Wednesday, December 29, 2010

ESOK...CUTI...!!

Yea...yea..esok cuti. But, I've got something to do...he...he....he....And I will tell you later once I've done those things.

Anyway, a big hug to our Soccer Team for their victory. Eventhough, I am not a soccer fan. Keep it up the good effort and move forward.

HAPPY NEW YEAR AND WISHING YOU FOR THE GOOD PROSPECTS.


Monday, December 27, 2010

Amcorp Mall, PJ.

Last Saturday, me and my family went to Amcorp Mall in PJ. Tak tahulah kenapa aku suka sangat melepak kat Amcorp. But this is among my favourite spot jugakla. Since study kat UM lagi. Sesetengah orang tak suka nak ke sini. Boringlah...etc. Depends pada citarasa masing-masing. Tapi, kalau tanya pada penggemar barang-barang antik...this is the right spot to be here on every weekends. Because, there's Flea Market on every Saturday and Sunday. Banyak yang boleh kita dapat kat sini if you want to find something yang rare.

 Actually, I was planned with my hubby nak pegi Amcorp during weekend. And kebetulan pulak, my hubby's old friend wants to see him. Dah lama diaorang tak jumpa since habis belajar kat Sabah lagi. Husband aku nih kan born in Sabah and membesar kat Sabah. Parents jer orang Perak. Parents dia kan ustaz and ustazah, mengajar kat Sabah. Sebab tu lah, dia tak ramai kawan kat semenanjung nih. Bila dah pencen, barulah balik ke semenanjung nih.

Kawan husband aku nih namanya Muharsafa Kirana. Sedap kan, namanya? Aku ingatkan perempuan, rupa-rupanya lelaki. At first, cemburu jugaklah aku bila baca message kat mobile husband aku. Perempuan manalah pulak yang bermesej-mesej dengan husband nih. Kirana nih actually Doctor Homoepati. Degree from Indonesia Universitas. So, we're heading to his place after Amcorp. Aku aderlah did the treatment also. And surprisingly, si Kirana nih dapatlah tahu apa health problem aku nih. Tengok tapak tangan jer tuh. Of course lah, dia kan belajar about this method. According  to him, aku ada masalah dengan digestion system. I will try on this prescriptions pulak. Go nature.

Actually, I also went to Romantika Shop kat Amcorp tuh, buying something for my house. Aku beli two boxes for keeping all my album gambar. Dulu aku letak dalam basket. Tapi, faham-faham jer lah bila ada kids nih. Banyak dah rosak. Husband aku pun dah bising. And aku beli one picture untuk digantungkan di yard area rumah aku tuh. Decorate lah sket...almaklumlah rumah takderlah besar mana. Senang nak jaga and decorate. Tu yang aku suka rumah yang satu level, senang aku nak jaga. Aku kan jenis yang particular. Tapi, in future...I want to buy a single storey house. But unfortunately, it is hard to find a single storey house here.


Si Maryam nih nak bergambar dengan Christmas tree. Oklah, aku snap jugaklah pic dia. Tapi, taknaklah ambik full sebab taknak seolah-olah meraikan this festival.




Susah sungguh nak tunggu si Maryam nih choose books. Kalau kat book stores, memang berjam lah jawabnya.

Sunday, December 26, 2010

Sharing is caring...

Suka betul aku baca blog kawan-kawan aku nih. There's a lot of things yang aku boleh kongsi. For me, sharing is caring kalau pada tempat yang betul. Some people might be accepted it but, some people might be refused it. For me as long as it is informative, I won't reject it.

Sometimes, kita rasa macam kita tahu semua benda. Kita akan ignore the other things. But, life is about sharing the good things. Selagi ia mendatangkan manfaat kepada semua, kan? Tapi, tak semua orang have that mentality. Sesetengah akan berfikir yang ia akan mendatangkan kerugian buatnya kalau berkongsi sesuatu. But, in our religion itself...1 yang kita bagi, 10 yang kita akan dapat. Insya-Allah. As long as, story yang kita nak share tuh takderlah terlalu personal sangat. Some parts, we couldn't become too transparent .

