Sunday, October 31, 2010

Nak pegi swimming...!

Aku and my husband planned nak pegi picnic kat Hulu Langat sebab si Maryam nih sibuk ajak pegi swimming. So, kitaorang ingat nak pegilah swimming kat Sungai Congkak, Hulu Langat. Sambil2 picnic. Aku promised dengan adik aku, Ateh untuk pegi sama2. But, unfortunately...she's also canceled it. Dia kena pegi office lah pulak. So, dia suggested kat aku pegi Splash Park kat Mines. At first, aku cam refused sebab aku pikir nothing special kat Mines. Sebab dulu aku penah pegi Mines, tak best langsung. Tu yang macam malas nak pegi. Tapi, since aku dah berjanji dengan Maryam nak bawak pegi swimming, so redah jerlah. Kesian plak kat Maryam sebab last two weekends, tak pegi mana2. Sebabnya husband aku terpaksa pegi office. Got works to be done. So, last two weekends...aku and my kids lepak kat rumahlah.

Kitaorang pun decided pegi Mines. Dalam kepala nih...terbayanglah suasana yang tak berapa bestnyer. Hik...hik...hik....Tapi,jeng...jeng...jeng, sampai jer kat sana....memang berbeza sangat dengan suasana yang dulu2 tuh. Terus aku tertarik, siap aku cakap yang aku nak datang lagi...shopping pulak. He...he...he...this time tak sempat nak shopping sebab aku temankan Maryam & Ibrahim swimming. Lepas swimming, kitaorang lepak jap kat McD. Aku ingat next time, aku nak explore lagi kat Mines.

Dulu kat sini tak best sangat. Orang pun tak ramai. Tapi sekarang dah lain sangat. Visitors pun dah ramai. Cam kat Midvalley pulak. Kira dah tak rugi kalau datang sini. Splash Park pun ok. Tapi only for kids jer tau. Sebab, park nih takderlah macam kat Sunway Lagoon ker, Desa Water Park ker....tapi oklah kalau untuk anak2 kita setakat nak swimming2 nih.

Anyway, you can enjoy yourselves kat sini. So, layan jerlah semua pics nih.























Posing jap...

Mintak posing jap...Maryam nih memang suka sangat kalau suruh posing. Kalau kena dengan moodnyer...memang pandailah dia posing. Kalau takder mood tuh....memang payahlah sket. Kononnya cam model lah nih. Yang si ayahnya pulak memang suka sangat ambik gambar anak2nya. My hubby said...biar jadik kenangan bila diaorang besar nanti. So, kalau boleh dia nak ambik pics on every single sec. I admitlah husband aku nih jenis yang sayang sangat kat budak2, especially anak2 sendiri. Aku pun sayang jugak tapi aku agak garang. Husband aku nih jenis yang tak garang dengan anak2. Sebab tulah...kalau nak tido, anak2 aku mesti carik babah diaorang. Takdernye dengan aku. Kalau terpaksa...iyelah kot. Kalau tak...I will be the second.

Gambar nih diambik...time kitaorang bersiap2 nak keluar booking kinder for Maryam nih.






Thursday, October 28, 2010

Booking for kinder

Yesterday, aku on leave sebab me and my hubby pegi searching and booking for kinder untuk anak aku, si Maryam. Next year, she'll be 5 years. So, I have to book a place for her kinder. Sekarang nih, semua kena booking awal2. Kalau tak, takder tempat. Limited sangat.

Aku plan nak register anak aku kat Smart Reader. Tapi husband aku tak berapa nak suka. Syllabus semua ok, tapi takder ajar solat etc. Husband aku cakap, dia takder masa nak ajar Maryam semua tuh. Balik keje pun malam. Tired sangat. Kononnya dulu, we are planned...ajar ngaji Qur'an, solat etc pada husband aku. Aku pulak more to academics lah. But, aku managed jugaklah nak teach her on academics. Sebab, aku boleh ngajar sambil buat something. Like teach her on counting. Sambil2 cooking pun boleh, kan? Kalau nak cari masa, memang sentiasa takder. Kesian kat anak2 kita.

Maryam nih jenis yang cepat boring. Sebab tu aku tak boleh stick pada satu benda lama2 sangat with her. For me, Maryam nih yang suka2. Haii.....jangan nanti husband  pun suka2 tukar dah ler....

