jalan yang berlopak dan berliku. Dan aku pernah jatuh tersandung. Tapi, aku bertekad untuk tidak meneruskan perjalanan itu dan aku berpatah balik mencari titik mula perjalananku. Walaupun jalan yang kupilih kini adalah jalan yang lurus dan tidak berbengkok, namun aku perlu juga berhati-hati. Takut-takut aku diganggu pula oleh ribut  maupun taufan. Aku tidak boleh terlalu lalai dan leka dengan jalan ini. Salah satu caranya ialah dengan mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. Amin.


Maryam demam...

Kesian pulak aku tengok Maryam nih demam. Langsung takder selera nak makan. Aku dah tak tahu nak masak apa lagi. Dia cakap nak makan sup, aku buat. Makan ler 2-3 sudu...lepas tuh dah taknak. Aku tak kisah cooked for her. Tapi, aku tak boleh kalau anak2 takder selera nak makan. And suddenly, my husband suggested kat aku for having lunch kat McD. Of course lah...aku macam taknak makan kat sana. Lunch burger...?! Apa barang...!! Perut aku nih susah sket nak accept other kinds of meals (especially for lunch). Aku mesti carik nasik jugak. Husband aku ok jer kalau takder nasik. Actually, aku cuba nak get rid of junk foods nih semua especially for my kids. Sebab, junk foods are the main caused of having cancers! Tapi, my husband cakap dia nak ubah suasana sket for Maryam. Then, terpaksalah aku agree.

We went to McD Bukit Rahman Putra. Senang nak find out parking space kat sini. Time nak pegi tuh...Maryam cam longlai lah sket sebab demam and dia tak makan apa2 pun since morning. Lemah jer aku tengok condition dia. But, when she saw jer lambang McD kat luar tuh...terus jer naik semangat. Haii...memang power jugak this brand to our kids' minds. Kitaorang lepak kat sana. Maryam makan ler sket at least. And siap posing lagi...pantang ambik gambar. Walaupun.....demam. Tapi, balik jer rumah, 'demam' semula. Haii...lah...anak-anakku...!






Tuesday, November 23, 2010

Wajah-wajah Ilham Maryam.

Sajer aku masukkan post pasal anak aku nih, Ilham Maryam. She's now 4 years old. She's was born on 7th of April 2006 at Pusat Rawatan Mahsuri, Bandar Darul Aman, Kedah. Aku conceived kat Maryam nih after 1 month get married. Bunting pelamin lah kiranya. Sebab, aku nikah in June and majlis persandingan in December. So actually atas pelamin tuh aku dah pregnant.


Maryam nih perangainya is just like me. Sebab tu lah, aku selalu jer tak ngam dengan dia. Tapi, kalau dia sakit...mesti dia carik aku. Kalau tak, she'll be with my husband. 'Cause my husband sangat rapat dengan dia since small. Husband aku nih anak bongsu, takder adik. So, dia cukup sayangkan budak2. Nak2 pulak kalau his own kids. Aku ni pulak agak garang.


Maryam nih actually menjadi kesayangan semua members dalam family aku sebab she's the only grandchild parents aku. But now, they have Ibrahim...my son. Ibrahim pun menjadi kesayangan family aku sebab he's a boy. Abah aku nih memang suka budak lelaki.


Mengandungkan Maryam nih tak banyak ragamnya. Except for the first three months. Aku muntah teruk. But after that, aku dah ok. Berselera sangat kalau bab makan. Berat bandan pun naik mendadak. Sampai sekarang pun tak turun2 lagi. Aku induced untuk lahirkan Maryam sebab ader hal yang tak dapat nak dielakkan. And I have to deliver Maryam thru Ceasareans sebab Maryam taknak keluar. Maryam buat perangai sket during pantang period. Suka nangis. Aku pikir susah jugak to become a mother. Kena banyak sabar.



Maryam budak yang aktif and cerdik. Aku harap sampai bila2 pun dia dapat maintain that attitudes. And she's smart of doing something. Jangan buat benda tak elok sudahlah. Tapi, aku taknak terlalu menaruh harapan yang terlalu tinggi pada anak2 aku. Takut kecewa. Aku hanya mampu berdoa for the sake of my kids. Amin.



And, to be honest...aku rindu sangat pada saat Maryam masih baby. Rindu bau badannya. Rindu sangat! And aku sayang sangat padanya!




First time interview.

 Ini gambar first time aku pegi interview for position in goverment section. Gambar ni kat Putrajaya. SPA ler...apalagi. Aku pegi with my husband and adik aku, Ateh. Punyalah...ramai orang pegi interview. And, aku tak berjaya pun. He...he...he...orang cakap kalau nak keje goverment, mesti kena ader orang 'dalam'. Any comments...?

Monday, November 22, 2010

Terguling-guling nak tido...

Ini gambar anak aku, Maryam masa kecik2 dulu. Her age is about 2 years at that time. Dok terguling-guling nak tido, tapi tak tido2 jugak. Maryam nih nak kena ader husband aku baru boleh tido. Tu yang susah sket nak separate tempat tido nih.





Internal Audit husband aku....

He...he...he...actually this pic aku curik from my husband's thumb drive. Gambar husband aku time attend Internal Audit company dier. Serius tak muka husband aku nih...? Tak macam discussion pun...cam borak jer...jangan marah ye, Bie...!

Cuba teka yang mana satu husband aku...?




Reunion...

Ini adalah gambar reunion aku and geng2 coursemate aku time study kat Universiti Malaya dulu. Actually, we want to celebrate Kamilah's Wedding sebab masing2 tak dapat attend her wedding kat Kelantan and Johor. Fresh lagi...baru habis honeymoon. Kitaorang just lepak kat Amcorp Mall, PJ jer. Almaklumlah, tempat jatuh lagi dikenang. He...he...he....Aku bawak husband aku and Milah pun bawak Kodek (her husband). Kodek ni pun dulu belajar kat UM. Tapi, he's under RPKJ (Rancangan Persediaan Ke Jepun). So, dia ke Jepun for his 1st degree. Mira pulak datang sesorang bawak her daughter jer. Meanwhile, Niza and Daa still tak kahwin lagi.


From left, Kamilah, Mira, Daa and Niza. Aku yang berdiri tuh.


Alor Setar Tower.

Emm...lepas kitaorang pegi Muzium Padi, kitaorang menghala pulak ke Alor Setar Tower yang betul2 terletak kat tengah2 Bandar Alor Setar. For me, oklah kalau nak tengok view keseluruhan Bandar Alor Setar. Average jerlah...takderlah enjoy sangat. Bolehlah bawak our kids to learn something new. Admission fees pun tak mahal.






This is a view of  Bandar Alor Setar from the top of the tower.



Picture of Masjid Zahir.