Semenjak aku ada my own blog nih...banyak jugak tempat-tempat menarik yang aku rasa nak explore. Iyelah...selepas banyak kekawan aku yang dah pegi dan ceritakannya dalam their blogs, hati ini terpanggil jugaklah nak pegi ke tempat-tempat tuh. Aku jugak boleh tahu about their life, learns on parenting skills etc.

And, I really hope that my relationship with my friends out there would be flourish abundantly. Ameen.

Semekar tulip flowers kat Keukenhof Gardens, Amsterdam nih...he...he...he...




Thursday, December 16, 2010

UiTM Puncak Alam

Last Sunday, me and my hubby went to my officemate's wedding at Puncak Alam. Wah...wah...wah...have McD there. Surprisingly...dah lama sangat tak pegi Puncak Alam. Dulu pernahlah pusing Puncak Alam, explore for the new places after we're just moved in Sungai Buloh nih. My first impression sampai kat sini...this place is just nice. Greenery...gitu and it is suitable for city folks yang sukakan kedamaian. Macam husband aku nih. Dia memang dislikes suasana yang havoc, e.g: shopping mall yang penuh dengan orang. That's why we went to Midvalley Megamall in the early morning for shopping. Especially during weekends or special occasions e.g: Hari Raya or Christmas. Aku takder hal punya!

Berbalik kepada cerita Puncak Alam tuh, we're heading to UiTM's new campus. Sajer nak explore campus baru. Memang luas cover area UiTM nih. But, I'm not sure about the faculty which is available in this new campus. For me, this is the right environment for learning and studying. Macam UIA Gombak. Kalau dah UM, susahlah sket. UM ok, but, surroundings yang tak berapa nak ok. Banyak sangat exposures. If it is good, then ok...tapi vice versa. For me, it is better to find a place yang isolated sket for studying. But, the university itself should provides all the facilities. Ini akan memudahkan students to get their needs. For example, Taylor's University College yang baru. Perrghh...memang best facilities provided in the campus. Fees nya pun best jugakla.

Dulu, aku pernah deal dengan Taylor's nih semasa aku still dengan Honda (M). Aku terlibat dengan HDF (Honda Dream Fund). Study fund for those students in Malaysia yang nak belajar tapi tak mampu. So, Honda (M) akan support their studies in various universities and colleges in Malaysia. Including Taylor's University nih. We have a lot of our scholars yang further study in the university. The most important, they are good in their services.






Antara residential college yang terdapat di sini.


Ini adalah view from the top of the hill yang menempatkan residential colleges. Right kat bawah tu adalah faculties. Mengah jugaklah students nak daki tangga nih ke kolej kediaman. Takper...bersusah-payah dulu...dik...!






Monday, December 13, 2010

Exclusively...

This entry is exclusively posted for all of you. My Nikah day! Aku actually taknak masukkan entry on my Nikah day. Konon nak privacy, tapi since this is my personal blog...it is not wrong to put some pictures of my Nikah day here. Dengan niat for sharing bukan nak menunjuk ker aper. Aku bernikah on 4th of June 2005. To be honest, me and hubby tak pernah terfikir pun nak kahwin. Semuanya happened very fast. Unexpected, actually! I have a lot of friends during my study. Especially, kekawan lelaki nih. From various faculties...he...he...he...Ada jugak yang nak propose aku after I 've finished my study. Aku just cakap, ok. Macam memain jer.

And, aku jugak berkawan dengan hubby aku nih. Macam kekawan yang lain jugak. Nothing special. But, this guy selalu suruh aku untuk berubah menjadi lebih baik. Bukan force, tau. Itu yang  aku suka sebab dia tak pernah memaksa untuk buat perkara yang aku tak suka. But, he always reminds me to be better. Sampai sekarang ni pun. Dulu, aku tak proper pakai tudung nih. So,  he  gave me a present...tudung. At some point, aku mula terpikir about him. Maybe he's the one for me.

During semester break, I went back home in Kedah. Feeling lonely...rasa macam lost. Maybe, aku teringat kat kekawan aku, cam boring plak bila takder aktiviti nak buat kat rumah nih. For sure, aku dapatlah lepaskan rindu kat parents aku. Then only, aku teringat kat dia. Rasa lain...