Aku pegi Little Caliphs, macam tak berapa nak berkenan. Nak register kat Genius Aulad...jauh sangat. Kat Kota Damansara sana...saper nak pegi fetch. Last2, aku booking tempat kat Smart Soleh. The Syllabus still the same macam Little Caliphs and Genius Aulad. But, the managements are different. Of course lah..,kan?

Nowadays, bukan senang nak teach our kids. Especially nak didik. Part nih yang paling susah. Tak kena cara dan gayanya, boleh kecundang kita dek anak2. Aku rasa senjata yang paling kuat buat aku at the moment ialah doa. Aku nih bukan yang jenis kuat sabar sangat. Cepat melenting. Sebab tu aku banyak berdoa.

Sebab tu lah, aku planned with my husband yang kitaorang only want 2 kids. Sebab takut dengan komitment. Kuantiti banyak tapi kalau tak berkualiti pun tak guna. Tapi, kalau kuantiti banyak and berkualiti...AlhamduliLLAH, thanks to our GOD. Tapi tak semua orang dapat nikmat tu kan?

Nanti aku upload pulak, gambar Maryam on her 1st day kat kinder.


These 3 pics of Maryam, tengah berangan nak pegi kinder pakai macam nih. Dia insist nak pakai camni ke kinder. The problem is boleh ker pakai camni pegi sekolah..? Haii....susah jugak aku nak menjawabnya nanti.Tudung and handbag tuh...mommy dia punyer. Pinjam untuk posing jap.








Monday, October 25, 2010

Some tips on living room

Sharing is caring. Aku create blog nih,  it's not for my personal only. Aku harap sangat kita boleh kongsi something thru this blog. For example travelling, gardening, decorating, parenting, cooking etc. Macam aku suka sangat dengan decorating nih. Moreover, dulu pun studied jugak this kind of thing. So, ader jugaklah knowledge. So far, aku banyak share with my ibu pasal decorating nih since ibu aku pun minat sama dengan aku.

So, aku nak share lah sket pasal nak menghias rumah terutamanya bagi rumah yang agak terhad keluasannya.

1) First and foremost, we have to measure up keluasan rumah. From that, baru kita tahu jenis paint and colours of the paints. Kalau rumah yang agak sempit dan kurang luas, pastikan cat yang digunakan adalah dari warna-warna yang agak cerah. Reason nya supaya ruang nampak lebih luas secara ilusi. Pastikan korang tentukan dulu tema yang hendak dipilih. For example, Mediterranen style, English Cottage, English Classic, Urban, kontemporari etc. Sebabnya the colours should be complimented with the themes. Kalau ruang sempit and korang nak jugak cat dengan warna-warna yang gelap, boleh tapi one side wall only. Meaning, jadikan ia feature wall. Bukan for the whole walls.

2) I advise you untuk pasang curtain yang agak simple patern nya. Ruang akan nampak lebih luas compared to curtain yang agak berat design. And please make sure that the curtains should not have too much decorations and designs. It's advisable if you can use plain colours or may be with simple decorations like small flowers. Curtain tuh mestilah yang panjang sampai floor. Jangan biarkan ia tergantung. Ini akan menyebabkan ruang nampak agak kecil. Curtain yang panjang from the ceiling to the floor akan memberikan impak pada heights rumah.

3) Pastikan furniture yang dibeli tidak mengikut kehendak nafsu dan hati. Furnitures yang dibeli mestilah mengikut kehendak ruang yang agak sempit. Kalau boleh, jangan beli sofa dalam one set. If possible, just buy 2-seater sofa and you can mix and match. Lebih practical. If you will say kalau guests datang ramai macam mana? Takder tempat nak duduk. Please bear in your mind, this is our house not guest house. Meaning, guest datang pun sekali-sekala. Not everyday. Kalau guest datang ramai2, just ramai2 lah lepak sama2.

4) Jangan terlalu beratkan ruang tamu dengan hiasan yang terlalu sarat. Terutamanya pictures. Make sure you  plan dulu apa yang nak digantung. Less is more.

5) Pencahayaan juga plays a major role dalam menaikkan mood sesebuah kediaman. Maksudnya, jangan sesekali melindungi kawasan tingkap or other openings bagi rumah yang sempit. Ini menyebabkan ruang tersebut menjadi gelap dan tidak sihat. Kalau boleh gunakan bidai/blind untuk these openings if we still need more privacy.

