Friday, October 15, 2010

Masak-masak time during weekend...

Every weekend aku akan cook for my family. Weekend maa.....mestilah mau masak untuk husband and anak-anak. Unless, aku tak sihat or ader invitation ker aper ker.
Last weekend, aku masak nasi tomato, gulai ikan talang kering (sometimes we called ikan kurau masin), sambal tumis udang and last meal ialah masak sup lala for my Ibrahim. Lagipun, adik-adik aku, Ateh and Ciklah nak datang rumah. So, aku masaklah lebih sket, Biasalah...kalau diaorg datang rumah, aku masaklah special sket. Kalau hubby aku tak cerewet. Dia suka benda yang bergoreng jer. Simple...macam udang goreng kunyit, ikan bilis goreng...and yang paling senang telur goreng dadar. Tapi, aku tak berapa suka telur-telur nih. But, his favourite makanan ialah Tomyam and Masak Lemak Ikan Masin dgn Nanas. Nak2 pulak kalau ader sambal tempoyak ngan ulam. Maunya tambah 2-3 pinggan nasik!
Nasib baikla...aku nih boleh dikategorikan orang yang 'boleh memasak'. Kalau tak kempunan jugaklah hubby aku nak makan hasil air tangan isteri.


NASI TOMATO


First and foremost, aku mula dengan nasi tomato. Aku tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, serai, bunga lawang and kulit kayu manis. Semua aku blend dulu except kulit kayu manis and bunga lawang. Aku masukkan jugak daun pandan, bagi wangi sket. Then, dah wangi...aku masukkan susu cair (ikut sukatan beras). Boleh jugak ganti dengan santan, tapi, muaklah sket....Pastu masuklah tomato puree, air (ikut sukatan beras), garam, gula. Dah mendidih sket, masuklah beras pulak. Kacau sket and biarkan ia masak sepenuhnya.



GULAI TALANG MASIN DENGAN TERUNG

Yang ini paling senang nak masak. Ikan talang masin tuh direndam sketla...bagi hilang masin sket. Depends kat orang. Kalau suka yang masin, tak payahlah...rendam lama2. Lepas tuh, campurkan ikan talang masin, santan separuh, rempah Kari Ikan Baba's, halba campur and daun kari dalam periuk. Masukkan air sedikit. Terus masak atas dapur. Kaedah nih, kalau orang Kedah panggil  'jerang naik'. Maksudnya, tak payah tumis. Dah mendidih, masukkan terung, garam, gula and serbuk perasa. Kalau aku, suka guna kiub pati ayam Knorr. Lastly, boleh goreng bawang merah, bawang putih sampai wangi. And masuk kat dalam gulai setelah dah masak. Kaedah nih kita panggil 'tumis darat'.



SAMBAL TUMIS UDANG

Sambal tumis udang nih actually favourite Ciklah. First sekali, aku blend cili kering jadikan pes. Biasalah yang ini. Kalau guna cili boh pun boleh, tapi kurang sedaplah. Tumis pes nih...sampai agak masak. Kalau tak masak, tak sedap, bau tengik sket. Pastu, masukkan air perahan asam jawa ikut sukatan pes tuh. Jangan banyak sangat, nanti masam. Then, masukkan udang. Biarkan air udang keluar sedikit. Masukkan pulak garam, gula and serbuk perasa. Tak lupa jugak  hirisan bawang besar. Biarkan mendidih. Kalau suka, blendkan cili kering tuh dengan sedikit udang kering and bawang merah. Sedap sket rasanya. Cubalah..



MASAK LALA

Actually, aku masak this meal for my Ibrahim. Sup lala. Senang jer..tumiskan bawang merah, bawang putih and serai sampai wangi. Then, masukkan air sedikit. Masukkan pulak potongan cili merah. Biarkan mendidih and bila mendidih, masukkan pulak garam, gula. Jangan masukkan serbuk perasa. It's not good for your kids. SELAMAT MENCUBA.



No comments:

Post a Comment