Balik jer ke campus, I've made a decision. Aku nak propose dia. I don't care apa jua result yang aku dapat. Aku redha kalau betul aku bukan pilihan dia. Memang tekad gila...tak pernah aku buat keputusan yang macam nih. At that nite, I gave him a call. Dia tengah makan with his friends. So, aku cakap satu persatu agar tidak menjatuhkan martabat seorang perempuan. Dia hanya terdiam...macam fikirkan something. And, aku cakap kat dia this is my feeling towards him, please do appreciate it. I don't force him to accept myself as his soulmate. Luckily, he also feels the same way towards myself but, he doesn't have a courage to express it. Syukur sangat...! Then, bermulalah episode percintaan antara aku dan dia.

Then only, habis belajar...we're decided to get married. But, he's 2 years senior than me. Taknak tunggu lama2. Takut terlalu banyak expose dengan dosa.  We're nikah on 4/6/2005 and majlis perkahwinan bulan December.

Now, our marriage is already six years old. And to be honest, it's not easy to maintain this marriage. But one thing for sure, we are put so much efforts for this marriage. We're trying to compliment each other every single days without failure. I appreciate him eventhough he also has his own shortcomings. For me, he is my best gift I ever have. Ameen.


All these pics adalah during my nikah day kat rumah parents aku in Kedah. Next time, I will upload my wedding days in Kedah and Perak as well.


Gambar untuk upacara membatalkan air sembahyang. This is in my bedroom with simple decorations. Bukan nak tido pun...for pictures only. Because, my husband rushed back to Perak after this ceremony. He...he...he...




During nikah kat masjid. Actually, from my invitation card...nikah should be held at my house. Tapi since Tok Kadi nih bz sesangat, dia suruh kitaorang pegi kat masjid.So, I have to ask all the guests to go to the Mosque. Luckily, masjid tuh dekat jer. Time aku sampai tuh, Tok Kadi nih dok nikahkan satu couple. Abah aku yang nikahkan aku dan husband aku nih. And, my husband 2 kali lafaz nikah. He...he...he...


This is one of decorations during my nikah day. Deco nih semuanya did by my ibu. Items for decorations tak mahal, but we are spent more on fresh flowers.


Aku bergambar in my bedroom before akad nikah.

Bergambar with my siblings after Akad Nikah.


These hantaran did by my ibu. She's prepared for the trays and after that we just put barang hantaran onto the trays. Takder buat bentuk2 dah. Simple. These trays are only for my Akad Nikah. Wedding lain plak. Membazir, kan...?



Monday, November 29, 2010

Rumah idamanku...

Aku teringin sangat nak memiliki rumah kayu, yang macam kat kampung2 tuh. Takderlah gempak macam rumah jutawan yang rumah kayu diaorang berharga juta2 tuh. Just macam rumah kampung dah ler. Dulu, aku pernahlah balik Perak (rumah mertua) ikut jalan biasa and aku terpesona dengan rumah2 kayu di sekitar Changkat Jering, Kampar etc. Kadang2 aku tengok keadaan rumah tuh dah terbiar. Terasa sayang sangat. Kalaulah aku ada tanah ( and money, of course ), nak jer aku beli rumah2 tersebut. Pastu, aku baik-pulih lah balik.


Now, I owned rumah...tapi cam boring dengan rumah batu. Terasa macam nak tinggal kat kawasan kampung with compound yang luas. Perrgghhh...bestnya. Tapi, of course lah...mesti kawasan yang bersih. Aku paling benci tempat yang kotor. Aku plan jugakla with my husband nak beli tanah and we want to build a house on that land. Tapi, tahula bila. Bak kata orang, it is not wrong to have a dream. Then only it will become  a reality from the dream. Kalau tak dapat buat rumah baru, kitaorang plan nak beli jer rumah kayu yang orang nak jual ker. Tengoklah macam mana...semoga ALLAH SWT mempermudahkan segala urusan buat aku sekeluarga.