6) Please do not ignore sesetengah ruang. Every single space needs attention. Maksudnya, setiap ruang itu patut diberi sentuhan tersendiri. Contohnya, bilik air pun patut diberikan sentuhan yang menarik.

7) Yang paling penting, rumah hendaklah sentiasa bersih. Jangan cantik tapi, kotor.

Sebenarnya, decorating is exciting. You can explore a lot of things from that. And it needs some efforts and minat. Kalau tak, memang tak menjadi. Tapi, best kan kalau kita penat from working, going back home in relax. Tak semestinya barang yang kita beli tu murah, kita tak boleh hias rumah cantik. It's all depends on our creativities and efforts.











Sunday, October 24, 2010

Playing or reciting...?!?

Cuba tengok pics nih...si ayahnya dok sibuk reciting Qur'an, meanwhile si anak-anak plak dok sibuk nak ajak main. He..he..he...kononnya si ayah nih nak practise baca Qur'an on every Friday nite. Tapi...rasanya macam tak mampu. Haii...lemah sungguh manusia nih. Banyak sangat komitmen lain. Komitmen duniawi. Aku pun. Solat sunat pun kadang-kadang jer mampu buat. Letih dengan hal2 tempat keje and rumahtangga. Padahal, solat sunat lah yang sebenarnya menguatkan jasmani dan rohani. Aku pandai jer cakap...tapi tak terbuat pun. Kalau buat pun tak istighamah. Sayang sekali kita sebagai hamba-Nya tak pernah ambik peluang yang diberikan. Korang pulak macam mana..?


Thursday, October 21, 2010

bie tersayang....

Sajer aku masukkan entri ini untuk tatapan hubby kesayanganku. Aku nikah on 4th of June 2005. Itulah pasal plat kete persona aku WRQ 406. Meaning 4 hb 06.So, almost 6 years aku kahwin. Next year six years lah. Macam tak percaya dah 6 tahun aku kahwin. He...he...he...banyak yang aku lalui bersama dengan hubby aku nih. Since zaman kat UM lagi.

Aku dulu agak 'tak berapa nak baik'. Aku banyak kawan lelaki actually. Tapi, hati aku terpaut pada yang ini. Tak tahulah kenapa. Dah jodoh! Tapi, banyak keistimewaan yang ader pada dia. Bukan pada rupa paras.  Dia banyak mengajar aku tentang kehidupan ini, terutamanya pasal agama. One thing dia tak suka memaksa. Muka nampak ganas, tapi alahai....aper aku nak cakap.......tak suka berkeras and kasar. Itu attitudes dia. Dengan anak2 pun sama. Rasanya, aku lagi garang kot.

One more thing, dia sangat committed dengan keje. Nak suruh cuti pun susah. Nak suruh mc pun susah kalau dah sakit. Itu perangai dia. Sampai parents aku pun risau. Tak macam aku. He..he...he...
I LUV U SO MUCH MY PRINCE CHARMING....!!!




Trilogi


Ini buku Trilogi untuk 3 buah buku yang aku masukkan entri hari tuh. Meaning combinations of three books...AKU TERIMA NIKAHNYA, BERCINTA SAMPAI KE SYURGA & MURABBI CINTA.
So....just check it out at your nearest book stores...!

kehidupan ini...

Tetiba..petang nih, aku terasa nak coretkan something kat sini. Sajer nak share pasal pengalaman hidup aku. Rasanya terlalu banyak yang aku telah lalui terutamanya 'zaman jahiliyah' aku. Tapi, kadang-kadang tuh aku rasa kelakar jugak.


Bermula dari zaman aku belajar di sekolah menengah. Tapi, seingat aku waktu nih...aku banyak tumpukan perhatian pada PMR and SPM. Iyelahh...to be the eldest, I have to show a good example to all my siblings. Then, baru diaorang akan ikut. Aku study kat Sek. Men. Keb. Pendang. Just near to my house. Time tuh, bapak aku jadik PK HEP kat sekolah tuh. And, luckily...aku berjaya got 7A's 1B's in PMR. Aku dapat offer untuk study kat boarding school. Tapi, aku decline sebab aku tak boleh dok hostel. And I hate hostel life. So, aku still study kat sekolah nih dalam science stream. And I've got SPM 1st Grade with 17 AGG. Dulu still aggregats. Kira teruk jugaklah sebab aku target below 15 AGG. Nak tahu sebabnya. Sebabnyer...aku banyak kutip A2, bukan A1. Tu yang jadi AGG 17.