In future, aku plan aku nak change my interior theme of my house. Takkan aku still dengan English Cottage lagi. Tak larat aku nak sapu2 habuk kat perhiasan2 itu semua. So, aku nak yang agak simple. Like konsep Modern Contemporary. But, aku akan suntikkan sket konsep English. Maybe more on colours sebab aku nak soften sket elemen kayu. Elemen kayu nampak panas dan keras. And I will play more on colours and accesories. Tak sabar pulak rasanya...! Sebabnya, dalam kepala aku nih dah ada plans apa yang nak dibuat. He...he...he...

Yang ini...cantik. Simple jer....




Dining...

On the way back home from works, aku dok terpikir...apa yang aku nak masak for makan malam nih? Aku rasa malas lah pulak nak singgah2 kedai nak beli2 bagai. So, aku akan masak apa yang ada dalam fridge aku jer. Bahagian sayur, ada sayur sawi (favourite aku nih...), terung and kacang panjang. Kat frozen, ada Ayamas Nugget (boring makan benda alah nih selalu sangat). Ahaaa....aku hampir terlupa pasal ikan talapia salai nih! Actually, ikan talapia salai nih aku beli time aku pegi outing dengan family aku kat Sungai Gabai tuh. Aku beli 2 ekor. Ikan nih fresh ditangkap dari sungai oleh penduduk kampung tuh. Bukan yang dibela, ye. So, harga dia mahal la sket. Tapi, bolehlah kalau nak makan, sekali-sekala apa salahnya. Ingat nak masak on that nite, tapi tak larat. So, aku masukkan kat frozen. Mak aku pesan, kalau simpan kat frozen tuh...tahan sket. Pikir punya pikir and lastly aku decided nak masak gulai lemak cili api ikan talapia salai dengan kacang panjang. Mudah dan cepat.


Bahan-bahan lain aku dah blend siap2 and aku simpan kat frozen. Contohnya, bawang putih, bawang merah, halia, buah keras and cili. Aku blend semua bahan nih on weekend lah. Aku simpan dalam bekas yang berasingan and aku frozenkan. Nak masak jer...baru aku keluarkan. So, bagiku this method menjimatkan masa. Dulu, aku simpan these ingredients bukan kat bahagian frozen. Seminggu jer...dah tak elok. Then, aku tanya mak aku and she suggested kat aku simpan kat frozen. It's a good tip, anyway. Sharing is caring. Emmm...apa aku nak masak malam ni pulak....?




Sunday, November 28, 2010

Apabila husband aku berjambang.

He...he...he...saje aku post kan entry nih. Yang ini gambar husband aku bila berjambang. Tak tahulah aku berapa lama dia tak shave nih. Actually, untuk jadik cenggini...tak payah tunggu berkurun pun sebab husband aku nih memang spesies yang macam nih. 2-3 hari kalau tak shave, memang macam hutan jugakla. Tapi, hutan tropika la...takderla sampai hutan hujan khatulistiwa. Kalau nak tahu perbezaan antara 2 hutan nih, korang referlah balik buku Geography time belajar dulu2. Apasal aku melalut pasal hutan pulak nih. Hik..hik...hik...nampak sangat aku dah ketandusan idea nak menulis. Ada yang suka kalau husband aku camni...ada jugakla yang tak suka. Ada yang kata husband aku nih cam suku-sakat Taliban kalau berjambang camni. Tapi kalau tanya aku pulak...aku memang suka dia macam nih. Tapi, kena trim lah...taknaklah nampak serabut jer.


Air Terjun Sungai Gabai.

Last Saturday, Maryam ajak pegi swimming lagi. She likes swimming. Every weeekend, nak pegi swimming. Actually, aku boring jugaklah pegi temankan si Maryam nih swimming. Iyelah...sebab aku takder aktiviti nak dibuatnye. Tapi, anak pompuan aku nih suka sangat swimming...so terpaksalah aku bawak dia pegi swimming. At first, aku cadang nak ke Mines jer...but then, we're decided to go more on nature. Aku teringin sangat nak ke Hulu Langat sebab dengar kata tempat tuh best. Lagipun, aku terpengaruh ler dengan tv. Kebanyakkan kalau scene kat kampung, diaorang mesti shoot kat Hulu Langat. Nampak cam best. So, aku cadangkan kat my husband tempat tuh. Mula tu, dia refused jugak sebab dia cakap sekarang ni musim hujan. So, dangerous lah sket. Tapi, aku tahulah macam mana nak pujuk husband aku nih.

Kitaorang keluar rumah awal pagi. Tapi, biasalah...mesti singgah jap kat office husband aku nih. Send report kat GM dia dulu. Aku macam biasa, pegi car wash dulu. Then only kitaorang gerak pegi Hulu Langat. For me, memang bestlah suasana kat sana. Damai jer...sesuailah untuk city folks yang nak release tension tuh. Kawasan rekreasi pun ok. Bersih and facilities pun ok. Sebab semua air terjun nih dijaga oleh Majlis Perbandaran Kajang. Kiranya terjagalah tempatnya. Takderlah macam sesetengah tempat tuh yang 'selekeh' jer. Kemudahan surau, tandas, cafe and changing rooms pun ada. Oleh itu, aderlah admission feesnya. Tapi tak mahal, RM1 perpax. Don't worry, tickets for admissin fees nih legal tau sebab dikeluarkan oleh PBT. Kalau kecik macam si Ibrahim nih takderlah dikenakan fees.






Ini saja barang-barang yang aku bawak sebab tak plan pun nak datang sini. Anyway, enjoy jugakla kitaorang kat sana!




Saturday, November 27, 2010

Just The Way You Are

Istimewa buat Mommy
Oh, her eyes, her eyes, make the stars look like they're not shining
Her hair, her hair, falls perfectly without her trying
She's so beautiful, and I tell her every day

Yeah, I know, I know, when I compliment her she won't believe me
And it's so, it's so, sad to think that she don't see what I see
But every time she asks me do I look ok, I say

When I see your face, there's not a thing that I would change
Cause you're amazing, just the way you are
And when you smile, the whole world stops and stares for a while
Because HONEY you're amazing, just the way you are(yeah)

Her lips, her lips, I could kiss them all day if she let me
Her laugh, her laugh, she hates but I think it's so sexy
She's so beautiful, and I tell her every day

Oh, you know, you know, you know, I'd never ask you to change
If perfect's what you're searching for then just stay the same
So, don't even bother asking if you look ok
You know I'll say

When I see your face, there's not a thing that I would change
Cause you're amazing, just the way you are
And when you smile, the whole world stops and stares for a while
Because HONEY you're amazing, just the way you are
The way you are, the way you are 
HONEY you're amazing, just the way you are

When I see your face, there's not a thing that I would change
Cause you're amazing, just the way you are
And when you smile, the whole world stops and stares for a while
Cause HONEY you're amazing, just the way you are. Yeah



p/s: actually, this entry is posted by my husband. I really don't know about this. But FYI, he has my account for this blog. Thank you so much, dear!

Thursday, November 25, 2010

Trend sekarang ker...?

 Syoknyer...kalau dapat kawin kan? Semua orang teringin sangat nak kawin. Iyelah...saper taknak bersama yang tersayang. Lebih baik berkahwin daripada bercinta lama2. Dalam alam percintaan, semuanya indah2 belaka. Takder satu pun yang mencacatkan pandangan maupun hati dan perasaan. Segala kelemahan dan keburukan pasangan dapat kita terima seadanya dan dengan hati yang terbuka. Kalau ader sekalipun kelemahan pasangan, kita akan padamkan segera dengan perasaan cinta yang membara. Pada kita, dialah yang terbaik buat kita. Itulah kuasa CINTA yang dikurniakan oleh Pencipta kepada setiap makhlukNya. Setiap yang bernama makhlukNya berhak mendapat kurniaan ini. Itulah sifat yang satu yang ada pada ALLAH SWT, Ar Rahman dan Ar Rahim. Walaupun kita tak pernah sujud padaNya!