Then, aku dapat offer untuk further study in Asasi Sains Fizik kat Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, 2 years. Pening jugaklah...aku study maths and physics nih. Time nihlah...aku macam ntah hapa2 ntah. Study ok...tapi dah agak sosial. Biasalah bila jauh dengan family. My bestfriends are Daa (Kelantanese), Yati (Pahang), Niza (Pahang), Mira (Pahang) and Milah (Kelantanese). Niza and Yati are my roomates. Semua ambik Science Physics. Tertekan jugak time belajar nih sebab subjects susah. Actually to be honest, our subjects are not like matriculations. Our subjects are just like 1st year subjects for degree 'cause we have to be well prepared to compete with STPM holders. Tu yang tunggang terbalik study. Tapi enjoy sangat. Subjek yang paling aku suka ialah Calculus. Subjek yang paling aku tak suka ialah vector. Lecturer tu ngajar tak best. Tu pun salah satu faktor jugak.


After finished my science foundations, I've got an offer to further study in Bachelor of Building Surveying in Faculty of Built Environment. Still in University of Malaya. Iyelah...nak pegi mana lagi...dah asasi kat UM. Daa dapat offer ke Faculty of Engineering, did Electrical Engineering. Mira & Niza got offer ke Faculty of Science. Mira did Bachelor of Applied Science and Niza did Bachelor of Science (Mathematics & Statistics). Yati pulak dapat offer ke Faculty of Computer & Informations Technology, did Bachelor of Software Engineering. Meanwhile, Milah pulak further study kat UiTM Jengka, did Bachelor of Electrical Engineering. Tu masa we did for our 1st degree. After finished our 1st degree...aku keje and kahwin, Mira, Daa and Milah also. Niza and Yati further study in Education. So, diaorang dah jadi cikgulah...

Syok zaman2 belajar nih...nak2 time cinta monyet. Tapi, my boyfriend tuh dah jadi husband aku. Same goes to Milah. Tapi, Daa & Mira tak jadi. Tapi diaorang dah kahwin ler. Yati still underground. Niza baru jer kahwin.


Nanti aku continue lagi citer zaman gonjeng aku. He..he...he...
Gambar bawah ni hanyalah hiasan semata-mata.....





Wednesday, October 20, 2010

Buku-buku yang menarik untuk dibaca...

Aku nak share buku-buku yang menarik untuk dibaca. Some of them, aku dah beli. But, ada lagi yang tak beli. Especially, yang the latest issues. Aku suka sangat buku-buku yang published by Galeri Ilmu nih. Sebabnya, they use simple words and simple approaches. Dulu, aku tak lah tertarik sangat dengan buku-buku dari Galeri Ilmu nih. Aku ingat buku2 nih content nyer terlalu berat atau terlalu banyak sangat aspek Islamik sampai aku jadi bosan atau tak paham. But one day, aku terasa nak beli satu buku nih. Judul nyer...SATU RASA DUA HATI. Honestly, hati aku terus terpaut nak baca buku nih sampai habis. Believe me...memang best sangat. It's more about our marriage. Banyak pengajaran yang kita dapat from this book. Yang kita tak sedari pun. So, kalau korang nak buku-buku nih...just pegi MPH (aku tak nampak lagi buku-buku nih kat kedai buku lain) atau korang pegi jerlah kat office diaorang kat Kota Damansara. Their office is just next to Genius Aulad Kindergarten. Or else, korang bukak jer lah..website diaorang www.galeriilmu.com

Buku SATU RASA DUA HATI tuh aku dah bagi kat adik ipar aku. Aku ingat nak beli lain.




Buku nih pulak bestseller. You should buy this book. Ader drama lagi buku nih. Kat Astro Oasis. Tapi dah habis dah. He...he...he....This author ada website dia...www.saifulislam.com
Banyak pengalaman dia nih. Dia lama stay kat Ireland with his wife.



Another books by this author.





Buku-buku lain pulak yang menarik untuk dibaca...