Namun, tanpa kita sedari bahawa kurniaan ini hanyalah pinjaman semata-mata. DIA yang memiliki kurniaan ini dan DIA hanya meminjamkannya pada setiap makhlukNya. Sampai masa, DIA akan mengambilnya semula. Mungkin tanpa kita sedari. atau mungkin tanpa kerelaan dan kemahuan kita semua. Aku selalu mengingatkan diriku yang perasaan CINTA ini hanyalah pinjaman semata-mata. Anytime, DIA boleh membalikkan perasaan yang ada ini. Tiada yang kekal. Sebab tu, kita hendaklah membuang segala perasaan riak atau taksub terhadap sesebuah percintaan. Sama ada dalam perkahwinan atau sebagainya.


Macam senario perkahwinan sekarang yang banyak berakhir dengan perceraian. KENAPA? Mungkin persoalan itu juga yang sentiasa bermain di benak fikiran korang semua, kan? Dan jawapan yang klise kepada persoalan ini ialah sudah tidak ada lagi cinta dan persefahaman. Mana mungkin percintaan yang memakan masa 5-6 tahun akan berakhir dengan perceraian di mana usia perkahwinan baru mencecah setahun jagung. Cinta yang dulunya membara kini terpadam api kenyalaannya. Kadang-kadang aku terpikir...mungkinkah alam percintaan itu hanyalah satu ruang yang ideal untuk bersikap tidak jujur dan hipokrit. Dan, perkahwinan itu pulak adalah satu ruang untuk menentukan kebenaran yang tersembunyi selama ini. Atau perkahwinan adalah satu ruang untuk memuaskan nafsu semata-mata.


Agak malang jika ini matlamat yang diletakkan dalam sesebuah perkahwinan. Perkahwinan itu adalah IBADAH. Solat, puasa, menunaikan haji dan zakat adalah contoh-contoh ibadah. Apa maksud ibadah...? Ibadah adalah tuntutan oleh ALLAH SWT kepada makhlukNya dan diberikan ganjaran pahala yang besar jika kita menunaikannya dengan baik dan seikhlasnya. Dan, setiap ibadah hendaklah dimulakan dengan menyebut nama ALLAH SWT. Begitu juga dengan perkahwinan. Perkahwinan adalah salah satu cara untuk memberikan ketenangan kepada diri yang menunaikan tuntutanNya. Aku jugak tidak terlepas dengan segala macam masalah dalam sebuah perkahwinan. Tetapi, jika kita sentiasa ingatkan yang perkahwinan ini adalah salah satu cara untuk mencari redha ALLAH SWT, kita akan sentiasa dapat mencari jalan pulang kepada setiap masalah yang ada.


Apa yang aku cuba lakukan untuk mempertahankan usia perkahwinan ini adalah dengan banyak berdoa agar ALLAH SWT tidak membalikkan perasaan sayang dan cinta aku terhadap suamiku. Malahan lebih lagi. Tipulah...kalau aku cakap yang aku tak pernah sekalipun rasa benci  terhadap suamiku. Itu adalah normal bagi seseorang yang bernama manusia. Selagi kita bernama manusia, hati kita akan sentiasa dibolak-balikkan atau dipermainkan oleh syaitan LAKNATULLAH. Itu janjinya kepada ALLAH SWT. Jadi, kita hendaklah memperbanyakkan berdoa, berzikir untuk pendinding kepada segala macam hasutan syaitan durjana. Terutamanya solat lima waktu!


Siapa jua pasangan hidup kita, itulah yang terbaik yang diletakkan ALLAH SWT buat kita. Dan dari situ, kitalah yang mencorakkan warna-warna kehidupan bersamanya. Dan diiringi kekuatan oleh rahmat dan redha ALLAH SWT. Keredhaan hendaklah dicari bukan ditunggu. Semoga aku ditetapkan pada landasan yang betul, walaupun dulu aku pernah tersalah pilih jalan. Jalan yang berlopak dan berliku. Dan aku pernah jatuh tersandung. Tapi, aku bertekad untuk tidak meneruskan perjalanan itu dan aku berpatah balik mencari titik mula perjalananku. Walaupun jalan yang kupilih kini adalah jalan yang lurus dan tidak berbengkok, namun aku perlu juga berhati-hati. Takut-takut aku diganggu pula oleh ribut  maupun taufan. Aku tidak boleh terlalu lalai dan leka dengan jalan ini. Salah satu caranya ialah dengan mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. Amin.


Maryam demam...

Kesian pulak aku tengok Maryam nih demam. Langsung takder selera nak makan. Aku dah tak tahu nak masak apa lagi. Dia cakap nak makan sup, aku buat. Makan ler 2-3 sudu...lepas tuh dah taknak. Aku tak kisah cooked for her. Tapi, aku tak boleh kalau anak2 takder selera nak makan. And suddenly, my husband suggested kat aku for having lunch kat McD. Of course lah...aku macam taknak makan kat sana. Lunch burger...?! Apa barang...!! Perut aku nih susah sket nak accept other kinds of meals (especially for lunch). Aku mesti carik nasik jugak. Husband aku ok jer kalau takder nasik. Actually, aku cuba nak get rid of junk foods nih semua especially for my kids. Sebab, junk foods are the main caused of having cancers! Tapi, my husband cakap dia nak ubah suasana sket for Maryam. Then, terpaksalah aku agree.

We went to McD Bukit Rahman Putra. Senang nak find out parking space kat sini. Time nak pegi tuh...Maryam cam longlai lah sket sebab demam and dia tak makan apa2 pun since morning. Lemah jer aku tengok condition dia. But, when she saw jer lambang McD kat luar tuh...terus jer naik semangat. Haii...memang power jugak this brand to our kids' minds. Kitaorang lepak kat sana. Maryam makan ler sket at least. And siap posing lagi...pantang ambik gambar. Walaupun.....demam. Tapi, balik jer rumah, 'demam' semula. Haii...lah...anak-anakku...!






Tuesday, November 23, 2010

Wajah-wajah Ilham Maryam.

Sajer aku masukkan post pasal anak aku nih, Ilham Maryam. She's now 4 years old. She's was born on 7th of April 2006 at Pusat Rawatan Mahsuri, Bandar Darul Aman, Kedah. Aku conceived kat Maryam nih after 1 month get married. Bunting pelamin lah kiranya. Sebab, aku nikah in June and majlis persandingan in December. So actually atas pelamin tuh aku dah pregnant.


Maryam nih perangainya is just like me. Sebab tu lah, aku selalu jer tak ngam dengan dia. Tapi, kalau dia sakit...mesti dia carik aku. Kalau tak, she'll be with my husband. 'Cause my husband sangat rapat dengan dia since small. Husband aku nih anak bongsu, takder adik. So, dia cukup sayangkan budak2. Nak2 pulak kalau his own kids. Aku ni pulak agak garang.


Maryam nih actually menjadi kesayangan semua members dalam family aku sebab she's the only grandchild parents aku. But now, they have Ibrahim...my son. Ibrahim pun menjadi kesayangan family aku sebab he's a boy. Abah aku nih memang suka budak lelaki.


Mengandungkan Maryam nih tak banyak ragamnya. Except for the first three months. Aku muntah teruk. But after that, aku dah ok. Berselera sangat kalau bab makan. Berat bandan pun naik mendadak. Sampai sekarang pun tak turun2 lagi. Aku induced untuk lahirkan Maryam sebab ader hal yang tak dapat nak dielakkan. And I have to deliver Maryam thru Ceasareans sebab Maryam taknak keluar. Maryam buat perangai sket during pantang period. Suka nangis. Aku pikir susah jugak to become a mother. Kena banyak sabar.



Maryam budak yang aktif and cerdik. Aku harap sampai bila2 pun dia dapat maintain that attitudes. And she's smart of doing something. Jangan buat benda tak elok sudahlah. Tapi, aku taknak terlalu menaruh harapan yang terlalu tinggi pada anak2 aku. Takut kecewa. Aku hanya mampu berdoa for the sake of my kids. Amin.



And, to be honest...aku rindu sangat pada saat Maryam masih baby. Rindu bau badannya. Rindu sangat! And aku sayang sangat padanya!